Apa dengan blog ini?

Tuesday, December 29, 2009

Oil Mattifier buang kilat muka


Untuk testi dan produk review, sila klik di sini.


Produk yang dapat mengawal kilat muka yang disebabkan oleh lebihan minyak pada wajah digunakan sebagai bahan anti-kilat. Hanya sapukan sedikit sahaja di bahagian muka yang mudah berkilat seperti di dahi, di hidung dan sebagainya sebelum memakai foundation atau bedak asas. Wajah serta-merta kelihata matte. Krim ini juga boleh dipakai selepas memakai mekap. Sapu sahaja.


Wajah akan tahan kilat selama sekurang-kurangnya 4 jam.


Ingin maklumat lanjut, hubungi 0173016169.

Eye Makeup - ala Audrey Hepburn's style

Fancy an Audrey Hepburn's eye makeup style? Click here.

Friday, December 25, 2009

Award's & Recognition Nite - December 2009



Seperkara yang mungkin dapat dilihat menerusi gambar yang diterakan di sini mungkin wajah mereka yang gumbira, wajah yang gebu, halus dan mulus.
Ini hanyalah sebahagian kecil keluarga Mary Kay.


Thursday, December 24, 2009

SCC di Bukit Antarabangsa

Berikut adalah testimoni daripada peserta kelas skin care yang diadakan baru-baru ini. Mereka pada mulanya hanya ingin melihat-lihat tetapi akhirnya bersetuju bersama-sama melakukan facial. Wanita yang berusia matang itu tidak pernah melakukan facial dan berasa amat seronok sekali. Sebagai BC Mary Kay, saya berasa bertuah kerana dapat memberinya pengalaman melakukan facial. Ini adalah salah satu cara bagaimana Mary Kay memperkaya pengalaman seseorang!

Anda berminat? Hubungilah 013-2139063.


Wajah menjadi lebih bertenaga dan cerah selepas masker dibersihkan. Kulit tidak lagi berkilat tetapi nampak matte.
Peserta sendiri berasa kulitnya lebih licin apabila disentuh.

Wanita yang berusia 60 tahun ini mendapati kulit pipinya lebih tegang selepas memakai masker. Beliau sungguh berpuas hati.



Aktiviti kelas skin care dan mekap asas


SKIN CARE CLASS

DI

PEJABAT MARY KAY, BANGUNAN JAYA 33, JALAN SEMANGAT, PJ


Masa : 10 pagi - 12 tengah hari (2 jam)

Sila call/sms ke 0173016169 untuk book tempat

********

About Us

Blog yang menjual semua produk Mary Kay khas untuk kulit orang Asia.

Menyediakan testimoni peribadi dan rakan-rakan.

Info yang diberikan di sini adalah petikan daripada website Mary Kay Malaysia, blog rakan dan majalah.

Sebarang saranan adalah berpandukan kepada katalog Mary Kay dan perkongsian maklumat dengan BC lain.

*****************

Bosan ke salun untuk melakukan facial yang mahal-mahal tapi tidak memberi kesan yang diharapkan? Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay, Hasnah menawarkan kepada saudari rawatan facial sama seperti di salun secara percuma, di rumah sendiri!

Hasnah adalah salah seorang Perunding Kecantikan Mary Kay, sebuah jenama kosmetik yang terunggul di Amerika. Selain menjual set penjagaan wajah, penjagaan diri dan kosmetik yang berkualiti tinggi, beliau turut menawarkan khidmat memanjakan diri, mengajar dan menunjukkan cara menggunakan produk kecantikan ini dengan betul dari rumah ke rumah.

Beliau berkata, 'Saya ingin memberi peluang kepada pelanggan saya mencuba dahulu produk ini sebelum membelinya! Tahukah anda berapa ramai pembeli yang sudah membeli krim-krim kecantikan itu, kemudian mendapatinya yang ia tidak sesuai dengan jenis kulit mereka, tidak menyukainya atau lebih parah lagi, mereka tidak tahu bagaimana menggunakannya!'

