Apa dengan blog ini?

Saturday, May 1, 2010

Tips dan teknik mekap malam


SD Abique Kassim datang menyerikan unit meeting kali ini. Beliau tidak hanya datang bawa tangan kosong tapi meninggalkan ilmu yang sangat berharga. Beliau berkongsi tips mekap yang jarang-jarang dikongsi oleh orang lain.

Foto diambil selepas semua peserta bermekap mengikut stail yang Abique ajarkan.

Apa yang beliau gunakan ketika mengajar kami:-

Wajah dicuci bersih dan disapu dengan moisturizer. Sapu lip balm ke bibir.

Sapu Foundation Primer ke seluruh wajah termasuk kelopak mata. Primer bertindak sebagai base kepada bedak asas.

Sapu foundation (warna senada lebih gelap untuk mekap malam) ke seluruh wajah.

Guna Creme to Powder Foundation ke seluruh wajah termasuk kelopak mata. Elok gunakan span yang sudah dilembapkan. Foundation ini serupa dengan two way cake, boleh dipakai kering ataupun basah. (Guna warna senada lebih gelap untuk mekap malam).

Sapu mineral powder foundation ke seluruh wajah dengan gerakan membulat. (Guna bedak senada lebih gelap untuk mekap malam).
Untuk mekap mata, sapu seluruh kelopak mata dengan warna pembayang mata (semasa kelas, Abique menggunakan warna purple berkilat (Sweet Plum). Guna warna cerah berkilat di bahagian tulang kening (Moonstone). Ruang mata di antara warna sweet plum dan moonstone, guna warna pink (Precious Pink). Guna warna hitam (coal) dan bentukkan segi tiga di hujung mata, dan blend. Sapu sedikit highlighter (Tender Taupe) di tengah kelopak mata (di tengah bola mata hitam). Ini akan menyerlahkan lagi mata kita. Akir sekali sapu sedikit highlighter warna moonstone di hujung mata sebelah dalam. Warna cerah ini akan menyebabkan mekap mata kita nampak segar.

Warnakan warna purple (Iris) di bahagian bawah mata. Gelapkannya lagi dengan warna hitam (Coal).

Gariskan di kaki bulu mata dengan eyeliner. Tebalkan garisan itu di hujung mata. Garisan itu perlu bertembung dengan garisan warna bawah bawah mata.

Untuk kening, tetapkan dulu bahagian mana bulu kening harus bermula dan berakhir serta di mana puncak bulu kening dengan menggunakan pensel. Tandakan tempat itu dengan titik.
Sketch garis putus-putus bagi mengisi bulu kening yang jarang dan mulakannya dari tengah.
Kemudian gunakan gel kening bagi mengemas bulu kening yang tidak teratur dan 'bersepah' di kening!

Untuk hidung, warnakan tengah batang hidung dengan warna putih (white lily eye shadow) dan warna coklat (hazelnut) di seluruh bahagian hidung.

Untuk membentuk pipi, warnakan tulang pipi dengan warna merah coklat (sunny spice) dari telinga hingga ke tulang pipi (bentuk sideburn). Warnakan buah pipi dengan warna shy blush dan strawberry cream.

Akhir sekali, lipliner dan lipstick.

Begitulah berakhirnya kelas malam tadi.

Ingin cuba mekap mineral Mary Kay? Hubungi 0173016169.




Saturday, April 17, 2010

Berita Harian Online | Transformasi kehidupan

Berita Harian Online | Transformasi kehidupan

"..Norizan berkata, tugasnya kini sebagai perunding bebas dan Pengarah Kanan Jualan Mary Kay (M) Sdn Bhd memberinya ruang waktu yang banyak dengan anak-anak. Bukan itu saja, tidak sukar untuknya mencari masa untuk memasak terutama membuat kek iaitu antara aktiviti yang digemarinya sejak dulu..."

Tuesday, April 13, 2010

Perkongsian SSD Ruby - Kedua

SSD Ruby memang sudah lama berkecimpung dengan dunia Mary Kay sejak 10 tahun yang lalu. Perjalanannya dalam bisnes ini penuh dengan pengorbanan dan air mata.

Pengorbanan adalah point kedua yang ingin saya sentuh dalam coretan kali ini.

Bisnes Mary Kay dapat dijalankan oleh sesiapa saja asalkan kita sanggup berkorban.

Pengorbanan yang dilakukan bukan main-main.

SSD Ruby bertanya kepada kami, "Siapakah di antara kamu yang sanggup ikat perut hanya kerana mahu menyediakan modal untuk membeli produk Mary Kay untuk dijual?

Ini kisah Ruby.

Beliau pernah bangkit pagi masak nasi lemak untuk dijual hanya untuk menyediakan modal membeli produk Mary Kay. Pernah makan sepinggan dengan suami kerana perlu ikat perut. (Ketika itu suami hilang mata pencarian, dirinya sendiri dibuang kerja). Ketika beranak kecil, angkut buai dan baby naik bas dan turun bas semata-mata mahu mengadakan kelas facial di pejabat Mary Kay yang lama. Buai digantung di surau. Baby dibiarkan tidur di sana, si ibu buat kelas di luar, selesai kelas, baby pun terjaga minta susu. Selepas disusukan (tiada duit untuk beli susu tin), baby ditidurkan semula, si ibu sambung buat closing of sales pula. Dua orang anak yang lebih besar dimasukkan ke taska yang bagus supaya dirinya tenang semasa meninggalkan anak dalam jagaan orang lain.

Ini kisah Ruby. Ini kisahnya semasa beliau masih baru memulakan bisnes ini.

Kisah kita bagaimana? Mungkin kehidupan kita tidak sebesar itu cabarannya. Ini bermakna kita berada dalam keadaan yang lebih baik daripadanya. Saya sendiri tidak pernah menyangka begitu susahnya sesetengah orang mahu berniaga.

Sunday, April 11, 2010

Perkongsian SSD Ruby - Pertama

SSD Ruby berkata sebab mengapa beliau memilih Mary Kay sebagai bisnes ialah kerana bisnes ini tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakannya. Jika kita berminat membuka bisnes, tentulah kita memerlukan modal. Walau apa pun bisnes yang mahu diceburi, semua memerlukan modal, baik bisnes goreng pisang di tepi jalan, mahupun bisnes direct selling. Bezanya hanyalah dari sudut besar atau kecil modal yang diperlukan.



