Apa dengan blog ini?

Friday, September 25, 2009

Mudahnya melicinkan kulit seluruh tubuh badan - guna skrub saja!

Sangat mudah melicinkan kulit seluruh badan dengan hanya menyabun tubuh dengan loofah body cleanser dari Mary Kay.

Mari lihat rupa bentuk loofah yang asli.
 
Inilah rupa loofah yang original. Loofah ori ini boleh ditanam sendiri. Ia sebenarnya adalah salah satu jenis pokok petola tetapi ini adalah jenis yang bersabut, yang dikatakan loofah itu. Apabila buah petola ini sudah matang, kulitnya berubah menjadi coklat tua.

Kulit itu dikopek dan muncullah isinya yang berupa loofah itu.

Jika di rumah, loofah ini digunakan sebagai pencuci periuk atau alat scrub pinggan mangkuk. Boleh juga digunakan sebagai scrub badan. Scrub badan yang dijual dikedai-kedai itu sudah diproses dan diwarnakan jadi ia kelihatan lebih cantik.

Sewaktu dalam keadaan kering, loofah ini keras tetapi segera menjadi lembut selepas dilembapkan dengan air.

Walaupun ia lembut selepas terkena air, namun ia masih kasar apabila digosok pada badan. Bagi bahagian badan yang lebih mudah terasa, ia mungkin tidak selesa dipakai. Sudah tentulah loofah ini mesti dipakai dengan sabun agar menjadi lebih licin supaya mudah digosok.



Sekarang bayangkan satu produk yang lebih mudah, bersih dan harum, mengandungi butir-butir halus loofah ini sebagai salah satu bahan campurannya. Produk itu pula hanya perlu disapu pada badan seperti memakai sabun atau shower gel biasa. Hanya gosokkan dengan lembut pada seluruh badan selama empat hingga 5 minit, kemudian jirus badan dengan air. Tidak perlu menghabiskan masa yang lama menggosok badan. Amat sesuai untuk wanita yang sibuk.


Kulit serta-merta terasa lebih lembut dan licin selepas dikeringkan. Tiada gosokan kuat pada mana-mana bahagian badan. Mandi kini terasa seperti satu kemewahan. Bauan harum menenangkan perasaan. Hilang stress dibawa air mandian yang mengalir!

Selama dua, tiga hari berikutnya, kulit terasa lembut bak sutera.

Itulah dia Loofah Body Cleanser daripada Mary Kay.

Body Scrub yang berwarna hijau mengandungi lotus dan bamboo, yang berwarna coklat oren mengandungi red tea dan buah fig.

Ingin tahu lebih lanjut? Sila hubungi 0173016169

Friday, September 18, 2009

Tujuh rahsia bagi mendapatkan mata yang galak

1) Mary Kay Ultimate Mascara - Formula eksklusif bagi mendapatkan bulu mata nampak lima kali lebih panjang.

2) Mary Kay Waterproof Mascara - Formula teruji triatlon ini memberikan penampilan bulu mata yang lebih panjang dan lebat.

3) Mary Kay Eye primer - Menghilangkan kedutan dengan formula kalis air yang terbukti dapat memanjangkan pemakaian warna mata dan keamatan warnanya. Guna sebagai asas pewarna mata.

4) Mary Kay Eyeliner - Pensel penggaris mata mekanikal yang meluncur untuk memberikan pemakaian tahan air dan tahan comot.

5) Mary Kay Liquid Eyeliner - Warna yang hebat sepanjang hari. Aplikator dengan mata felt yang memudahkan aplikasi.

6) Mary Kay Brow Definer Pencil - Formula berkrim yang tahan lama, kalis air dan menggaris dengan licin.

7) Mary Kay Brush Collection - Membolehkan anda mendapat hasil yang luar biasa cantik dengan berus berkualiti profesional.

Thursday, September 17, 2009

Bahagian Mata Berkedut?

Bahagian mata penuh dengan kedut yang dinamakan crow's feet.
Walaupun pada usia 44 tahun (pada tahun 2007), wajah Demi Moore kaya dengan garis-garis halus dan kasar.
Namun, beliau tetap kelihatan jelita.
Tetapi mungkin kini wajahnya sudah licin dan gebu kerana sudah dibantu dengan suntikan botox.

