Apa dengan blog ini?

Saturday, August 29, 2009

Indulge Soothing Eye Gel

Indulge Soothing Eye Gel


Price RM95 (berat 10g)

Benefits

  • reduces eye area puffiness (can be used as a leave-on treatment or wash away mask)


Details
I LOVE this product!! You can feel it working as soon as you apply it. It has a mild tingly feeling (rasa pedih), however don't mistake that as an adverse reaction. It means it's doing its job. The main benefit I got is that it dramatically reduced the puffiness around my eyes. When i get little to no sleep, my eyes tend to be puffy. I left this gel on for 10 minutes and then wiped it off and my eye area looked "well-rested". In addition, it made me FEEL more awake too. I think that tingly sensation contributed to that feeling. Since my eyes are not always puffy, i use this product as a mask when i need it. However it can be left on the eye under your makeup for all day benefits.

extract from www.Smartskincare.com

Secara umumnya, Indulge Soothing Eye Gel ini melicinkan dan melegakan, mendinginkan dan menyamankan kulit sekitar mata. Ia mengandungi ektrak tumbuh-tumbuhan yang membantu menegangkan, memejalkan dan mengurangkan kesembapan bawah mata.

Monday, August 24, 2009

Mengapa Mary Kay?


Saya dapati produk Mary Kay sangat berkesan dan saya sangat berpuas hati dengan kesannya. Harganya bukan yang paling murah di pasaran tetapi ia juga bukan produk yang paling mahal. Yang bestnya, saudari boleh mencubanya dahulu!

Masalah kulit sensitif? Inilah bagusnya sesi uji produk menerusi kelas skin care ini. Cuba dulu baru tahu.

Saya mengalami masalah kulit yang sangat berminyak terutama sekali di bahagian T (dahi, hidung dan dagu). Di samping itu, jerawat sudah banyak merosakkan kulit saya.

Saya pernah mengambil langkah drastik dalam memulihkan jerawat serta memperbaiki atau menghapuskan minyak di wajah saya.

Saya pernah mengamalkan cucian wajah dengan sabun dan air. Wajah menjadi kering dan layu. Jerawat tidak juga pergi. Pernah juga mengamal diet dengan menjauhi kacang, masakan bergoreng dan sebagainya. Namun, kulit saya tetap bermasalah.

Salah satu cara memperbaiki masalah kulit saya termasuklah melakukan facial sekerap yang mungkin (setiap 10 atau 14 hari). Facial dilakukan selain membersih dan melembapkan wajah di rumah di samping menggunakan krim lain setiap hari. Wajah saya saya serahkan kepada para beautician memicit dan menekan keluar nanah dari jerawat, bintik putih dan hitam. Apabila keluar dari salun, wajah saya merah kerana bengkak selepas dipicit jerawatnya.

Selepas facial saya tidak boleh keluar berjalan-jalan kerana wajah yang membengkak. Saya perlu pulang ke rumah segera.

Facial Mary Kay tidak begitu. Wajah menjadi lebih cerah dan saudari sendiri akan berasa lebih cantik dan bersih. Tiada sesi tekan-tekan keluar bintik hitam atau putih, picit jerawat dan sebagainya. Tiada tangan-tangan asing yang akan menekan atau memicit wajah saudari kerana saudari sendiri akan melakukannya.

Saudari akan diajar bagaimana menggunakan tiga jari membelai wajah selembut yang mungkin.

Secara peribadi, wajah saya nampak lebih cerah dan bersih selepas 4 minggu memakai produk ini. Saya gembira kerana rakan-rakan saya sendiri berkata wajah saya nampak jauh lebih cerah dan warna yang sekata, tidak lagi kusam dan layu, tiada lagi tepi hidung yang menghitam!

Anda ingin mengujinya? Produk testing free.

Hubungi saya : 0173016169!
Di mana? Di pejabat Mary Kay, Bangunan Jaya 33, Petaling Jaya
Untuk appointment hari biasa, sila call dulu.
Setiap Sabtu, jam 11 pagi. Sila call dulu :)

Monday, August 17, 2009

Sekitar Seminar Mary Kay Shine On 2009

Malam Anugerah bagi kejayaan sepanjang tahun Seminar 2008/2009
Gambar sekitar ratu jualan yang dinobatkan bagi tahun seminar berkaitan

Sebahagian produk Mary Kay yang sedang berada di pasaran

Sekitar Seminar Shine On dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Senior National Sales Director, Pam Fortenberry Slate dari Texas US turut hadir.