Aunty Aida pula berkata, jika kita benar-benar mahu membuka bisnes sendiri, dapatkanlah modal. Jangan harapkan wang gaji kerana wang gaji itu sudah ada allocationnya. Modal mungkin dalam bentuk simpanan. Jika tidak ada simpanan, pinjamlah duit orang lain. Pinjamlah daripada orang yang sayangkan kita, bukan pinjam dari sebarang orang!

Sebab kedua mengapa beliau memilih Mary Kay adalah kerana bisnes ini tidak memerlukan kita membuka kedai. Kita hanya perlukan lokasi untuk mengadakan kelas skin care. Lokasi itu pula boleh jadi rumah kita, rumah peserta skin care ataupun pergi saja ke ofis Mary Kay di Petaling Jaya.


Kita tidak perlu membuka spa kecantikan untuk menjual produk kecantikan. Kita tidak memerlukan mesin atau kepakaran untuk membuang blackheads atau untuk apa-apa pun kerana produk Mary Kay ternyata amat berkesan dengan hanya sapuan ke kulit saja!

Dalam Mary Kay, yuran menyertai adalah RM180. Sebagai balasan, kita akan mendapat pencuci wajah, pelembap dan bedak asas berkrim. Tiga jenis produk ini boleh digunakan sebagai tester bagi melancarkan bisnes kita.

Modal yang perlu disediakan bagi memulakan bisnes Mary Kay adalah lebih kurang RM1500. Dengan jumlah wang sebanyak ini, kita sudah dapat menyediakan produk asas bagi memulakan kelas skin care dan barang-barang keperluan yang lain.

Dengan produk asas ini, disertai dengan rajin mengadakan kelas skin care, Insya Allah kita akan dapat menjual dengan lebih berkesan, dapat berjumpa dengan ramai orang, sama ada yang kita kenal ataupun tidak.

Dengan jualan ini, dapatlah kita mengumpulkan modal dan roll semula wang itu untuk membeli stok baru.


Product Review - General comment on Mary Kay's product

Saya terbaca komen ini:-

Skin Care Review: Timewise Mary Kay



by Anonymous
Rating
Good
Benefits
Appears to help with fine lines
Drawbacks
The product is costly
Details
I have been using Mary Kay Timewise for 1 year and have seen an improvement in fine lines. I use the Mary Kay Timewise Miracle set and the microabrasion set. I do like the product and I have seen good results but don't like the fact that there isn't very good instructions on how to use the product. Also you have to use the product in combination with all of there other time wise product lines in order to see the benifit. You also have to contact a Mary Kay representive in order to get the product.

Pengguna Mary Kay ini kurang gemar dengan produk ini kerana tiada arahan terperinci dalam menggunakan produk. Masalah ini dapat diatasi dengan menghubungi MK's independent beauty consultant seperti saya dan minta diadakan kelas mengajar (skin care class). Pengguna yang tidak tahu menggunakan mana-mana produk MK akan diajar langkah demi langkah serta teknik urutan wajah yang betul semasa dalam kelas ini.

Masalah kedua adalah terpaksa menggunakan kombinasi produk bagi mengatasi sesuatu masalah atau mendapatkan hasil yang spesifik. Ini memang benar. Mary Kay mempunyai set asas yang boleh digunakan oleh sesiapa saja sama ada kulitnya sensitif atau tidak,
Tetapi masalah yang kita hadapi berbeza. Oleh itu, produk berbeza disediakan.
 
Inginkan analisis kulit anda? Hubungi 0173016169.

Product Review - Timewise Day & Night Solution


Saya terbaca komen mengenai Timewise Day dan Night Solution seperti berikut:-


Skin Care Review: Mary Kay Time Wise Day/Night Serums



by Michelle, Gaborone BOTSWANA
Rating
No effect
Benefits
I was unable to determine any benefits from either the TimeWise night or day serums.
Drawbacks
The day serum felt sticky on the skin
Details
I bought these products because I saw that the night serum had made an age spot disappear from my mother's skin. She had told me it didn't happen overnight, but it took about 6 months of use. I have uneven skin tone from years of overexposure to the sun, as well as pigmentation left over from when I was pregnant. Also my skin is extremely dehydrated, I live in a hot, dry climate in southern Africa. I bought the TimeWise day and night repair serums in hopes that they would together help with the pigmentation issue and the dryness. Well, after 4 months of use, I've not seen remarkable results. It's hard to tell if my skin looks any different from before at all.
------------------------------------------------
Pengguna yang memberi product review ini menggunakan Day & Night Solution dan mengharapkan pigmentasi (noda warna hitam pada kulit yang terjadi akibat banyak terdedah pada sinaran matahari). Masalah lain termasuklah nyahhidrat (dehydrate atau kering). Pengguna ini mengharapkan Day & Night Solution dapat mengatasi masalah pigmentasi dan kering. Beliau tidak nampak sebarang kesan positif.

Jawapan saya:
Day & Night Solution adalah produk anti-penuaan (anti-aging), mengekalkan keanjalan kulit, menjadikan kulit halus, menggalakkan penghasilan kolagen bawah kulit. Ia bukan digunakan bagi mengatasi masalah pigmentasi dan kering.
Serum Day Solution yang mengandungi SPF, dipakai sedikit saja sebaik selepas wajah dicuci. Kebanyakan produk yang mengandungi SPF sememangnya sedikit berminyak. Kandungan SPF dalam serum ini dapat melindungi wajah dari panahan matahari dan mengelakkan pembentukan bintik hitam yang baru.
Sekiranya Day Solution disapu ke atas krim pelembap atau apa saja krim, molekul halus dalam Day Solution tidak dapat menembusi ke kulit kita jadi ia akan tertinggal di atas pelembap (molekul pelembap lebih kasar). Jadi, itu mungkin sebab mengapa pengguna berkata krim Day Solution melekit pada kulit.
Bagi kulit kering, kita perlu memakai pelembap (Timewise Anti-Aging Moisturizer with SPF) yang sesuai. Bagi kulit yang terlalu kering, pengguna boleh menggunakan skin supplement yang membekalkan air ke wajah. Jika di Mary Kay, saya akan syorkan Oil Free Hydrating Gel.
Bagi mengatasi bintik hitam, saya syorkan MelaCEP Dark Spot Serum.

Ingin tahu lebih lanjut? Hubungi 0173016169.

Nota selepas RJU & Career Conference 2010

Mary Kay bukanlah syarikat direct selling yang pertama saya join. Saya amat meminati kesihatan dan kecantikan. Jadi, syarikat yang menjual produk yang menyihatkan dan mencantikkan kulit terutamanya akan mendapat sokongan saya. Tapi Mary Kay berbeza.