Kita wanita biasa tidak perlukan suntikan botox.
Namun Mary Kay mungkin boleh membantu saudari
dengan salah satu produk khas untuk mata dan kawasan sekitarnya.

TimeWise® Firming Eye Cream

Harga : RM150
Ninety-six percent saw an improvement in the overall appearance of the skin around their eyes.* Experience the results for yourself.
Just imagine a luxuriously rich eye cream so advanced it firms, brightens, provides intense moisturization, plus minimizes fine lines and wrinkles. With new TimeWise® Firming Eye Cream, you can have it all. It delivers more benefits for the younger-looking eyes you want to see.

TimeWise® Age-Fighting Eye Cream

Harga : RM125

Nine out of 10 women saw younger-looking skin.* See for yourself!

Sun, stress and fatigue can take their toll on the delicate skin around the eyes. And that's where you'll often see the first signs of aging. So we know you'll love TimeWise® Age-Fighting Eye Cream. It was created specifically for the skin around the eye area and formulated to deliver anti-aging benefits.

This rich, luxurious eye cream was created to dramatically minimize the appearance of fine lines and wrinkles.


Wednesday, September 16, 2009

7 sebab mengapa kulit (masih) tidak cantik

Kita sudah pun menggunakan segala macam krim-krim yang dijual di kaunter, sudah membelanjakan wang yang banyak bagi memanjakan dan membelai diri, namun hasilnya masih tidak seperti yang diharapkan. Kulit masih tidak kelihatan berseri, malah nampak kusam dan tidak bermaya. Adakah janji-janji yang diberikan itu hanya kata-kata manis sahaja?

Cuba lihat 7 sebab yang disenaraikan di sini. Adakah ia mewarnai corak kehidupan kita selama ini?

1. Kurang tidur

Tidur yang cukup penting untuk kulit kita. Ini adalah kerana semasa tidur, enzim-enzim yang bertugas membaikkan bekerja memperbaiki kerosakan, mengurangkan toksin dan menghantar nutrien ke sel-sel tubuh.

2. Kurang bersukan

Bersukan bukan hanya baik bagi tubuh, tetapi juga menjadikan kulit berseri kerana aliran darah ke seluruh tubuh dan kulit menjadi lebih efisyen.

3. Mengambil lemak yang terlalu rendah

Terlalu kurang makan makanan berlemak boleh menyebabkan kulit menjadi kering, bersisik dan rambut bercabang. Kita boleh mengambil lemak nabati (lemak daripada tumbuh-tumbuhan) bagi mendapatkan kulit yang cantik tanpa memudaratkan bentuk dan kesihatan tubuh.

4. Tidur tanpa membersihkan mekap

Mekap yang tidak dibersihkan akan menyumbat pori, menumbuhkan jerawat, dan rasa tidak selesa pada mata. Kulit memerlukan waktu untuk memperbarui sel-sel. Apabila pori-pori tersumbat, proses ini menjadi terhambat, sehingga menjadikan kulit kusam.

5. Menggunakan alat kecantikan yang kotor

Span atau berus bedak yang kotor akan menumpukkan kuman pada kulit wajah dan menumbuhkan jerawat. Bersihkannya dia minggu sekali dengan menggunakan air suam-suam kuku.

6. Menggunakan kosmetik yang tidak sesuai

Kebiasaan memakai kosmetik sentiasa, mengambil kosmetik dengan jari atau memasukkan kembali sisa kosmetik yang berlebihan ke dalam bekas dapat menyebabkan jerawat dan radang kulit. Jadi, buang semua produk yang sudah berubah warna, tekstur dan aromanya. Biasakan diri menyentuh produk dengan menggunakan putik kapas. Atau tuangkan sedikit ke telapak tangan sebelum dioleskan ke wajah. Saya gemar memicit sedikit mekap atau pelembap ke belakang tangan sebelum menculitnya ke wajah. Kemudian saya sapu baki bahan itu ke wajah atau menyapunya ke seluruh tangan.

