Apa dengan blog ini?

Thursday, January 7, 2010

Gambar pada Kad Pengenalan pun naik serinya!

Hari ini saya ke Jabatan Pendaftaran Negara kerana mengambil kad pengenalan yang baru. Kad Pengenalan ini dibaharui kerana cipnya sudah rosak serta berlaku pertukaran alamat kerana kini saya sudah berpindah.

Saya tidak mengharapkan gambar yang tertera pada kad pengenalan menjadi cantik. Sebelum ini pun, gambar-gambar saya pada kad pengenalan pun tidak cantik.

Namun, terdapat kejutan. Bukan saya tetapi pegawai JPN itu. Beliau membelek-belek dan membandingkan Kad Pengenalan yang lama dengan yang baru. Kemudian beliau berkata, "Lain sungguh gambar pada kad pengenalan ini."

Saya nampak wajahnya berkerut, lalu berkata, "Memanglah lain, itu gambar semasa muda, ini pula gambar semasa tua."

Beliau membalas kata-kata saya, "Tapi gambar sekarang nampak lebih baik."

Alangkah bagusnya jika pegawai itu seorang wanita. Bolehlah saya jawab, "Rahsia saya Mary Kay!"

Sebetulnya memang gambar pada kad pengenalan itu nampak berseri.

No comments:

Post a Comment