Pam's Area mengadakan sesi petang bersamanya di FSTC

Pre-Seminar Luncheon di Kiara Hills

Friday, August 14, 2009

Mekap untuk mata biasa


Great Tips for Gorgeous Eyes! Standard Eyes
Disalin dari website Mary Kay Malaysia

Mekap untuk mata yang sudah kendur


Great Tips for Gorgeous Eyes! Hooded Eyes
Disalin dari website Mary Kay Malaysia

Saturday, August 8, 2009

Botanical set vs Timewise Miracle Set


Apabila kita mendengar betapa hebatnya Miracle Set, kita kadang-kadang terpengaruh dengan kata-kata itu lalu ingin mendapatkannya kerana mengharapkan keajaiban.

Sebagai perunding kecantikan merangkap penjual, sudah tentulah seseorang bc (beauty consultant/perunding kecantikan) itu mahu saja menawarkan Miracle Set ini kerana ia lebih mahal (berharga RM520). Namun kebanyakan BC Mary Kay, saya percaya tidak begitu. Seorang BC akan merekomen produk yang terbaik untuknya.


Contohnya begini. Apabila seorang pembeli yang berusia bawah 25 tahun yang menderita parut dan jerawat serta kulit yang amat berminyak mungkin meminta miracle set. Saya akan merekomenkan kepadanya botanical set (berharga RM285.)

Selalunya bakal pembeli akan bertanya, adakah produk ini berkesan? Sudah tentu. Walaupun produk ini lembut, ia tidak bermakna ia tidak berkesan. Dalam tempoh tertentu, InsyaAllah raut wajah dan tekstur kulit akan menjadi bertambah baik. Namun, wajah perlu dijaga rapi dan dicuci serta dirawat dengan tekun.

Mungkin ada juga yang bertanya apa itu miracle set?

Miracle set adalah set anti-penuaan. Bagi yang risau akan garis-garis halus di wajah serta kedutan yang mula ketara, sememangnyalah miraclet set untuk mereka.

Namun bagi masalah minyak berlebihan, sila gunakan mask yang terdapat dalam botanical set kerana ia memang amat berkesan.

Saturday, August 1, 2009

Masalah Akne atau Jerawat

Saya sering diberitahu jerawat akan hilang apabila seseorang itu berusia 30-an.

Saya sememangnya ternanti-nantikan saat itu.

Kemudian saya diberitahu, jerawat akan hilang dengan sendirinya apabila seseorang itu mencapai usia 40-an.

Saya masih menanti.

Kini, saya sudah pun berusia 42 tahun namun jerawat masih menjadi masalah utama bagi kulit saya.

Saya benar-benar faham akan perasaan penghidap jerawat ini, percayalah! Sungguh membencinya, bukan?

Saya sendiri pernah menjalani rawatan pakar kulit. Saya diberi Vitamin A sintetik, Pembersih berwarna hijau (bau seperti bau klinik) serta losyen berwarna jernih (ia menyengat jika wajah berjerawat dan luka).

Selama saya dalam tempoh rawatan itu, memang tiada sebutir jerawat pun singgah di wajah. Kulit saya amat kering serta kasar dan saya benar-benar kelihatan tidak bermaya. Bibir pun pecah-pecah akibat memakan vitamin tersebut. Sememangnya wajah saya tidak berminyak langsung! Saya gembira kerana tiada jerawat tetapi saya juga risau kerana kulit menjadi layu.

Kemudian saya diberitahu jerawat memang tiada ubatnya. Ia masalah dalaman. Penjagaan kulit hanya akan membersihkah kulit di bahagian luar. Losyen, serum dan segala jenis krim mungkin boleh menerobos hingga ke dalam kulit tetapi ia tidak menyekat pembentukan jerawat. Namun jerawat yang tumbuh pada kulit yang bersih dan diberi nutrien tentulah akan segera baik. Oleh itu, membersihkan wajah secara rutin amat penting. Walaupun wajah berjerawat, namun kini kita boleh berasa lega dan lebih yakin yang jerawat itu tidak akan lama berumah di sana.