Di Mary Kay saya berasa seronok. Saya tidak berasa tertekan untuk mendapatkan orang bawah. Dalam Mary Kay, ia menyeronokkan kerana saya berpeluang mendapatkan kulit yang cantik sebab produknya berkesan. Jadi orang nampak perubahan itu pada kulit saya.

Selain itu, kami sentiasa diberi training. Sesiapa saja yang join Mary Kay, boleh bertanya kepada mana-mana BC bagaimana menangani sesuatu masalah kulit. Tiada siapa yang akan berkata, "Saya team lain. Awak tanyalah orang atasan awak." Tidak kira apa bangsa sekalipun, apabila kita tanya, "Bagaimana awak melakukannya....," mereka dengan senang hati akan menjawabnya sekiranya mereka tahu jawapannya. Sisterhood dalam Mary Kay memang bagus.

Baru-baru ini saya sendiri baru selesai menghadiri kelas RJU, Red Jacket University. Recruitment, Education, Development. Ini adalah kelas di mana kami belajar bagaimana memantapkan team kami dengan mendidik dan mengasuh rekrut kami. Dengan pengetahuan yang baru ini, kami diberi bekalan bagaimana berkongsi pengetahuan kami dengan mereka. Kami diibaratkan acuan yang akan dapat membentuk sister-sister yang lain. Universiti ini sebenarnya mendidik kami supaya menjadi lebih kuat dan cekal dalam menghadapi pelbagai isu dalam memperkayakan kehidupan wanita lain. 

Selepas RJU, saya mengadiri konvensyen di mana tetamu istimewa EENSD Grace Kao berkongsi tips-tips yang membolehkannya mengutip komisyen sebanyak US$6 juta sepanjang kariernya dengan Mary Kay selama 19 tahun. Walaupun pendapatan bulanannya tanpa berbuat apa-apa dalam sebulan tetap membolehkannya mendapat income sebanyak RM120 ribu, beliau tetap melakukan apa yang kami lakukan, iaitu mengadakan kelas skin care.

Beliau yang sudah berada di peringkat tinggi pun masih turun padang dan melakukan perkara-perkara asas seperti mengadakan kelas facial hanya kerana beliau suka dapat menyentuh kehidupan orang lain. Inilah value atau nilai yang ditanam oleh Mary Kay ke dalam jiwa kami. Mary Kay berbeza kerana jualan bukan pertama pokok. Perkongsian maklumat adalah sebab sebenarnya. Luaskan pengalaman seseorang. Gembirakan hati seseorang.

Mary Kay's tagline - Enriching Women's Lives
My tagline dulu, 'Happy when customer is happy.'
Mary Kay mengajar saya - Happier when other people are happy.

Tuesday, March 30, 2010

Kulit cantik kerana disiplin menggunakan produk Mary Kay

Salah seorang peserta Kelas Skin Care yang kami adakan baru-baru ini menyebut sesuatu yang amat menyukakan hati kami semua di Mary Kay.

Pelajar institusi pengajian tinggi ini datang awal untuk sesi facialnya di Bangunan Jaya 33. Kebetulan dia berkesempatan berkenalan dengan beberapa orang BC (kamilah, siapa lagi!) dan dia memberi komen berikut kepada BC yang mengendalikan sesinya.

1. Saya lihat orang-orang di sini kulitnya cantik-cantik belaka.
 
2. Kakak yang melayan saya tadi, saya boleh lihat banyak kesan jerawat dan parut pada wajahnya tapi kulitnya nampak cantik sekarang (sayalah tu!).

3. Kakak yang seorang lagi (Senior saya) saya boleh lihat kulitnya dulu buruk tapi sekarang kesan-kesan itu sudah tidak jelas lagi.

4. Dari pemerhatian saya, semestinyalah produk ini bagus sekali. Saya memang yakin dan ingin mencuba produk ini.

Apabila maklumat ini disampaikan kepada saya, saya berasa gembira dan bersyukur kerana kulit saya mendapat peluang menjadi lebih baik dari dulu!

Saya jarang menerima pujian begini, dan sebenarnya kurang suka dipuji. Tapi sejak kebelakangan ini, saya sering diberitahu kulit saya cantik. Jawapan saya tentulah, "Mary Kay!"

Ingin maklumat lanjut? Hubungi 0173016169.

Monday, March 29, 2010

Tips 1 daripada Kelas Grooming

  1. Senyum,
  2. Eye Contact,
  3. Kenal Diri,
  4. Jabat Tangan

Menurut Kak Mai, empat perkara di atas adalah perkara yang paling asas dalam meninggalkan kesan pandang pertama paling mendalam.

1. Senyum

Senyum pun ada tiga peringkat. Senyum bukan tersengih macam kerang busuk. Nanti ada pula yang kena kata otak sudah tidak betul!

  • Senyum Peringkat Pertama adalah senyum sekadar memaniskan wajah. Apabila kita senyum peringkat pertama ini, kita dilihat mudah didekati, ramah dan baik hati.

  • Senyum Peringkat Kedua adalah senyuman yang menampakkan gigi. Selalunya kita senyum begini apabila kita mahu menyapa orang yang kita kenali ataupun kenalan yang biasa kita nampak.

  • Senyum Peringkat Ketiga adalah senyuman yang lebih lebar, mata turut berkedut (crinckle) di sudut. Senyuman ini selalunya turut diiringi dengan suara tawa. Ada individu yang berkebolehan tertawa tanpa mengedutkan kawasan mata. Ini selalunya ketawa yang dibuat-buat.

2. Jadi selepas senyum, aksi kedua adalah melakukan eye contact (hubungan mata).

3. Selepas eye contact, kita bolehlah memberi salam, mengucapkan hello atau hai lalu memperkenalkan diri.

4. Selepas itu, barulah berjabat tangan (untuk sesama perempuan ya!)

Bergambar dengan fasilitator Kelas Grooming



Saturday, March 27, 2010

Grooming class, 27 Mac 2010

Di hujung kelas grooming tersebut, kami mengambil kesempatan mengambil foto dua pengendali kelas tersebut. Mereka berdua sama hebat dan gemar sekali berjenaka.

Banyak sebab dikongsi mengapa mereka mengambil keputusan
mengendalikan kelas grooming ini.
Para peserta seperti kami bertuah kerana mendapat fasilitator yang begitu prihatin serta tidak malu dan segan merincikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahui oleh seseorang wanita.

