Apa dengan blog ini?

Sunday, June 28, 2009

Rahsia Wajah Kelihatan Licin


Tahukah anda bedak asas mineral daripada Mary Kay ini (Mineral Powder Foundation) bebas minyak dan tiada pewangi? Ia boleh dipakai dengan sekali sapuan berus sahaja. Ia sangat ringan dan halus, mudah sebati dan menjadikan paras anda kelihatan natural dan licin. Ia adalah bedak yang dapat menjadikan kulit anda benar-benar licin, dapat menyembunyikan garis-garis halus serta kedutan serta sebarang cacat cela pada wajah. Ia lekat pada wajah jadi anda kelihatan berbedak sepanjang hari. Ia sudah diuji oleh pakar dermatologi dan tidak menyebabkan akne. Sesuai untuk kulit sensitif.

Bagaimana meningkatkan kesihatan kulit wajah?

5 fungsi yang membantu meningkatkan kesihatan kulit:-

  • Membersih - menyingkirkan toksin yang dikeluarkan dari badan
  • Mengelupaskan - mencungkil daki dari dalam liang roma. Lubang liang peluh kembali ke saiz asal
  • Menyegarkan - melengkapkan proses membersih
  • Melembapkan - memasukkan produk yang mengandungi pati penuh kebaikan ke dalam kulit
  • Melindungi - dengan menggunakan bedak asas

Program asas menjaga kulit wajah

5 keperluan asas program penjagaan kulit yang bagus:-

  1. Membersih
  2. Menyingkirkan daki
  3. Menghaluskan lubang-lubang kasar pada wajah
  4. Menyediakan lembapan yang diperlukan untuk lapisan kulit atas
  5. Melindungi kulit dari persekitaran

Tuesday, June 23, 2009

Khasiat tumbuh-tumbuhan dan penyelesaian Mary Kay

Tomato - menghaluskan kulit wajah.

Buat sendiri - Ambil sebiji tomato yang ranum dan kisar halus-halus. Lumurkan wajah dan biarkannya selama dua puluh minit. Bersihkan muka dengan air suam.

Mary Kay - gunakan set lengkap penjagaan kulit.

Timun - menegangkan kulit wajah

Buat sendiri - Hancurkan timun dan campur dengan sedikit tepung ubi kayu dan air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Lumurkan pada wajah hingga kering. Selepas itu cuci hingga bersih.

Mary Kay - gunakan masker

Bedak sejuk - menghilangkan jerawat

Buat sendiri - Campur bedak sejuk dengan sedikit asam jawa. Lumur pada wajah. Boleh juga guna kulit kayu manis dan dicampur dengan bedak sejuk.

Mary Kay - guna set akne

Lobak merah - melambatkan kedut

Buat sendiri - Parut lobak merah dan campur dengan sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oles pada wajah sehari sekali.

Mary Kay - Day & Night Solution/Serum

Daun senduduk - menghilangkan parut

Buat sendiri - Upar-uparkan beberapa helai daun senduduk hingga keluar dair. Gosokkan daun pada parut. Boleh juga digunakan bagi menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.

Mary Kay - gunakan masker atau microdermabrasion

Tomato dan epal - melicinkan kulit.

Buat sendiri - Parut tomato atau epal yang sudah ranum, gosok pada wajah perlahan-lahan. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan 20 minit sebelum dicuci.

Mary Kay - Salah satu cleanser (Botanical atau TimeWise), untuk hilangkan parut, gunakan masker.

Susu segar - menggebukan dan melicinkan kulit

Buat sendiri - Ambil segelas susu segar, sapu pada wajah dan gosok hingga rata, melekit dan kering. Cuci dan keringkan. Lakukan dua kali seminggu.

Mary Kay - Oil Free Hydrating Gel

Maklumat rawatan sendiri dipetik daripada Berita Harian, 19 Jun 2009.

Sunday, June 21, 2009

Bagaimana Unit dalam Mary Kay berfungsi?


Mary Kay akan mengadakan sebuah konferens pada 15hb Ogos 2009, bertempat di Times Square Convention Centre, Kuala Lumpur. Majlis ini khas bagi anggota Mary Kay sahaja. Ia tidak terbuka kepada orang luar. Apa yang menarik mengenai Mary Kay ialah, setiap pertemuan yang diadakan, kita akan dapat lihat kaum wanita membanjiri dewan besar lokasi mesyuarat. Lelaki pun ada tapi jumlahnya amat kecil.