Namun, memang diakui ada jerawat yang degil. Kedegilan jerawat ini boleh diubati dengan memberikan Spot Solution (yang mengandungi asid salisilik). Rumusan ini akan menyegerakannya menjadi ranum dan pergi.
Mungkin ada formula rawatan yang boleh menyekat keluarnya jerawat selagi kita memakai sesuatu produk tersebut. Namun, bayangkan apa akan berlaku selepas kita berhenti menggunakan produk itu? Jerawat naik semula? Timbul pula masalah lain? Saya tidak tahu. Apa yang jelas ialah, jerawat perlu keluar apabila tiba masanya. Ia seperti bahan buangan. Apakah yang akan berlaku apabila kita menyekat bahan buangan daripada dikeluarkan? Masalah lain akan timbul, contohnya menahan kencing. Apabila sering menahan kencing, kita boleh dijangkiti UTI (urinary track infection). Tidakkah ia berbahaya?

Sebagai pengguna, kita mungkin keliru dengan berbagai-bagai formula untuk jerawat. Namun, dengan Mary Kay, saudari boleh menggunakannya dengan yakin kerana ia telah menjalani ujian makmal dan secara bebas yang komprehensif.

Kini saya pengguna setia Spot Solution dari Mary Kay.


Tools atau alat mekap

Sekiranya saudari mahu mekap Mary Kay tahan lebih lama, berikut adalah alat yang perlu saudari miliki:-

1) Pembersih wajah & Lip Mask/Lip Balm
2) Freshener
3) Moisturizer
4) Oil Free Hydrating Gel
5) Concealer (sama warna dengan kulit)
6) Foundation (Med Coverage)
7) Mineral Powder Foundation
8) Eye Primer
9) Eye Colour - Highlight/Mid Tone/Accent
10) Eyeliner
11) Mascara
12) Eye Brow pencil
13) Cheek Colour
14) Lip Primer
15) Lip Liner
16) Lipstick
17) Lip Gloss
18) Mineral Powder (layangkan sapuan di wajah)

Monday, July 20, 2009

Alamat Pejabat Mary Kay di seluruh Malaysia dan Singapura

Berikut adalah alamat penuh pejabat dan pusat-pusat kecantikan Mary Kay untuk pengetahuan dan rujukan pembaca sekalian.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan nasihat serta maklumat mengenai siapa dan apa itu Mary Kay, silalah berhubung dengan Perunding Kecantikan (atau BC 'Beauty Consultant' yang sememangnya sudah dilatih membantu menyampaikan maklumat berkenaan visi dan misi serta produk Mary Kay.

Atau, hubungi saya di talian 017 3016169
 
Untuk pengetahuan bersama, semua produk yang mahu dibeli perlu melalui BC. Produk Mary Kay hanya boleh dibeli menerusi BC, tidak dijual di kaunter atau di kedai-kedai.

 

 

BEAUTY CENTERS
Johor Bahru Beauty Center
Tingkat 13A Menara Pelangi,
Jalan Kuning
Johor Bahru, Johor

Penang Beauty Center
1797-1-11 Kompleks Auto World, Jalan Perusahaan,
Juru Interchange, 13700 Prai, Pulau Pinang
 

Kota Kinabalu Beauty Center
Lot 10, Block B, 1st Floor, Alamesra,
Plaza Permai Kuala Menggatal, Kota Kinabalu
88450 Sabah

SD Hasnah Daud
Kota Damansara, Section 6
Selangor
Tel: 0173016169

Friday, July 17, 2009

Microdermabrasion - rawatan wajah, sekali guna sudah terasa seperti berwajah baru, bersih hingga berkeriut!


 

Apa kata Pengguna?

I started using this product about a month ago. I can not tell you the difference I have seen in my face. I had really bad acne scars and after using this for a month you can not see but one or 2 scars left on my face and I know they will be gone soon. The key is to use it no more than 3 times a week. It is sorta hard on your skin if you use it everyday. The lotion is wonderful and makes your skin so soft and pretty.

Saya baru menggunakan produk ini sebulan yang lalu. Saya sendiri tidak nampak sebarang perubahan pada wajah saya. Wajah saya teruk berparut disebabkan jerawat. Selepas menggunakan produk ini, satu dua parut di kiri wajah saya hilang. Saya tahu bekas parut ini akan lenyap. Kuncinya adalah jangan menggunakannya lebih daripada 3 kali seminggu. Jika sering menggunakannya, ditakuti wajah kita tidak tahan. Losyen (serum) itu memang hebat, ia membuatkan kulit menjadi lembut dan nampak cantik.