Semasa sesi cuba-mencuba produk ini, bakal pembeli akan diberi produk yang sesuai dengan keperluan dan jenis kulit mereka, kemudian mereka diajar cara menggunakan produk tersebut. Lokasi yang selesa itu membuatkan bakal pembeli berasa relaks untuk bertanya dan mencuba tanpa diperhatikan orang lain, berbeza keadaannya semasa berada di kaunter kosmetik.

Perunding Kecantikan Mary Kay ini seperti pembeli peribadi saudari! Dia membantu mengenal pasti produk yang sesuai untuk setiap pengguna dan mengajar mereka bagaimana memakainya. Ada juga yang takut menggunakan kosmetik semata-mata kerana mereka tidak pernah menggunakannya. Tapi, selepas mereka tahu bagaimana menggunakannya, bukan main hebatnya penampilan mereka setiap hari!

Sesi belai-belai diri ini bukan hanya terbatas kepada seorang-seorang sahaja, sekumpulan peserta pun boleh juga diatur!

Jika saudari berada sekitar Lembah Klang dan ingin sekali menikmati sesi belai-belai diri di rumah sendiri, FREE, tidak mesti membelinya, hubungi Hasnah (Kak Lani) 0132139063 atau emel ke hasnahmk@gmail.com.


Mary Kay - sekapur sireh

Sebut saja Mary Kay, apakah yang terlintas di fikiran anda?

Tentulah mekap dan sistem penjagaan kulit. Sebahagian besar wanita memang tidak dapat lari daripada dua perkara ini. Malah industri ini merupakan salah sebuah industri terbesar di dunia.

Mary Kay yang sudah tertubuh selama 46 tahun (2009) sudah menjalankan lebih daripada tiga ratus ribu ujian ke atas semua produknya, serta sudah membelanjakan sejumlah wang bagi menjalankan penyelidikan dan mereka produk baru.

Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan dalam produknya terdiri daripada tumbuh-tumbuhan serta tidak mengandungi bahan yang menyebabkan alahan (commonly known allergy-causing ingredients). Semua ujian yang dilakukan tidak pernah diuji ke atas haiwan.

Pengguna yang menggunakan produk Mary Kay dapat menggunakan produk ini dengan yakin. Ia selamat digunakan walaupun anda mempunyai kulit sensitif atau bermasalah.

Produk Mary Kay dijual lebih daripada 35 buah negara di seluruh dunia, mempunyai perunding kecantikan bebas melebihi 1.8 juta orang. Syarikat yang diasaskan oleh Mary Kay Ash 46 tahun lalu masih mengekalkan impian dan hasrat pengasasnya iaitu sebuah syarikat yang prihatin. Ingin tahu bagaimana Mary Kay boleh membantu mengindahkan lagi dunia wanita di seluruh dunia? Hubungi Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay, Hasnah.

Mary Kay adalah salah sebuah syarikat jualan langsung yang menjual produk penjagaan kulit dan mekap yang terbesar di dunia. Pada tahun 2008, Mary Kay Inc mencatatkan jualan sebanyak $2.6 bilion di seluruh dunia.

Mary Kay membangunkan, menguji, membuat dan membungkus lebih daripada 200 produk berkualiti tinggi di kilang termodernnya di Dallas dan di negara China.

Para saintis Mary Kay sering mengadakan perbincangan dengan pakar dermatologi bebas dan pakai perubatan di seluruh dunia.

Dalam sesuatu tahun itu, Mary Kay mengeluarkan sejumlah wang yang banyak bagi mengadakan lebih 300,000 ujian bagi memastikan semua produk Mary Kay mencapai standard kualiti, keselamatan dan prestasi yang tertinggi.

Wednesday, December 16, 2009

Lipstik Mary Kay ni kan...ada 5 lagi warna baru



Mengapa wanita dari seluruh dunia suka akan Mary Kay® Creme Lipstick? Kini terdapat lima warna baru! Sudahlah cantik, sedap pula dipakai. Ia ringan berkrim dengan mempunyai sedikit perasa vanila, diperkaya dengan ekstrak vitamin E dan C untuk melawan radikal bebas yang menjadi penyebab kedut. Pakejing yang cantik pasti menarik sesiapa sahaja yang memandang. Boleh dimuatkan ke dalam tas tangan atau Mary Kay® Compact.

