Apa dengan blog ini?

Sunday, June 21, 2009

Bagaimana Unit dalam Mary Kay berfungsi?


Mary Kay akan mengadakan sebuah konferens pada 15hb Ogos 2009, bertempat di Times Square Convention Centre, Kuala Lumpur. Majlis ini khas bagi anggota Mary Kay sahaja. Ia tidak terbuka kepada orang luar. Apa yang menarik mengenai Mary Kay ialah, setiap pertemuan yang diadakan, kita akan dapat lihat kaum wanita membanjiri dewan besar lokasi mesyuarat. Lelaki pun ada tapi jumlahnya amat kecil.

Bagi Unit Sparking Swan, majlis kami bermula daripada hari Jumaat, 14hb Ogos, 2009. Sebagai BC baru, saya pun tidak tahu apa yang akan saya perolehi hasil dari pertemuan dengan Pam, wanita yang memulakan Mary Kay Malaysia 6,7 tahun lalu. Tapi, semua sisters yang sudah lama berkecimpung dengan Mary Kay agak teruja dan ternanti-nanti mahu bertemu dengan beliau.

Mary Kay - apa yang boleh saya jelaskan mengenai Mary Kay? Walaupun konferens yang diadakan hanya untuk BC (Beauty Consultant), namun ada juga beberapa pertemuan diatur untuk tetamu yang berminat mencuba produk Mary Kay. Namun, pertemuan ini diurus oleh unit-unit yang berkaitan.

Sebagai contoh, Unit Sparkling Swan yang diketuai oleh Sales Director Nafisah akan mengadakan satu pertemuan yang dikenali sebagai Guest's Event pada hari Ahad. Pertemuan ini hanya membabitkan anggota atau BC di bawah kelolaan Nafisah. Ada ramai lagi Sales Director (SD) di seluruh negara. Mungkin SD di Sabah atau Sarawak akan mengadakan satu pertemuan khas untuk BC mereka. Perkara ini tidak mungkin diketahui oleh SD lain kerana masing-masing punya jadual masing-masing. Walau bagaimanapun, sesiapa sahaja di Malaysia atau di luar Malaysia boleh menyertai MK Malaysia atau memberi produk MK menerusi saya. Tiada had atau sekatan dalam Mary Kay. Seandainya saya mempunyai BC di Sabah atau Sarawak, mereka akan dibantu oleh SD di kawasan yang hampir dengan mereka menerusi program yang dikenali sebagai 'Adoptee Program' dalam Mary Kay.

Walaupun BC melakukan pertemuan dengan SD seminggu sekali, namun setiap BC bebas melakukan urusan jual beli atau mengadakan kelas penjagaan kulit dengan pelanggan masing-masing. Sebagai contoh, saya bebas untuk tidak melakukan sebarang skin care class untuk bulan Jun, tiada siapa yang akan menegur saya. Saya juga bebas menjual produk Mary Kay menerusi laman blog ini tanpa perlu melakukan skin care class!

Saudari mahu bebas seperti saya? Mari sertai Mary Kay

No comments:

Post a Comment