Banyak perkara yang dikongsi. Ia akan dikongsi di sini tidak berapa lama lagi.

Tunggu ya!

Aktiviti Hujung Minggu

Semalam dengar pengalaman Independent Senior Sales Director Robihah, memang mengagumkan.
Hari ini mendengar tips grooming daripada Senior Sales Director Maizom, memang hebat

Monday, March 22, 2010

Langkah mencuci wajah

Diana menyapu pembersih wajah ke mukanya sambil diperhatikan oleh Shikin. Diana dilihat mengambil sedikit krim pembersih lalu colek sedikit ke dahi, hidung, dagu dan pipi kiri dan kanan.

Shikin hairan melihatnya lalu bertanya, "Mengapa colek muka begitu? Bukankah lebih senang jika kau letak saja sedikit pencuci di tapak tangan dan gosok hingga berbuih. Kemudian sapu saja ke wajah? Cara itu lebih cepat! Cucian pun lebih menyeluruh. Mata, hidung, muka dapat dicuci sekali harung."

Diana senyum mendengar komen Shikin. Tiga jarinya ligat membuat gerakan membulat di seluruh wajahnya. Sambil membasahkan jarinya dengan sedikit air, dia menjawab, "Shikin, kita tidak perlu gunakan semua 10 jari kita apabila mencuci wajah. Memadai dengan hanya gunakan dua atau tiga jari kiri dan kanan bagi mencuci wajah. Jari tengah dan jari manis tidak akan menekan kulit wajah dengan kuat jadi kulit wajah terselamat dari digosok dengan kuat. Kotoran di wajah tidak perlu disental dengan kuat. Nanti cepat pula kendur kulit muka. Kita pasti mahu kulit wajah kita ini kekal baik selama mungkin!

Shikin tidak pernah mendengar pendapat seperti ini. Memang Diana kini bukan seperti Diana yang lama. Dulu, Diana pun seperti dia. Rajin memakai barang itu dan ini, tapi tidak pernah belajar teknik menggunakan sesuatu produk dengan betul, main belasah saja!

Semenjak dia menyertai Mary Kay, Diana nampak lain. Shikin pasti produk Mary Kay atau apa jua jenama sama saja. Semua untuk kebaikan, semua untuk kecantikan. Bezanya mungkin dari segi harga.

Shikin lihat Diana yang tadi asyik membuat gerakan membulat dari tengah dagu ke rahang, kemudian dari pipi ke arah telinga, selepas itu dia dilihat membuat gerakan membulat dari tengah dahi ke pelipis. Kemudian Diana menekan tiga kali di pelipisnya, lalu jarinya membuat gerakan ke tengah pangkal hidung lalu meneruskan gerakan membulat ke dahi kembali. Dia bertanya lagi, "Mengapa kau kulihat menekan pelipismu dengan jari tengahmu? Kusangka kau kata yang muka kita ini tidak elok dikasari!"

Dia menerangkan, "Ada nadi di pelipis ini. Bila kita tekan kuat sedikit di nadi itu, kita berasa lega sedikit. Inilah yang sering dilakukan apabila kita pergi membuat facial di kedai. Kemudian kau sendiri dapat lihat yang jariku membuat gerakan membulat bawah mata lalu bertemu di pangkal hidung, bukan? Ini adalah bagi membolehkan urutan tidak terputus."

Selepas itu, Diana menggosok bahagian batang hidungnya dari atas ke bawah sebanyak 10 atau 12 kali. Selepas itu dia menggosok kembang hidungnya lama sedikit bagi membuang bintik hitam dan putih.

Shikin hanya mengamati semua perbuatan Diana dengan rasa skeptikal. Bagaimana mungkin bahagian berbintik hitam yang selalunya dicungkil oleh beautician, boleh dilenyapkan dengan dengan hanya gosokan lembut pada wajah?

Kemudian Diana membasahkan kain pencuci muka. Kain diperah lalu dia mengelap wajahnya.

Wajahnya bersih dan bersedia untuk langkah seterusnya.

Tuesday, March 16, 2010

Aktiviti Hujung Minggu di MK Office, PJ

Sabtu, 27hb Mac 2010

10 pagi hingga 5 petang

Lokasi : Tingkat 8, Bangunan Jaya 33
Jalan Semangat, Section 14
Petaling Jaya

Grooming dan mekap class

Yuran : RM40

Berminat? sms ke 0132139063

Light refreshment & lunch will be served.

Apa yang akan dipelajari nanti:-

Etika berbisnes dan bersosial
Etika bertukar / memberi kad bisnes
Bagaimana berjabat tangan
Bagaimana meninggalkan lasting first impression
Bahasa tubuh badan
Tips berkomunikasi

Limited to 30 seats only - first come first served.

Saturday, March 13, 2010

Tips naikkan seri dan kilauan wajah

Bahan yang perlu adalah:-

1) Bedak asas liquid foundation (bergantung pada jenis kulit).
2) Mineral Pressed Powder
3) Mineral Powder Foundation atau Loose Powder

Mula-mula cuci wajah dan sapu pelembap pada wajah.

Selepas itu ratakan liquid foundation pada wajah.
 
Sapu Mineral Pressed Powder ke seluruh wajah dengan berus. Ia akan setkan bedak asas berkrim tadi.

Selepas wajah diwarnakan (pembayang mata dan pemerah pipi), sapu loose powder atau mineral powder foundation. Ini adalah bagi setkan seluruh mekap.

Cara ini akan menyebabkan wajah saudari nampak lebih berseri dan berkilau.

Nota : Ketiga-tiga jenis bedak ini boleh digunakan satu-satu. Apabila ketiga-tiganya digabungkan, wajah nampak naik serinya.

Anda boleh mengujinya dalam kelas skin care yang saya anjurkan secara percuma. Hubungi 0173016169.

Friday, March 12, 2010

Rahsia mekap tahan lama di wajah

Kadang-kadang saya ditanya bagaimana mengekalkan mekap di wajah supaya tahan lama.

Selain menggunakan mekap yang bermutu tinggi, kulit wajah juga perlulah cukup lembab. Ini tidak bermakna wajah perlu dibasahkan supaya sentiasa lembab.

Ini termasuklah minum air yang cukup, makan makanan yang mengandungi kandungan air yang banyak contohnya buah-buahan. Selain itu, wajah perlu disapu dengan pelembap.