Kini lebih mudah mencarinya dalam tas tangan kerana ada tambahan butang warna di setiap bekas lipstik.

Harga : RM48/SGD25
10-026286 Citrus Bloom
10-027589 Icy Peach
10-027584 Copper Star
10-027583 Pink Passion
10-027588 Blaze
10-027587 Boysenberry

Why women love their Mary Kay® Creme Lipstick? The five new colours feel as good as it looks, creamy, lightweight and has a hint of vanilla flavor. It is enriched with vitamins E and C derivative to defend against wrinkle-causing free radicals. Handsome packaging makes heads turn when it’s pulled out of purses or the Mary Kay® Compact.

Call me 0173016169 for a skin care class appointment.

Warna pembayang mata terbaru daripada Mary Kay



Ciptalah mata yang lebih menggoda dengan tujuh lagi warna baru daripada Mary Kay® Mineral Eye Color. Ia tahan lama, tidak berat, warnanya tidak pudar atau hilang, mudah disapu. Sapu sekali saja sudah cukup.

Mary Kay®Mineral Eye Color New!

Create a more alluring eyes with seven new shades from Mary Kay® Mineral Eye Color. All colours are designed to last long, lightweight dan fade-resistant. Swipes once and you are done!
10-026293 Golden Vanilla
10-026297 Silver Satin
10-026295 Ginger Flower
10-026292 White Lily
10-026296 Tender Taupe
10-028589 Black Pearl
10-028588 Midnight Star

Harga/Price: RM26/SGD13

*All prices quoted in SGD are inclusive of GST.


Tuesday, December 15, 2009

Pengalaman peribadi dengan Mary Kay skincare

Apakah produk yang benar-benar terkesan di hati saya ketika kali pertama saya mencuba produk ini?

1) Pelembap - kerana ia tidak berminyak, tidak meninggalkan kesan minyak di wajah saya, terus diserap ke dalam kulit. Wajah saya kelihatan berminyak tetapi apabila disapu, ia bukan minyak. Wajah saya nampak glowing rupanya!

2) Satin handscrub - kerana kedut-kedut yang disebabkan kulit dimamah usia nampak kurang ketara kerana kulit sudah bersih. Semakin selalu tangan discrub, kulit sekitar tangan semakin licin dan halus. Kedut-kedut pun semakin kurang.

3) Day Solution - krim ini terus diserap ke dalam kulit

4) Night Solution - krim ini sejuk dan terus diserap ke dalam kulit. Kulit saya serta-merta berasa bertenaga.

5) Masker - Separuh wajah disapu dengan masker bagi membolehkan saya membuat perbandingan. Selepas masker dibersihkan, kulit saya nampak matte dan lebih bersih, tidak lagi berkilat seperti sebelumnya. Liang roma nampak lebih kecil.

6) Foundation - Ia terasa ringan dan muka tidak berasa lekit atau berat. Apabila diteliti pada cermin, wajah kelihatan berbedak. Sebelum ini, saya menggunakan Bobby Brown foundation tapi kini bertukar ke Mary Kay kerana ia lebih murah, tahan lama dan tidak meninggalkan kesan retak atau pecah-pecah.

Maklumat menjadi BC Mary Kay

Kini kita semua boleh memiliki perniagaan sendiri dengan menjadi Beauty Consultant (BC) atau Perunding Kecantikan dengan Mary Kay.

Ingin menjadi BC?
Hanya perlu tandatangan borang persetujuan dan membayar RM195 sebagai bayaran penyertaan, RM50 untuk bayaran kursus ESRS selama dua hari.

Semua BC baru akan mendapat program pendidikan serta pelbagai ganjaran percuma mengikut musim.

Bagi menyediakan kita melewati perjalanan yang bermakna dan berharga bersama Mary Kay, kursus ESRS (Essential Step to Reach Success) adalah suatu program paling tepat untuk belajar asas perniagaan supaya matlamat kita tercapai.