This product is amazing, I can't believe the difference it's made in my skin. I don't know how it does it but this product makes my skin look *amazing*. Fresh, soft, and ultra clean. Due to major sun damage years ago, I have larger pores on my nose/chin/forehead. This product refreshes my skin leaving it ultra clean and ultra fresh. I can tell the difference in photographs from when I started using this product, it's that good. It lasts a long time, even with the $30 price. A little goes a long way. Don't rush through using it, take your time and the results will amaze you.

Produk ini memang hebat. Saya sendiri tidak percaya apa yang telah berlaku pada kulit wajah saya. Produk ini memang menjadikan kulit saya cantik. Kulit saya berasa segar, lembut dan sangat bersih. Wajah saya teruk dirosakkan oleh sinaran matahari beberapa tahun dulu. Pori di hidung, dagu dan dahi besar-besar. Produk ini menjadikan kulit saya sangat bersih dan saya berasa sangat segar. Gambar saya pun nampak berbeza selepas menggunakan produk ini. Ia pun tahan lama walaupun sedikit mahal. Pakai sedikit saja sudah cukup. Jangan tergesa-gesa, gunakan sedikit-sedikit dan hasilnya akan menakjubkan anda.

Ingin cuba? Hubungi 0173016169.

Wednesday, July 15, 2009

Intense Moisturizing Cream & Oil-Free Hydrating Gel

Intense Moisturizing Cream menjadikan kulit terasa dihidratkan, kekal lembap selama 10 jam. Ia mengandungi ekstrak marin, vitamin E dan mineral yang membantu menyuburkan kulit. Sesuai untuk kulit kering.



Oil-Free Hydating Gel terserap segera apabila menyentuh kulit, mengembalikan kelembapan kulit yang seimbang serta menghidratkan kulit selama 10 jam. Ia sesuai untuk kulit normal dan berminyak.


Harga : RM125.00 (berat 51g)


What the user says about this product:

If you have large pores you are probably a little on the shiny side throughout the day. I apply my Oil-Free Hydrating Gel between my moisturizer and my foundation and it behaves as a primer helping my foundation glide on over my somewhat large pores. It makes a difference especially if I haven't taken the time to do a little microdermabrasion.

I've been using this this product since MK introduced it, and it absolutely tops my list of skincare products. I'm in my early 40's and have combination skin. I was skeptical before I first tried it, because I have never considered myself as needing additional moisture. But after one try, I was hooked. I experienced the unexpected benefit of my foundation going on more smoothly. This is light, fresh, and it's one product that really feels like it's delivering moisture, not weight. Best of all, I can use it in the summer, despite living in a humid climate.

text copied from www.totalbeauty.com

Monday, July 13, 2009

Acne (akne/jerawat)

What causes acne?
Acne occurs when pores become blocked, trapping oil inside. As the skin continues to produce oil, the blockage grows and provides a place for bacteria (p.acnes) to thrive resulting in acne blemishes. This occurence causes the characteristic pimples. whiteheads and blackheads associated with acne.

Apakah penyebab akne/jerawat?

Akne/jerawat terjadi apabila pori tersumbat, memerangkap minyak di dalamnya. Apabila kulit terus mengeluarkan minyak, pori yang tersumbat itu semakin parah. Ia kemudian menjadi tempat pembiakan bakteria (p.acnes) lalu terbentuklah bintik-bintik jerawat. Ia kemudiannya menjadi jerawat, bintik putih dan bintik hitam yang dikenali sebagai akne.

What is p.acnes?
P.acnes is a shortened name for Propionibacterium acnes which is the bacteria that contributes to acne breakouts. It lives on the skin and in sebaceous (oil) glands.

Apa itu p.acnes?

P.acnes adalah kependekan bagi Propionibacterium acnes. Inilah bakteria yang menyebabkan akne. Ia hidup dalam kulit dan dalam kelenjar minyak.

Is there a cure for acne?
There is no cure for acne, but it can be controlled with regular use of an acne regimen.

Tiadakah ubat untuk akne?

Tiada, namun akne boleh dikawal jika kulit sentiasa dijaga dengan jagaan kulit khas untuk akne.

Saturday, July 11, 2009

Nota Jumaat 10 Julai 2009


Hari ini kami meraikan kejayaan Sales Director, Nafisah Omar meraih Trophy on the Wheel yang berupa sebuah kereta Toyota Altis berwarna merah jambu, sering disebut-sebut sebagai The Pink Car. Jika di US, Pink Cadillac. Ini adalah pink car yang ke-28. Yang pasti, sudah ada lebih 20 pink car berada di Malaysia.