7. Mandi lama dengan air panas

Walaupun mandi dengan air panas amat menyenangkan, namun ia menjadikan kulit kering. Cukuplah mandi hanya selama 3 minit dengan menggunakan air yang tidak terlalu panas. Gunakan pelembab segera selepas mandi bagi mencegah kulit daripada menjadi kering.

Santi Noviyanti

tabloidnova.com

http://www.resep.web.id

Tuesday, September 8, 2009

Hamper Raya

Harga hamper : sila rujuk pada foto
Hadiah sampingan boleh ditukar kepada produk berikut dengan tambahan harga:-
Paatchi Chocolate : tambahan RM100
Cookies (for 50 pcs) : tambahan RM50

Hamper biasa mengandungi Belgium Chocolate dan sejambak bunga kering, seperti yang dapat dilihat dalam foto.

Delivery : Within Klang Valley - free



Set penjagaan badan, membantu menyingkirkan selulit dan mengecilkan sehingga 1/2" saiz badan apabila krim ini disapu pada badan malam dan siang. Ia dapat membantu menegangkan kulit badan serta melembapkannya.




Set penjagaan badan Loofah Body Scrub dan Losyen Badan. Loofah body scrub dapat menanggalkan daki yang tidak dapat dibersihkan dengan sabun biasa. Warna kulit kembali menjadi sekata. Losyen badan menjadikan badan sentiasa lembab.




Set lengkap Body Spa yang merangkumi Loofah Body Scrub, Shower Gel, Losyen Badan dan Body Spray.



Set lengkap bagi penjagaan kulit kering. Ia merangkumi Pembersih, Penyegar, Masker dan Pelembap. Set ini berasaskan ginseng, oat dan delima serta ada tambahan ekstrak bunga raya. Ia membantu melembapkan kulit kering, menyingkirkan rasa 'ketat' dan kemerah-merahan.

Set ini boleh ditukar dan disesuaikan dengan jenis kulit.



Set Hands Spa ini mengandungi 3 produk iaitu Losyen Malam, Losyen Tangan dan Scrub untuk tangan. Pernah memenangi award scrub tangan terbaik pada tahun 2007. Scrub membantu menghaluskan tangan yang kasar sehingga lembut dan halus seperti satin.



Set ini mengandungi produk yang mengandungi 4 tiub serum yang perlu dihabiskan dalam tempoh sebulan dan hasilnya amat menakjubkan. Ia mencerahkan dan menghaluskan kulit, menonjolkan pipi, mengurangkan kesan parut dan kedut. Cairannya sungguh halus, cepat diserap ke dalam kulit. Semprotkan 3 kali dan sapu ke wajah dengan gerakan ke atas an keluar. Sebatang lipstick turut disertakan.



Set Ajaib Anti-Penuaan ini dinamakan Miracle Set dan sememangnya anda akan berasa begitu ajaib selepas memakainya. Set ini mengandungi 4 produk iaitu 3 dalam 1 pembersih (membersihkan, menyegarkan dan mengelupaskan), krim siang yang mengandungi spf 25, melindungi wajah daripada diserang sinar UV, krim malam yang mengandungi bahan yang dapat meningkatkan pengeluaran kolagen dan mengurangkan kedut, serta pelembap.

Terdapat dalam kombinasi kulit kering dan kulit berminyak. Hamper boleh disesuaikan dengan jenis kulit.


Set Microdermabrasion ini mengandungi 2 produk yakni pembersih dan serum. Pembersih yang mengandungi kristal halus ini akan membersihkan hingga ke dalam garis-garis halus, melenyapkan kedutan halus, menghaluskan pori kasar dan melicinkan kulit wajah.

Serum ini mengandungi vitamin, antioksidan dan antiradang. Ia melengkapkan kerja yang sudah dilakukan oleh pembersih tadi dan .



Set ini mengandungi Oil Free Hydrating Gel yang dapat memberikan kelembapan selama 10 jam. Kulit menjadi halus, gebu dan mekap tahan lama. Ia diperkaya dengan Vitamina E. Kulit terasa nyaman dan segar apabila memakainya. Sesuai digunakan bagi kulit berminyak. Sebatang lipstick disertakan sama.