APA ITU ESRS?
Ia adalah program selama dua hari yang menitikberatkan pengetahuan dan kemahiran perniagaan bagi membantu kita memulakan bisnes.

Melaluinya, kita akan dapat:-
1) Mengenali siapa wanita yang bernama Mary Kay
2) Meneroka dan merealisasikan impian kita
3) Mempelajari solekan asas 
4) Mengenali produk Mary Kay
5) Kenalpasti Jenis Kulit kita 
6) Mempelajari bagaimana mengendalikan kelas skin care 
7) Mengetahui Produk Mary Kay
8) Pengurusan Bisnes
9) Pelan Tindakan
10) Belajar membina impian
11) Belajar grooming asas
12) Mendalami Falsafah Mary Kay

Apakah Faedahnya?
Selepas dua hari tersebut, kita akan menerima:-
1) Hadiah istimewa selepas menyempurnakan tugasan
2) Sijil Tamat Program
3) Pin ESRS yang eksklusif
4) Baucer bernilai RM200 boleh ditebus semasa membuat
belian sebanyak 350 poin.) Selepas itu, BC baru akan menerima sebatang lipstick dan tempat letak lipstick (Lipstick caddy).

Apa lagi selepas itu?

Selepas anda bergelar BC, anda kini layak membeli-belah secara online di website Mary Kay dan mendapat diskaun. Namun terdapat syarat tertentu sebelum anda layak menerima diskaun ini.

Ingin tahu lebih lanjut?
Hubungi kami di 017-3016169 atau
baca di sini.

Sekapur Sireh

Welcome and Selamat Datang to my blog on skin care and makeup.

I am a full time Mary Kay Independent Beauty Consultant. Besides that, I am also a full time online businesswoman. I conduct complimentary skin care class using and promoting Mary Kay products.

All students in my Mary Kay skin care class are free to use whatever products I bring along to the class. This includes skin care products and cosmetics. I teach the proper way of cleansing the face using Mary Kay products, starting from removing the water-proof eye makeup and lipstick with cotton ball, the right way of cleansing your face with the facial cloth, applying the moisturizer and face foundations with your beauty fingers and many more.

Apart from getting the knowledge on how best to apply skin care products on your face and skin, I will also explain the benefits of using such products. You will get to feel it, smell it and touch each and every products during the session.

Wait, there is more. I will also let you experience the lip spa as well as the body spa. Want to know more? Call now 013 -2139063 .

Do you need to pay for the experience you are going to enjoy? It's all for free. Why am I doing this? Because I enjoy sharing so much! Of course you can buy too. But please test it first!

Blog background

This blog sells Mary Kay products, impart knowledge and information on Mary Kay skin care and cosmetics. More beauty tips will be inserted later. Orders are welcome.
If you are interested to be a Mary Kay Beauty Consultant, you are welcome!

If you wish to know more about Mary Kay, please contact me or visit www.marykay.com.my (if you are in Malaysia).

Segalanya untuk anda yang dihargai

Salah satu wawasan Mary Kay adalah mencapai kepuasan pengguna di seluruh dunia dengan memfokuskan kualiti, nilai, mudah didapati, inovasi dan khidmat peribadi yang diberikan - Terry Jacks, VP R&D, Mary Kay

Menghasilkan produk yang selamat digunakan adalah keutamaan Mary Kay. Pasukan saintis Mary Kay bukan hanya menguji setiap produk, malah mereka menguji setiap bahan bagi mempastikan keselamatan dan keberkesanannya.

Ada sains di sebalik seni kecantikan!

Setiap wanita di dunia ini mahukan produk yang benar-benar berkesan tetapi selamat digunakan. Pasukan saintis di Mary Kay Inc menggunakan teknologi termaju dalam seni penjagaan kulit yang ada sekarang bagi memastikan pengguna mendapat apa yang mereka mahukan, yakni produk yang inovatif yang boleh dipercayai dan harganya mampu dimiliki.