Pelembap akan membekalkan kelembapan pada kulit. Bahan yang terkandung dalam pelembap, iaitu humectant, akan menarik air dari bawah kulit dan menyimpannya di bahagian epidermis (bahagian kulit teratas). Sementara itu, humectant berupaya memerangkap kelembapan dalam persekitaran kita dan menyimpannya di bahagian atas kulit kita. Oleh itu kulit kita akan kekal lembap.

Apabila kulit wajah terhidrat (lembap dan mengandungi kandungan air yang diperlukan), sapuan mekap akan lebih rata dan kulit kelihatan gebu dan halus.

Semua ini dapat diuji dalam setiap kelas skin care yang saya anjurkan. Hubungi 0173016169 untuk set appointment.


Tuesday, March 9, 2010

Aktiviti Mary Kay di Melaka, bulan Mac 2010

Kami akan mengendalikan kelas skin care di Melaka

lokasinya di Hotel Seri Malaysia

Tarikhnya pada hari Sabtu, 13 Mac 2010

Dari Jam 2 petang - 5 petang.


Berminat? sms saya untuk book tempat 0132139063

Yuran minimum dikenakan (harga belum fix)

Wednesday, March 3, 2010

Aktiviti Mary Kay di Kuantan, Pahang 27 Mac 2010

Kami akan berada di Kuantan bagi mengadakan sesi open skin care class
pada hari Sabtu, 27 Mac 2010
Pagi - Kelas Penjagaan Wajah & Full Facial
Petang - Kelas Mekap

Yuran : RM30
Bagi saudari yang berada di Kuantan dan sekitarnya, luang-luangkanlah masa bertemu kami di sana!

sms 0132139063 untuk book tempat. Terhad kepada 20 orang saja.

Sunday, February 28, 2010

Aktiviti Mary Kay di Kuantan, Pahang, bulan Mac 2010

Kami akan mengadakan sesi full facial dan mekap di Kuantan, Pahang pada salah satu hari Sabtu di musim cuti sekolah.

Jika saudari berada di sekitar Kuantan, sudi-sudikanlah datang ke sana.

Yuran facial dan mekap : RM30 seorang.

Makanan ringan dan hadiah bagi setiap tetamu akan disediakan.

Apa yang perlu dibawa? Diri saudari saja!

Alhamdulillah sesi facial di MK Office hari ini berlangsung dengan jayanya. Dua orang tetamu sudi menjadi ahli MK.

Dengan adanya 5 orang di bawah saya, saya kini Insya Allah mula melihat hasil lebih lumayan berdasarkan belian daripada 'anak-anak' saya.
:)

Saturday, February 20, 2010

Meniru prinsip hidup orang berjaya,

Senior SD Nurul pula berkongsi maklumat ini. (Kajian ke atas seribu orang berjaya di dunia):-

1) jalanilah hidup sepenuhnya (jangan asyik mengenang kisah lama atau pasang angan-angan Mat Jenin)
2) wujudkan matlamat hidup dan kerjaya yang bermakna
3) melabur untuk kemajuan diri
4) urus sikap kita (ambil sikap yang positif)
5) berseronoklah sewaktu bekerja (bukan sambil bekerja, ambil peluang berseronok-seronok!)
6) harungi hidup dengan penuh semangat
7) carilah kerja yang kita suka, nescaya kita tidak perlu bekerja sampai bila-bila
8) berkomunikasi dengan penuh integriti
9) bekerjalah dengan gigih
10) perlu ada disiplin diri
11) urus kesihatan diri (facial, facial juga, tapi jangan sampai lupa makan dan lupa tidur!)
12) jalani hidup yang seimbang
13) perlu ada 'focus' (follow one's cause until success)
14) semangat perlu kuat
15) jika jatuh tersungkur, bangkit semula
16) yakinlah pada diri sendiri (kalau tidak yakin juga, buat-buatlah yakin, mesti yakin juga akhirnya!)
17) perlu ada cita-cita (What is your Why)
18) mesti percaya pada diri sendiri
19) mesti pandai visualize (pandai buat visi kot?)
20) mesti komited
21) bertanggungjawab ke atas hidup kita sendiri
22) janganlah serius sangat, sesekali ketawalah
23) mestilah optimistik (bersangka baik pada Allah misalnya)
24) self esteem yang positif
25) reinvent yourself (bukan jadi orang lain, tapi tingkatkan pengetahuan diri, imej diri)
26) sayangi diri sendiri dan terima keadaan diri seadanya
27) pantang menyerah
28) mesti ada visi sendiri
29) mesti pandai buat keputusan
30) mesti ada kemahuan yang kuat untuk kehidupan yang lebih baik
31) promosi diri (bukan jual diri!)
32) selalu-selalulah bersyukur dan ingat Tuhan!

Tuesday, February 16, 2010

Penambah bekalan air ke kulit

Bulan Februari 2010 di Malaysia, khasnya di sekitar Petaling Jaya, suhu mencecah setinggi 36 darjah. Kawasan-kawasan lain pun mungkin sepanas itu juga.

Semalam anak-anak saudara bermain air di sungai berhampiran kampung. Siapa sangka tempat biasa mereka bermain selama ini akan menyebabkan kulit habis terbakar. Selepas seharian bermain, mereka pulang ke rumah dan kulit belakang terasa sakit dek sunburned.

Manalah kanak-kanak itu tahu yang panahan mentari akan menyebabkan kulit terbakar! Bermain di tepian pantai pun jarang kulit kami terbakar...



Si ibu capai Oil Free Hydrating Gel lalu menyapu di kulit yang panas, perit dan sakit itu perlahan-lahan. Barulah si anak dapat melelapkan matanya malam tadi.

Pagi esoknya, kulit terus lega dan tidak sakit lagi memakai baju.
Sebelah malam, gel itu disapu lagi. Pada hari ketiga, kulit si anak sudah tidak terasa perit. Pada hari keempat, kulit yang terbakar sudah mula mengelupas, menunjukkan keadaan kulit semakin pulih.

Sememangnya Oil Free Hydrating Gel dapat melegakan kulit yang panas, perit dan rasa terbakar. Sekiranya kulit pernah mengalami proses peeling (ada produk yang mengandungi bahan peeling yang kadang-kadang kita tidak tahu!), guna saja Oil Free Hydrating Gel ini. Insya Allah ia dapat melegakan.

Saya menggunakannya untuk mengawal minyak di wajah dan bagi mendapatkan penghidratan kulit selama 10 jam. Jika mahukan kulit muka ala-ala moist cake, gunalah gel ini. Ia pasti tidak mengecewakan!