Suasana sisterhood amat akrab dirasakan. Setiap anggota dalam unit Sparkling Swan telah menyumbang kepada kejayaan beliau. Kejayaan ini bukan miliknya seorang tetapi merupakan kejayaan setiap anggota. Bayangkan, pada 15 Ogos nanti, ketika Shine On Seminar diadakan nanti, semua anggota Sparkling Swan akan dijemput ke pentas, hanya unit Sparkling Swan akan berada di pentas itu nanti, bukan unit lain.

SD Nafisah, anda memang hebat! Daku pun ingin menjadi sepertimu!

Monday, July 6, 2009

Membentuk Alis Mata yang Cantik Menawan

Step 3
1) Gunakan pensel sebagai panduan. Ambil pensel dan tegakkannya di antara lekuk hidung dengan alis. Itulah permulaan bagi alis. Sekiranya alis anda terlalu panjang, cukur di bahagian itu atau pudarkan warna alis dengan bedak asas.

2) Dengan bebola mata memandang ke hadapan, gunakan pensel dan buat garisan serong dari lekuk hidung ke alis dengan melintas di tengah anak mata hitam. Alis di mana pensel itu berakhir adalah puncak alis.

3) Dengan menggunakan pensel, but garisan serong daripada tepi hidung ke alis dengan menyentuh tepi mata, itu adalah hujung alis.

Nota disalin daripada www.marykay.com.my

Berlatihkan selalu dan buatlah dengan sabar.

Sunday, June 28, 2009

Rahsia Wajah Kelihatan Licin


Tahukah anda bedak asas mineral daripada Mary Kay ini (Mineral Powder Foundation) bebas minyak dan tiada pewangi? Ia boleh dipakai dengan sekali sapuan berus sahaja. Ia sangat ringan dan halus, mudah sebati dan menjadikan paras anda kelihatan natural dan licin. Ia adalah bedak yang dapat menjadikan kulit anda benar-benar licin, dapat menyembunyikan garis-garis halus serta kedutan serta sebarang cacat cela pada wajah. Ia lekat pada wajah jadi anda kelihatan berbedak sepanjang hari. Ia sudah diuji oleh pakar dermatologi dan tidak menyebabkan akne. Sesuai untuk kulit sensitif.

Bagaimana meningkatkan kesihatan kulit wajah?

5 fungsi yang membantu meningkatkan kesihatan kulit:-

  • Membersih - menyingkirkan toksin yang dikeluarkan dari badan
  • Mengelupaskan - mencungkil daki dari dalam liang roma. Lubang liang peluh kembali ke saiz asal
  • Menyegarkan - melengkapkan proses membersih
  • Melembapkan - memasukkan produk yang mengandungi pati penuh kebaikan ke dalam kulit
  • Melindungi - dengan menggunakan bedak asas

Program asas menjaga kulit wajah

5 keperluan asas program penjagaan kulit yang bagus:-

  1. Membersih
  2. Menyingkirkan daki
  3. Menghaluskan lubang-lubang kasar pada wajah
  4. Menyediakan lembapan yang diperlukan untuk lapisan kulit atas
  5. Melindungi kulit dari persekitaran

Tuesday, June 23, 2009

Khasiat tumbuh-tumbuhan dan penyelesaian Mary Kay

Tomato - menghaluskan kulit wajah.

Buat sendiri - Ambil sebiji tomato yang ranum dan kisar halus-halus. Lumurkan wajah dan biarkannya selama dua puluh minit. Bersihkan muka dengan air suam.

Mary Kay - gunakan set lengkap penjagaan kulit.

Timun - menegangkan kulit wajah

Buat sendiri - Hancurkan timun dan campur dengan sedikit tepung ubi kayu dan air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Lumurkan pada wajah hingga kering. Selepas itu cuci hingga bersih.

Mary Kay - gunakan masker

Bedak sejuk - menghilangkan jerawat

Buat sendiri - Campur bedak sejuk dengan sedikit asam jawa. Lumur pada wajah. Boleh juga guna kulit kayu manis dan dicampur dengan bedak sejuk.

Mary Kay - guna set akne

Lobak merah - melambatkan kedut

Buat sendiri - Parut lobak merah dan campur dengan sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oles pada wajah sehari sekali.

Mary Kay - Day & Night Solution/Serum

Daun senduduk - menghilangkan parut

Buat sendiri - Upar-uparkan beberapa helai daun senduduk hingga keluar dair. Gosokkan daun pada parut. Boleh juga digunakan bagi menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.