Thursday, December 10, 2009

Kulit kusam dan penyelesaiannya

Salah satu sebabnya adalah kerana sel-sel kulit mati tidak disingkirkan daripada wajah. Pencucian biasa tidak terdaya menyingkirkannya. Jadi pakailah scrub atau mask (masker).

Perhatikan jenis scrub atau mask yang saudari miliki.

Gunakan sekerap mungkin tetapi ia tidak boleh digunakan setiap hari. Mask daripada Mary Kay boleh digunakan sehingga tiga kali seminggu.

Mask untuk kulit kering sepatutnya tidak menjadi keras di wajah. (Ia tidak mengandungi tanah liat). Mask untuk kulit normal akan menjadi sedikit keras. (Ia mengandungi sedikit tanah liat). Mask untuk kulit berminyak akan menjadi keras di wajah. (Tanah liat ialah bahan utamanya).

Masker untuk ketiga-tiga jenis kulit mengandungi ekstrak buah delima yang kaya dengan Vitamin C, sejenis bahan anti-kusam semula jadi yang amat berkesan.

Jika tidak menggunakan masker, gunalah Microdermabrasion. Ia bagus bagi orang yang berusia 25 tahun ke atas. Ia dapat mengurangkan garis-garis halus dan membaikpulih parut yang menghodohkan wajah. Proses pencucian wajah ini dulunya hanya boleh dilakukan oleh doktor atau pakar kecantikan yang bertauliah sahaja tetapi Mary Kay berjaya mencipta produk yang selamat tetapi berkesan, mudah digunakan di rumah.

Selepas menggunakan microderma ini, kulit terasa begitu bersih dan berasa seperti mendapat kulit baru.

Wednesday, December 9, 2009

Loofah Body Scrub - Red Tea & Fig Collection


Kulit badan tidak cantik, lebam, daki yang sudah menjadi kerak di badan, gunalah scrub badan berasaskan tumbuhan-tumbuhan.

Sangat berkesan.
Harga : RM75


Paduan tumbuh-tumbuhan yang melicinkan kulit, serta serbuk loofah (sabut petola) yang dapat menjadikan kulit lebih licin dan segar. Ia amat lembut untuk digunakan setiap hari. Selain loofah, kacang Macadamia dari Australia, biji raspberi dan biji kiwi turut dimasukkan ke dalam paduan skrub ini. Bahan asas produk ini adalah ekstrak red tea, sejenis antioksidan yang amat berkuasa, dapat melindungi kulit daripada serangan radikal bebas. Tumbuh-tumbuhan yang menghijau di hutan khatulistiwa turut digunakan bagi memperkayakan lagi nutrien yang terdapat dalam produk ini.

Click here for another fragrant.

Loofah Body Scrub - Lotus & Bamboo Collection

Kulit badan tidak cantik, lebam, daki yang sudah menjadi kerak di badan, gunalah scrub badan berasaskan tumbuhan-tumbuhan.

Sangat berkesan.
Harga RM75


Paduan serat-serat halus loofah dapat menyingkirkan kekotoran di permukaan badan serta mengembalikan kilauan kulit yang semula jadi. Amat lembut dan boleh digunakan setiap hari. Ia mengandungi serbuk buluh yang kaya dengan mineral - sudah diketahui khasiatnya sebagai rawatan dan penjagaan kulit di sebelah sini - serta ditambah pula dengan biji kiwi bagi membekalkan tenaga dan menyegarkan kulit. Ekstrak passion flower dan blue lotus sememangnya kaya dengan antioksidan bagi mengelakkan radikal bebas merosakkan kulit yang sihat.

Warna pembayang mata - Apa itu midtone?




Inilah warna-warna neutral yang perlu saudari miliki bagi mendapatkan warna mata yang neutral untuk mekap ke pejabat atau simple mekap di siang hari.

Sapu salah satu warna -warna ini di kelopak mata.

Harga setiap warna kelopak mata ini ialah RM26.

Gunakan berus ini untuk menyapunya.