Ingin tahu lebih lanjut? Hubungi 0173016169.

Sunday, February 14, 2010

Masalah Jerawat

Selain kulit berkilat, jerawat adalah antara musuh utama kulit berminyak. Jerawat jika tidak dikawal, akan merosakkan tekstur kulit dan menyebabkan parut hodoh.

Jerawat yang dipicit dengan kuat akan merosakkan dermis, iaitu lapisan kulit kedua. Apabila dermis rosak, parut yang muncul tidak dapat dibaiki lagi. Oleh itu picit jerawat yang bermata sahaja, yang buta, jangan dipicit!


Acne set for Skin prone to pimples


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 0173016169.
 

Wednesday, February 10, 2010

Rawatan bagi kulit kedut sekitar mata


Age-Fighting Eye Cream
Berkesan bagi menghilangkan garis-garis halus bawah mata.

Kawasan bawah mata adalah kawasan berkulit yang nipis dan mudah menjadi kering. Dan kawasan ini memang sering dilupakan. Kadang-kadang ia menerima layanan yang tidak sepatutnya seperti digaru dengan kuat, ditonyoh, kadang-kadang di sapu dengan losyen pembuang mekap yang sangat kuat, tidak mendapat bekalan kelembapan yang secukupnya, kadang-kadang disapu dengan moisturizer.

Moisturizer yang digunakan bagi seluruh wajah adalah terlalu 'berat' atau 'too rich' untuk kawasan sekitar mata. Oleh itu eloklah kita menggunakan krim mata yang khas.

Jika kulit sekitar mata sudah berkedut atau tidak lagi tegang, atau bergaris halus, dapatkan produk ini segera. Harganya cuma RM125, tahan 2 bulan jika dipakai pagi dan malam.

Sunday, February 7, 2010

Ada-ada saja! Suasana di unit meeting

All these women wants to enrich other women's life, wanita-wanita yang ingin sekali memperkaya hidup wanita lain, jadi mereka datang ke kelas, belajar tips and tricks bagaimana menjadi seorang BC yang berpengetahuan.
Saya yang sedang sibuk menulis itu :)

Courtesy daripada SD Rocky

Saturday, February 6, 2010

Apakah proses Microdermabrasion?

Jika kita mencari-cari alternatif lain untuk rawatan muka selain facelift, plastic surgery, chemical peels dan suntikan Botox, cubalah Microdermabrasion. Microdermabrasion adalah suatu proses yang tidak melibatkan pembedahan.

Dulu, microdermabrasion hanya boleh dilakukan oleh doktor atau certified beautician saja. Sekarang tidak lagi. Dengan Microdermabrasion Mary Kay, kita boleh buat microdermabrasion sendiri di rumah, seminggu ataupun dua kali, empat hingga lapan kali sebulan.

Sains di sebalik Microdermabrasion

Bagi lebih memahami bagaimana Microdermabrasion berkesan memperbaiki kulit, mari kita belajar sains mengenai kulit kita

Kulit kita terbahagi kepada dua komponen utama iaitu epidermis dan dermis.

Epidermis adalah lapisan kulit paling luar. Sel kulit mati menutup permukaan epidermis ini. Lapisan sel kulit mati ini dinamakan stratum corneum. Ia bertindak sebagai penghalang habuk, debu dan sebarang kotoran di persekitaran daripada masuk ke lapisan kulit.
Selalunya, apabila kita menyapu sebarang losyen pelembap ke kulit kita, tidak semuanya diserap kulit kerana terhalang dek lapisan stratum corneum. Atas lapisan inilah tempat tinggalnya parut dan garis-garis halus!

Proses Microdermabrasion akan bertindak ke atas selaput stratum corneum ini. Maknanya, hanya epidermis yang disentuh, lapisan dermis (kulit baby) tidak disentuh langsung. Jadi baby skin kita terselamat dan terpelihara.

Ingin dapatkan sampel percuma?

Hubungi saya di talian 0173016169.
 

Apa itu Rawatan Microdermabrasion?

Rawatan Microdermabrasion adalah untuk memperbaiki kulit berpori kasar, berparut akibat jerawat serta melicinkan kulit berbulu (flaky).

Mengapa kita mahu melakukan microdermabrasion?

Tujuannya adalah untuk membuang selapisan selaput di atas epidermis (kulit muka). Selaput ini dinamakan stratum corneum. Bila selaput ini dibuang, sistem kulit semulajadi akan mengintepretasikan yang kulit cedera. Jadi, secara semulajadi jugalah, sel kulit baru yang lebih sihat akan dihasilkan oleh badan kita sendiri menggantikan selaput yang sudah dibuang tadi.

Kebaikan microdermabrasion

Apabila selaput kulit tadi dibuang, permukaan kulit menjadi bertambah baik. Proses pembaikan kulit akan menghasilkan sel kulit baru yang lebih licin, nampak pun lebih cantik. Parut dan garis halus akan dilenyapkan. Selepas selaput dibuang, krim dan losyen (seperti serum dan moisturizer) menjadi lebih berkesan sebab boleh menerobos hingga ke bahagian dalam kulit.

Proses ini akan membuang sedikit kelembapan dari dalam kulit buat sementara waktu. Jadi, sapulah pelembap selepas melakukan microderma. Produk Microdermabrasion Set daripada Mary Kay mempunyai dua langkah penting ini.

Kajian menunjukkan rawatan microderma yang sering dilakukan memang dapat menggalakan lapisan bawah kulit yang baru tumbuh. Apabila ini berlaku, parut yang dalam akan hilang lama-kelamaan. Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa kehilangan kelembapan buat sementara selepas proses microderma menyebabkan lapisan bawah kulit bekerja lebih masa dalam mengeluarkan sel kulit yang lebih sihat ke permukaan kulit.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 0173016169.

Jerawat tapi bukan jerawat biasa


Jerawat seperti di atas tidak boleh dirawat dengan menggunakan ubat jerawat biasa. Inilah rosacea atau adult acne. Mintalah pandangan doktor atau pakar kulit dahulu sebelum menggunakan krim jerawat yang mengandungi asis salisilik contohnya.

Jerawat jenis ini sering menyerang orang dewasa yang berusia 30 tahun ke atas. Ia adalah sejenis keadaan kulit. Biasanya berwarna kemerah-merahan dan bintik-bintik kecil di seluruh muka, di kawasan T-zon terutamanya, bahagian leher, tengkuk dan dada.