Mary Kay - gunakan masker atau microdermabrasion

Tomato dan epal - melicinkan kulit.

Buat sendiri - Parut tomato atau epal yang sudah ranum, gosok pada wajah perlahan-lahan. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan 20 minit sebelum dicuci.

Mary Kay - Salah satu cleanser (Botanical atau TimeWise), untuk hilangkan parut, gunakan masker.

Susu segar - menggebukan dan melicinkan kulit

Buat sendiri - Ambil segelas susu segar, sapu pada wajah dan gosok hingga rata, melekit dan kering. Cuci dan keringkan. Lakukan dua kali seminggu.

Mary Kay - Oil Free Hydrating Gel

Maklumat rawatan sendiri dipetik daripada Berita Harian, 19 Jun 2009.

Sunday, June 21, 2009

Bagaimana Unit dalam Mary Kay berfungsi?


Mary Kay akan mengadakan sebuah konferens pada 15hb Ogos 2009, bertempat di Times Square Convention Centre, Kuala Lumpur. Majlis ini khas bagi anggota Mary Kay sahaja. Ia tidak terbuka kepada orang luar. Apa yang menarik mengenai Mary Kay ialah, setiap pertemuan yang diadakan, kita akan dapat lihat kaum wanita membanjiri dewan besar lokasi mesyuarat. Lelaki pun ada tapi jumlahnya amat kecil.

Bagi Unit Sparking Swan, majlis kami bermula daripada hari Jumaat, 14hb Ogos, 2009. Sebagai BC baru, saya pun tidak tahu apa yang akan saya perolehi hasil dari pertemuan dengan Pam, wanita yang memulakan Mary Kay Malaysia 6,7 tahun lalu. Tapi, semua sisters yang sudah lama berkecimpung dengan Mary Kay agak teruja dan ternanti-nanti mahu bertemu dengan beliau.

Mary Kay - apa yang boleh saya jelaskan mengenai Mary Kay? Walaupun konferens yang diadakan hanya untuk BC (Beauty Consultant), namun ada juga beberapa pertemuan diatur untuk tetamu yang berminat mencuba produk Mary Kay. Namun, pertemuan ini diurus oleh unit-unit yang berkaitan.

Sebagai contoh, Unit Sparkling Swan yang diketuai oleh Sales Director Nafisah akan mengadakan satu pertemuan yang dikenali sebagai Guest's Event pada hari Ahad. Pertemuan ini hanya membabitkan anggota atau BC di bawah kelolaan Nafisah. Ada ramai lagi Sales Director (SD) di seluruh negara. Mungkin SD di Sabah atau Sarawak akan mengadakan satu pertemuan khas untuk BC mereka. Perkara ini tidak mungkin diketahui oleh SD lain kerana masing-masing punya jadual masing-masing. Walau bagaimanapun, sesiapa sahaja di Malaysia atau di luar Malaysia boleh menyertai MK Malaysia atau memberi produk MK menerusi saya. Tiada had atau sekatan dalam Mary Kay. Seandainya saya mempunyai BC di Sabah atau Sarawak, mereka akan dibantu oleh SD di kawasan yang hampir dengan mereka menerusi program yang dikenali sebagai 'Adoptee Program' dalam Mary Kay.

Walaupun BC melakukan pertemuan dengan SD seminggu sekali, namun setiap BC bebas melakukan urusan jual beli atau mengadakan kelas penjagaan kulit dengan pelanggan masing-masing. Sebagai contoh, saya bebas untuk tidak melakukan sebarang skin care class untuk bulan Jun, tiada siapa yang akan menegur saya. Saya juga bebas menjual produk Mary Kay menerusi laman blog ini tanpa perlu melakukan skin care class!

Saudari mahu bebas seperti saya? Mari sertai Mary Kay

Saturday, June 13, 2009

Mary Kay Makeup Compact

“Women still associate Mary Kay as a brand from the yesteryears. They assume the cosmetic label and colours are from the 1980s.

Ini tulisan daripada keratan akhbar The Star. Benarkah?



Compact (kosong) berharga RM55.00, boleh diisi dengan pewarna mata, pemerah pipi atau pressed powder, lengkap dengan satu ruang untuk lipstick.


Menurut The Star lagi, “The ultra versatile compact offers unlimited options, adapting to women’s every make-up need. You will never want to be without this go-everywhere and purse-tested customised companion,” explained Chin.


Berminat mahu mendapatkannya? SMS saja ke 0173016169