Eye Definer Brush
rajah ini dapat menjelaskannya lagi.
No 2 adalah kod untuk midtone

Tuesday, December 8, 2009

Kaedah Pemutihan Kulit

Petikan daripada Berita Harian

Kebanyakan produk krim pemutihan digabungkan bersama bahan penabir suria bertujuan untuk mengelakkan berlaku kerosakan kulit akibat pancaran terus cahaya matahari.

 
Kata Dr Chua, pemakaian losyen atau krim penabir suria ialah kaedah paling mudah dan sering digunakan ramai bagi melindungi kulit daripada mengalami pigmentasi akibat UVB dan UVA.

“Penggunaan hidrokuinon pula ialah kaedah lama yang kekal digunakan sehingga kini kerana kemampuannya mencerahkan kulit, bagaimanapun ia tidak stabil kerana mudah teroksida dan bertukar warna.

“Malah, Kementerian Kesihatan juga sudah mewajibkan setiap produk pemutihan yang mahu dipasarkan perlu mengandungi kurang 2% bahan itu kerana kandungan hidrokuinon yang tinggi boleh menyebabkan radang kulit dan kesan terbakar selepas digunakan,” katanya.

Ada bahan lain yang tidak mengandungi hidrokuinon serta mampu memberikan kesan sama terhadap kulit iaitu arbutin, aid kojic, retinoid dan asid laktik.

Asid kojid dan retinoid sendiri boleh bertindak sebagai agen anti-penuaan, meningkatkan pengeluaran sel baru, mengurangkan penghasilan melanin, selain meningkatkan kolagen di dalam kulit.

“Tumbuhan yang mengandungi phyto nutrien seperti kacang soya juga boleh membantu mencerahkan kulit jika diambil secara berkala sama seperti ekstrak Garden Cress atau Lepidium sativum boleh menghalang tindak balas hormon pigmen dan reseptor sel pigmen,” katanya.

Prosedur rawatan kosmetik khusus untuk pemutihan kulit

Iontophoresis
Menggunakan pemindahan molekul transdermal ke lapisan epidermis melalui kaedah pembukaan salur sel menggunakan arus elektrik yang rendah.

Untuk tujuan pemutihan, kebiasaan vitamin C dalam bentuk cecair atau larutan disapukan pada bahagian rawatan bagi mencapai keberkesanan rawatan. Kebiasaannya cara ini mampu memberikan hasil yang diinginkan seawal tempoh seminggu selepas rawatan.

Laser QS Nd YAG
Kaedah ini menggunakan pancaran laser berkuasa 1,064 nanometer bertujuan untuk meremajakan kulit. Cahaya yang dipancarkan itu juga mampu mencerahkan kulit kerana ia ditujukan terus kepada pigmen melanin.

Kebiasaannya, teknik ini digunakan untuk merawat masalah lingkaran gelap pada mata, meremajakan kulit dan mengurangkan pori di kulit wajah.

Laser Mosaic Erbium Glas Factional
Ia adalah kaedah laser paling popular ketika ini. Kelebihannya ialah mampu mengembalikan keremajaan kulit, selain dapat mengurangkan pigmentasi dan parut.

Keberkesanan teknik boleh dilihat jika ia dilakukan menggunakan kaedah rawatan betul. Sesuai untuk digunakan pada tangan, kaki dan badan.

Teknik pengelupasan kulit (peeling)
Kebiasaan kulit akan mengelupas sepenuhnya dalam tempoh seminggu selepas rawatan.

Suntikan vitamin C
Rawatan kecantikan paling popular pada kebanyakan klinik dan salun kecantikan. Bagaimanapun, teknik ini tidak disarankan pakar kulit kerana ia boleh mengundang risiko terhadap kesihatan.

Fakta : Kulit

Ia organ terbesar dan terberat dalam badan manusia.

Kulit berfungsi sebagai
- pelindung bakteria, cahaya UV, bahan kimia dan kecederaan
- mengawal suhu badan
- organ deria
- menghasilkan vitamin D

Purata berat kulit 4.8 kilogram untuk lelaki dan 3.2 kilogram untuk wanita.