Monday, February 1, 2010

Mahu belai-belai bahagian mata anda?


Selepas berhari-hari menterjemah, mengadap laptop, mengupdate blog, kedai online, membaca online dan sebagainya, mata menjadi penat. Walaupun saya tiada masalah hitam sembap atau lebam kerana kurang tidur, tapi bahagian mata sudah kelihatan kering. Apabila bahagian bawah mata sudah kering, kelihatan muncul kedut di bahagian bawah mata. Ia menjadi lebih ketara apabila memakai foundation. Foundation tidak lekat dengan cantik apabila kulit menjadi kering. Bahagian kulit itu akan kelihatan berkeping-keping.

Saya ambil Indulge Soothing Eyes (gambar tertera di atas) dan sapu lebih sedikit pada bahagian mata sebelum masuk tidur, lebih kurang jam sebelas malam tadi. Saya terjaga awal pagi ini dan terasa mata lebih segar. Menakjubkan juga krim ini.

Semasa memakainya, ada terasa sejuk menyengat. Kemudian saya tepek bahagian mata dengan kapas basah lalu tidur dengan rasa nyaman! Jika mata anda terasa pedih semasa menggunakan krim ini, itu bermakna krim ini sedang bekerja. Sembap bawah mata Insya Allah akan hilang.

Cubalah.

Sebagai penambahan baru dalam sesi skin care yang saya anjurkan, saya akan menggunakan krim ini kepada anda.

Jika berminat mahu membelinya atau mencubanya dalam kelas skin care, hubungilah saya di 0132139063!

Tuesday, January 26, 2010

Diet anda menjadikan anda cepat tua?

Diet saya boleh dikatakan seimbang, cuma perlu kurangkan sedikit di sini, dan tambah sedikit di sana.

1) At least drink 8 glasses of water and cut down my caffeine intake to two large cups of coffee a day. Caffeine dehydrates skin. If possible replace coffee with green tea coz it has skin-helping anti-oxidants.
Diet saya memang banyak minum kopi dan kurang minum air putih!

2) Cut down my sugar intake coz it can damage the skin collagen and cause increased oil production, cut down my salt intake cos it can cause puffy eyes. (I don't suffer from puffy eyes, yay!) How many to take? 10% of my daily calories and my sodium intake to less than 2,300 mg a day.
Diet saya memang minum minuman cukup manis dan makanan yang bergaram secukup rasa!

3) Increase my vitamin C intake such as oranges, kiwi, grapefruit, broccoli and peppers. Vitamin C stimulates collagen production (helps reduce wrinkles). How many to take? 75 mg a day (an orange has 78mg).
Diet saya hanya makan buah sekali-sekala saja!

4) Eat foods with high amount of carotenoids (protects skin from sunburn). Eat sweet potatoes, spinach, tomatoes, watermelon, cantaloupe, mangoes.
Memang banyak makan tomato dan suka buah mangga.

5) Increase omega-3 fats intake (get them from salmon, herring, trout and flex seed or walnuts). It helps hydrates skin and keep it soft and smooth. Aim for 1.1grams a day.
Walau apa pun memang banyak makan ikan.

6) Eat dark chocolate (rich with cocoa flavanols - contains anti-oxidants, keep skin softer and more hydrated). Eat natural cocoa. Dark chocholate is better than white or milk chocolate.
Hmm...kurang gemar makan coklat tapi suka makan nougat.

Bagaimana dengan anda? Ambillah test itu di sini.

Sunday, January 24, 2010

Mengatasi masalah kulit berminyak (pengalaman saya)


Wajah sebelum Mary Kay. Masalah ketika itu adalah jerawat halus dan kasar yang berwarna merah, parut dan liang roma yang kasar dan jelas, wajah berkilat, mekap tidak tahan lama, wajah kusam dan layu tidak bermaya serta banyak blackheads.








5 bulan selepas MK (selepas menggunakan Timewise Miracle Set & Mask Formula 3). Perubahan ketara adalah wajah lebih cerah dan warna merah pada jerawat sudah tidak ketara.










8 bulan selepas MK (selepas menggunakan Timewise Miracle Set, Mask F3, Replenishing Serum+C, Melacep Basic Set & Botanical Set. Set Timewise diselang selikan dengan set Botanical. Set Melacep digunakan selama sebulan hanya untuk tujuan mengujinya saja. Serum+C dipakai selama sebulan. Sekarang hanya menggunakan Botanical set & Timewise.)
Gambar upclosed bagi membolehkan liang roma dan tekstur dilihat dari dekat.


Jika saudari sudah atau sedang menggunakan produk ini, teruskanlah menggunakannya secara konsisten. Saudari dan orang di sekeliling saudari akan dapat melihat perubahan pada wajah saudari. Jangan putus asa hanya kerana jerawat mula tumbuh dan seolah-olah akan merosakkan wajah saudari.

Jerawat yang keluar pada wajah yang bersih datangnya dari bawah lapisan kulit. Ia sebenarnya memang sedia ada di sana hanya selama ini ia tersorok atau tidak dapat keluar kerana terdapat lapisan kotoran yang menghalangnya dari keluar. Kini ia boleh keluar dengan bebas. Tapi selepas itu, Insya Allah tidak ada lagi jerawat yang memudaratkan akan merosakkan wajah saudari. Selepas wajah bersih, jerawat yang tumbuh hanya akan singgah dan pergi. Jerawat mungkin timbul akibat stres, hormon atau lebihan minyak yang tidak dibersihkan.

Produk penjagaan kulit akan membantu menyeimbangkan lebihan minyak yang keluar ke permukaan kulit lalu menyebabkan kilat pada wajah.

Jika produk ini menyebabkan kulit terasa lebih berminyak atau terlalu kering, bincanglah dengan BC saudari. Beliau mungkin boleh membantu.

Bagi mendapatkan rundingan PERCUMA, hubungi saya di talian 0173016169.

Friday, January 15, 2010

Rawatan Microdermabrasion

Foto dari www.totalbeauty.com

Foto wajah diambil selepas melakukan rawatan microdermabrasion.

Rawatan microderma boleh dilakukan sendiri di rumah dengan menggunakan bahan yang selamat. Rawatan ini amat sesuai bagi mereka yang menderita garis-garis halus di wajah. Selepas rawatan microderma ini, garis-garis halus ini hilang. Kedut yang dalam pun nampak kurang kesan kedutnya. Sewaktu ia membantu menghilangkan garis-garis halus dan mengurangkan kesan kedut, rawatan ini juga dapat membantu mengurangkan kesan parut dan menghaluskan liang roma yang kasar.