Bagi Unit Sparking Swan, majlis kami bermula daripada hari Jumaat, 14hb Ogos, 2009. Sebagai BC baru, saya pun tidak tahu apa yang akan saya perolehi hasil dari pertemuan dengan Pam, wanita yang memulakan Mary Kay Malaysia 6,7 tahun lalu. Tapi, semua sisters yang sudah lama berkecimpung dengan Mary Kay agak teruja dan ternanti-nanti mahu bertemu dengan beliau.

Mary Kay - apa yang boleh saya jelaskan mengenai Mary Kay? Walaupun konferens yang diadakan hanya untuk BC (Beauty Consultant), namun ada juga beberapa pertemuan diatur untuk tetamu yang berminat mencuba produk Mary Kay. Namun, pertemuan ini diurus oleh unit-unit yang berkaitan.

Sebagai contoh, Unit Sparkling Swan yang diketuai oleh Sales Director Nafisah akan mengadakan satu pertemuan yang dikenali sebagai Guest's Event pada hari Ahad. Pertemuan ini hanya membabitkan anggota atau BC di bawah kelolaan Nafisah. Ada ramai lagi Sales Director (SD) di seluruh negara. Mungkin SD di Sabah atau Sarawak akan mengadakan satu pertemuan khas untuk BC mereka. Perkara ini tidak mungkin diketahui oleh SD lain kerana masing-masing punya jadual masing-masing. Walau bagaimanapun, sesiapa sahaja di Malaysia atau di luar Malaysia boleh menyertai MK Malaysia atau memberi produk MK menerusi saya. Tiada had atau sekatan dalam Mary Kay. Seandainya saya mempunyai BC di Sabah atau Sarawak, mereka akan dibantu oleh SD di kawasan yang hampir dengan mereka menerusi program yang dikenali sebagai 'Adoptee Program' dalam Mary Kay.

Walaupun BC melakukan pertemuan dengan SD seminggu sekali, namun setiap BC bebas melakukan urusan jual beli atau mengadakan kelas penjagaan kulit dengan pelanggan masing-masing. Sebagai contoh, saya bebas untuk tidak melakukan sebarang skin care class untuk bulan Jun, tiada siapa yang akan menegur saya. Saya juga bebas menjual produk Mary Kay menerusi laman blog ini tanpa perlu melakukan skin care class!

Saudari mahu bebas seperti saya? Mari sertai Mary Kay

Saturday, June 13, 2009

Mary Kay Makeup Compact

“Women still associate Mary Kay as a brand from the yesteryears. They assume the cosmetic label and colours are from the 1980s.

Ini tulisan daripada keratan akhbar The Star. Benarkah?



Compact (kosong) berharga RM55.00, boleh diisi dengan pewarna mata, pemerah pipi atau pressed powder, lengkap dengan satu ruang untuk lipstick.


Menurut The Star lagi, “The ultra versatile compact offers unlimited options, adapting to women’s every make-up need. You will never want to be without this go-everywhere and purse-tested customised companion,” explained Chin.


Berminat mahu mendapatkannya? SMS saja ke 0173016169



Wednesday, June 3, 2009

Masalah Akne di Badan

Adakah anda mengalami masalah akne di tubuh contohnya di bahagian belakang anda?

Mary Kay akan melancarkan produk terbaru, lanjutan daripada Mary Kay System for Acne-Prone Skin pada 16hb Jun 2009. Ia dapat membantu membuang sel kulit mati sambil membantu mencegah pembentukan celaan baru di badan. Produk baru ini direka agar mudah disemburkan dari atas ke bawah atau sebaliknya, dari bahu ke bahagian belakang, dari dada ke kaki, semburannya cepat kering.

Produk ini dirumus dengan 2% asid salisilik, dapat menembusi pori bagi membersihkan minyak dan daki yang terperangkap, mengelupas permukaan kulit dan membantu mengawal minyak yang berlebihan. Produk ini turut mengandungi tumbuhan yang menenangkan kulit seperti Canadian willow herb, sea heather dan burdock root.

Berminat mahu mendapatkannya?

SMS kami di 017 3016169
Daripada kajian yang dilakukan, inilah peratusan yang diperolehi:-

90% berkata produk ini mengawal minyak dan kilat muka
84% berkata produk ini menenangkan kulit
80% berkata produk ini membantu mengecilkan pori