Sel baru kulit dihasilkan semula setiap 28 hari.

Purata ketebalan kulit ialah empat milimeter.

Permukaan kulit mempunyai pH 4.5 - 5.5 dan dikatakan pada pH berasid lemah.

Di Mary Kay, kami mempunyai rangkaian produk MelaCEP membantu mencerahkan wajah dengan menahan melanin dari muncul ke permukaan kulit. Ingin tahu lebih lanjut, hubungi 0173016169.

Monday, December 7, 2009

The MelaCEP™ Whitening System - Hasil Yang Dapat Anda Saksikan!

Mary Kay® MelaCEP™ Whitening System dirumus khas untuk kulit orang Asia bagi membantu meneutralkan unsur-unsur yang boleh menyebabkan nada kulit kelihatan tidak sekata dan tidak bermaya.

Ujian telah diadakan ke atas 400 wanita Asia dan mereka diminta berkongsi kebaikan yang diperolehi selepas menggunakan produk ini. Berikut adalah perkara yang telah mereka dapati:-

91% menampakkan kulit yang lebih berkilau dan diperelok secara keseluruhan

88% menampakkan kulit yang lebih cerah dengan nada yang lebih sekata

78% menampakkan kejernihan kulit dipulihkan

Selain 4 ramuan utama iaitu Kakadu Plum, ekstrak Ferula Foetida, Ekstrak Biji Bunga Matahari dan Lactobacillus Ferment, ia mengandungi 13 ekstrak tumbuh-tumbuhan lain seperti:-

1) Undaria Pinnatifidia

2) Palmaria Palmata

3) Alteromonas Ferment

4) Biji Castanea Sativa

5) Buah Euterpe Oleracea

6) Daun Myrtus Communis

7) Daun Myrciaria Dubia

8) Jojoba Esters

9) Quillaja Saponaria

10) Betaine (diekstrak daripada gula bit)

11) Daun Camellia Sinensis

12) Dipotasium Glycyrhizate (diekstrak daripada licorice)

13) Gliserin (diekstrak daripada sayuran)

Harganya : RM1140

Anjurkan saja satu sesi facial di tempat anda


Ini set hadiah untuk tuan rumah sekiranya anda ajak saja kawan-kawan ke rumah dan buat facial dengan saya.

Sekeping cermin comel ini menjadi milik anda, sebagai penghargaan atas jasa anda mengaturkan sesi facial bagi pihak saya. Ia boleh dibawa dengan mudah, simpan saja dalam tas tangan anda.

Bukan itu saja!

Sebuah pouch kosmetik pun akan menjadi milik anda juga.

Caranya cukup mudah...anjurkan saja satu sesi facial di tempat anda, sama ada di pejabat ataupun di rumah anda. Masa yang diperlukan hanyalah 2 jam saja.

Selain hadiah ini, anda juga berpeluang mendapat hadiah-hadiah lain apabila para tetamu itu membeli-belah selepas sesi facial.

Tetapkan saja hari dan waktunya.

Hadiah ini sah bagi sesi facial yang berlangsung pada bulan Disember 2009 saja.





Tool atau alat mekap bagi mendapatkan hasil yang profesional ...info lanjutan

Selain pembayang mata dan pipi, maskara, celak, gincu, bedak asas dan sebagainya, kita juga perlukan alat yang sesuai untuk menyapu mekap tersebut ke wajah. Bulu berus tidak boleh terlalu lembut sehingga tidak dapat menyapu warna dengan lancar. Namun, ia tidak boleh terlalu keras sehingga tidak dapat memerangkap serbuk mekap dan mentransferkannya ke wajah.