Rawatan ini untuk siapa?
Untuk mereka yang berusia 25 tahun ke atas. Ini adalah salah satu rawatan anti-penuaan.

Bagaimana melakukan rawatan ini?

Mula-mula wajah dibersihkan dengan cleanser. Selepas itu, gunalah Microderma Set 1. Ambil sedikit dengan jari dan gosokkannya ke kulit wajah dengan gerakan membulat. Buatlah perlahan-lahan. Jangan tonyoh kulit muka dengan jari telunjuk. Lebih elok menggunakan jari tengah (jari hantu), jari manis dan jari kelingking saja. Walaupun lambat, tapi ia lebih selamat,

Anda akan dapat rasai bagaimana butiran bagaikan pasir-pasir halus menyingkirkan sel-sel kulit mati. Bagi saya, microderma ini samalah seperti menggosok muka dengan kertas pasir! Tapi ia tidak menyakitkan. Kulit muka tidak mengelupas.

Butiran pasir yang sangat halus itu dapat masuk sehingga ke celah-celah garis-garis halus yang terdapat di wajah. Selepas anda pasti semua ruang di wajah sudah digosok, cuci muka dengan air biasa atau air suam. Lap wajah bagi mengeringkannya. Anda dapat dapat rasakan bagaimana bersihnya kulit wajah selepas digosok.

Gunalah Microderma Set 2 pula. Ini adalah sejenis serum. Lumurkan wajah dengan serum. Hanya perlu sapu ke wajah dengan gerakan ke atas dan keluar. Jika wajah terasa lembab (kerana menggunakan lebih serum), biarkan ia kering dengan sendirinya. Kemudian teruskanlah dengan langkah seterusnya. (Dengan menggunakan set penjagaan wajah yang biasa anda gunakan).

Untuk maklumat lanjut, hubungi 0173016169.

Thursday, January 7, 2010

Pelembap terbaik

Tiba-tiba ada gambar selain produk yang sering dipromo di sini.

Foto yang diambil dari website total beauty ini menunjukkan krim Intense Moisturizing Creme in duduk sebaris dengan brand-brand lain yang biasa kita lihat di kaunter kosmetik di shopping complex yang besar-besar.

Ini adalah sebahagian daripada 19 jenama yang dikenali sebagai kumpulan pelembap terbaik di antara yang terbaik. Harganya sama ada setanding dengan harga branded krim ataupun murah sedikit. Ia lebih murah daripada Estee Lauder, Dermalogica, Elizabeth Arden, La Prairie, tetapi mahal sedikit berbanding St Ives, Body Shop. Cetaphil dan lain-lain.

Hasil yang boleh diharapkan termasuklah rasa ringan di kulit, terserap segera ke dalam kulit, melembapkan kulit kering, menjadikan wajah nampak dewy dan berseri.

Ingin tahu lebih lanjut? Hubungi 0173016169.

Teknik mekap mata yang dapat menyembunyikan kedut di kelopak mata


Before
"Gambar before menunjukkan model mengenakan warna kilat pada kedut mata. Ini menyebabkan kedut jadi jelas kelihatan."
After
Guna sahaja warna-warna matte kerana ia nampak lebih natural dan menyembunyikan garis halus dan kedut.


Mekap warna natural menjadikan anda nampak lebih muda.


photo from http://www.totalbeauty.com/content/gallery/p_mu_make_old/p81/page2

Ingin cuba mekap Mary Kay? Hubungi 0173016169.

Gambar pada Kad Pengenalan pun naik serinya!

Hari ini saya ke Jabatan Pendaftaran Negara kerana mengambil kad pengenalan yang baru. Kad Pengenalan ini dibaharui kerana cipnya sudah rosak serta berlaku pertukaran alamat kerana kini saya sudah berpindah.

Saya tidak mengharapkan gambar yang tertera pada kad pengenalan menjadi cantik. Sebelum ini pun, gambar-gambar saya pada kad pengenalan pun tidak cantik.

Namun, terdapat kejutan. Bukan saya tetapi pegawai JPN itu. Beliau membelek-belek dan membandingkan Kad Pengenalan yang lama dengan yang baru. Kemudian beliau berkata, "Lain sungguh gambar pada kad pengenalan ini."

Saya nampak wajahnya berkerut, lalu berkata, "Memanglah lain, itu gambar semasa muda, ini pula gambar semasa tua."

Beliau membalas kata-kata saya, "Tapi gambar sekarang nampak lebih baik."

Alangkah bagusnya jika pegawai itu seorang wanita. Bolehlah saya jawab, "Rahsia saya Mary Kay!"

Sebetulnya memang gambar pada kad pengenalan itu nampak berseri.

Tuesday, January 5, 2010

Self-testimony

Kadang-kadang pembeli mahu melihat kesan positif hasil menggunakan sesuatu produk. Kata-kata boleh diukir semanis mungkin, namun gambar agak susah (walaupun boleh dilakukan). Saya sendiri gemar melihat perbandingan diri saya sebelum dan selepas Mary Kay.

Saya kongsi perubahan yang berlaku kepada tekstur kulit saya. Foto kiri diambil dua tahun lepas. Foto kanan adalah wajah terkini.




Adakah anda ingin melalui transformasi seperti yang saya alami?
Rahsianya adalah Mary Kay!

Monday, January 4, 2010

Solekan ringkas bahagian mata

Mahu mekap mata nampak natural tanpa dicalit warna-warni?

Gunalah kombinasi warna cinnabar, hazelnut dan Sweet Pink. Aturan memakainya:

Warnakan kelopak mata dengan warna hazelnut (midtone). Sapukan warna cinnabar di kelongsong mata. Di bahagian bawah kening, sapukan warna sweet pink.

Mekap mata yang nampak natural tetapi menyerlahkan lagi keayuan wajah anda! Mekap jenis ini sesuai digayakan untuk ke pejabat ataupun untuk bersantai di siang hari.

Cubalah!



Impikan warna lebih gelap di bahagian mata?

Gunalah kombinasi warna-warna coklat dan biru.

Bagaimana?

Sapu warna sienna (seakan-akan warna coklat) di kelopak mata, warna biru di kelongsong mata serta warna sweet caramel di bahagian bawah mata.

Ingin main-main mekap? Hubungi 0173016169.