Berminat? Hubungi 0173016169

Sunday, September 6, 2009

A Long, Lasting Beauty that keeps your heart going


Mary Kay follows a set of golden rules to give back to the society. This philosophy set the foundation to all charity activities and event that Mary Kay had participated. Prior to setting up her own charity organisation, the Mary Kay Ash Charitable Foundation, the Company was dedicated to contributing funds to the Cancer Research Foundation.

For more than 46 years now, Mary Kay has been creating impactful transformation to women, families and communities. Standing true to her philosophy - God first, Family second and Career third, MK founded a business and a lifestyle in accordance to her belief, making her great mentor to all women. MK offers a balanced lifestyle for women, developing them into becoming tolerant, noble, generous and beautiful women.

In a typical year, MK spends milllions of dollars and conducts more than 300,000 tests to ensure that Mary Kay products meet the highest standards of quality, safety and performance. Each new product must pass through a series of stringent research and consumer testing procedures. MK scientists bring their innovative insight to study new ingredients and formulas, and test them for:-

  1. safety,
  2. quality,
  3. stability,
  4. purity,
  5. skin efficacy,
  6. product usage,
  7. performance, and
  8. consumer acceptance.

Through the opportunity offered by MK, many beauty consultants are helping other women and contributing to the healthy development in the society while living beautiful and marvelous lives. MK is offering a chance for women to "become prettier than putting on make-up, having an achievement that is greater than success, and a sense of self-satisfaction that is higher than self-confidence," enabling them to see the multiple facets in them and enjoy life to the fullest.

Friday, September 4, 2009

Apakah rutin harian penjagaan wajah anda?

Dulu, saya hanya mampu membeli sebotol pencuci dan sebotol pelembap sahaja sebagai rutin harian membersihkan wajah. Apabila saya diserang jerawat, wajah yang kusam, bintik hitam dan putih, saya akan ke salun untuk facial.

Selama lebih kurang 3 jam, wajah saya dibersihkan dengan pencuci biasa, kemudian disapu dengan masker, selepas itu ditekan dan jerawat serta bintik hitam dan putih dikorek. Di samping itu, saya akan dihidangkan dengan wap dari air menggelegak, entah untuk apa, mungkin untuk melonggarkan kekotoran yang tertanam dalam kulit agar ia mudah dikeluarkan.

Selepas itu, wajah saya akan disapu dengan pelbagai jenis krim dan serum, bergantung kepada jumlah wang yang sanggup saya bayar. Selepas 3 jam, rawatan itu selesai namun wajah saya bengkak selepas ditoreh keluar semua kekotoran itu.

Saya sangka itu adalah normal.

Selepas saya menyertai Mary Kay, saya dapat memanjakan diri saya dengan berbagai-bagai krim kecantikan yang dapat saya beli pada harga diskaun. Kini, saya bukan hanya memiliki pembersih dan pelembap, malah saya mempunyai pembersih mekap mata dan bibir, krim siang dan krim malam, serum, masker, exfoliator, krim untuk mata, krim untuk bibir, masker untuk bibir.

Adakah segala krim dan serum yang ditepek pada wajah menunjukkan apa-apa perubahan?

Ya, memang ada. Salah satu perubahan paling ketara adalah tiada lagi bintik hitam dan putih pada kulit di bahagian pipi, terutama sekali di pipi. Proses membersihkan segala bintik hitam dan putih yang mengotorkan kulit tidak perlu dicungkil. Semuanya dilakukan dengan lemah lembut sahaja.

Masker, pembersih 3 dalam 1 serta microdermabrasion mengandungi bahan seperti pasir-pasir halus yang membersihkan kulit wajah. Semuanya dilakukan dengan sapuan dengan gerakan membulat, tidak perlu menonyohnya ke wajah.

Krim kecantikan semuanya lekas diserap ke dalam kulit. Ini menunjukkan betapa halusnya krim tersebut. Ia tidak meninggalkan kesan minyak ataupun terasa berat apabila disapu pada wajah.

Kini, membersihkan wajah serta menyapu krim adalah satu aktiviti yang amat menyeronokkan.

Ia menjadi lebih seronok apabila ada kesan positif terbit pada wajah yang sama. Dulu kusam dan berwajah masam, kini cerah dan terasa lebih ceria.

Inginkan pengalaman seperti ini?

Cubalah Mary Kay!