Use an Eyebrow Brush to brush brows in the opposite direction from which they grow to remove any excess foundation. Gently brush back, following their natural shape and direction, as a finishing touch to your makeup application.
An Eyeliner Brush is used to line eyes and enhance sparse brows with eye color. This flat, angled, short-bristle brush makes it easy to apply a thin line of color along top and bottom lashes. It's also a great tool to use for blending your eyebrow pencil.
An Eye Definer Brush has bristles that are tapered and rounded at the end to shape and define eyes and blend color evenly. Sweep color softly across the eyelid and then lightly above the crease for a natural, yet polished look.An Eye Crease Brush has long, thin, pointed bristles and is used with midtone and darker shades of eye color to add depth to eyes. Begin by placing the brush at the outer corner of the eye and then sweep inward following the natural crease. This brush can also be used to create a smoky eye look. Using the brush tip, sweep softly along lower lashes from the outer corner inward.
A Powder Brush is a full, fluffy brush designed to evenly distribute powder to the face. Sweep brush across pressed powder or dip into loose powder; tap gently to remove excess and apply to the face from forehead to chin using long, light strokes.
A Cheek Brush is used to accentuate bone structure or add a healthy blush to cheeks. Use the tip of this soft, angled brush to apply color to the apples of the cheeks and stroke upward along cheekbones, stopping just below the temples, then blend. This brush is also a great tool to use for applying bronzer. Apply across the bridge of your nose, temples, cheekbones and shoulders for a gorgeous, healthy looking glow.

Penjagaan Berus.
Cuci berus seminggu sekali bagi memastikan berus mekap bebas kuman. Cuci berus sebagaimana kita cuci rambut. Guna syampoo ataupun sabun untuk berus. Buat gerakan membulat di tapak tangan sehingga semua kesan bedak / mekap hilang. Bilas dan keringkan di atas tuala, jauh dari panas matahari.

Jangan tegakkan berus tatkala bulu masih basah. Air akan merosakkan batang berus. Baringkan saja atas tuala.

Tool atau alat mekap bagi mendapatkan hasil yang profesional






Berus mata Berus mata Berus mata Sikat maskara Berus pipi Berus muka

Harga RM185

Sunday, December 6, 2009

Mekap ringkas dan neutral menggunakan produk dan kosmetik Mary Kay


Bagi mendapatkan hasil mekap yang bagus, wajah mestilah lembap. Jika kering, mekap tidak nampak serinya walaupun menggunakan berbagai-bagai produk yang ada di pasaran.

Asas yang paling asas, wajah mesti bersih baru dimekapkan. Gunakan cleanser (pencuci wajah).

Langkah seterusnya, sapu freshener ke wajah. Selepas itu sapu moisturizer. Bagi pengguna produk Mary Kay, bagus dapatkan freshener dari set Botanical (yang sesuai dengan jenis kulit) walaupun anda menggunakan set Timewise.

Bagi mendapatkan hasil atau kesan natural, gunalah Foundation yang sesuai dengan keadaan kulit. Foundation ini mempunyai dua fungsi. Yang pertama untuk kecantikan, yang kedua dan lebih penting lagi, ia melindungi wajah daripada habuk dan kotoran daripada masuk ke dalam kulit wajah.

Sekiranya suka, anda boleh sapukan bedah debu pada wajah. Tetapi, foundation tadi sebenarnya sudah cukup bagi menutup sebarang cela pada wajah. Sekiranya anda mahu menyembunyikan sebarang tompok hitam, gunalah concealer. Elakkan menyapu foundation dengan tebal.

Saya akan kongsi lebih banyak tips bagi mendapatkan kesan mekap natural dalam setiap kelas skin care yang saya anjurkan.

Hubungi 0173016169 untuk set appointment dengan saya.

Saturday, December 5, 2009

Jerawat batu

Semasa menjalankan pemerhatian ini, jerawat batu ini dirawat dengan Acne Spot Solution (berharga RM75) selama seminggu. Jerawat ini masak tanpa mengeluarkan nanah jadi ia tidak dapat dipicit. Kemudian ia menjadi hitam dan kelihatan hodoh. Selepas dua tiga minggu, ia dipicit dan mengeluarkan nanah dan darah. Parut menjadi hitam.

Bagi mempercepatkan proses pembaikan, saya menggunakan produk MelaCEP (pencuci, krim siang, krim malam dan masker). Selepas sebulan, anda dapat saksikan sendiri kesannya.