Apa dengan blog ini?

Saturday, March 9, 2013

Mengapa perlu guna Replenishing Serum + C

BERMULA 2019, ANDA BOLEH FOLLOW BLOG SAYA DI 
HTTPS://HASNAHMK.BLOGSPOT.COM

Mengapa kita perlu gunakan serum ini?



Ini adalah salah satu soalan yang paling kerap ditanya kepada saya.

Serum ini adalah Baja kulit paling potent, dapat merepair kulit kita yang selama ini tidak dijaga dengan betul. Ia mengandungi banyak nutrient yang diperlukan oleh kulit yang selama ini disiram dengan air sahaja (pelembap). Selain itu, sekiranya kita pernah terpakai produk yang menghakis kulit, serum ini membantu memulihkan kulit dari bahagian dermis (dari bawah kulit). Hanya serum dapat menerobos masuk ke dermis. Benda lain tidak dapat!


Satu tiub itu sudah disukat, untuk digunakan sampai habis dalam masa seminggu.

Vitamin C cepat rosak, jadi ia dibotolkan dalam 4 tiub kecil, tahan seminggu.

Kalau anda mahu tahu rahsia kulit cantik, inilah dia!

Vitamin C yang merupakan pencerah semulajadi, membantu kulit awet muda, nampak muda, menyembunyikan usia sebenar setiap wanita.

Anda...bila lagi nak cuba?

Ingin tahu lebih lanjut, sila call 0173016169.


Tuesday, October 2, 2012

Rawatan Microdermabrasion Mary Kay


Sekiranya anda mahu rawatan microdermabrasion ini dilakukan oleh pakar kecantikan, bolehlah ke Hospital Princecourt yang terletak di Jalan Kia Peng ini. Sekiranya anda tiada masa mahu ke sana, ataupun jalan sentiasa sesak, cuba dapatkan satu set Microdermabrasion Mary Kay ini.



Produk ini dicipta khas bagi digunakan sendiri di rumah. Ia cukup selamat, tidak akan mencederakan diri sendiri apabila menggunakannya dengan cara yang betul.

Saya sudah mencubanya dan saya ingin berkongsi kebaikannya.

Antara hasil yang sudah saya perolehi termasuklah;-

1) kulit lebih lembut dan licin selepas memakai Langkah 1 & 2 Microdermabrasion ini.

2) kesan parut jauh lebih kecil dan kurang ketara berbanding zaman belum mengenali rawatan ini.

3) Kontour wajah lebih lembut dan nampak muda remaja!

Ingin mencuba sampelnya? Hubungi saya 0173016169




Cara dapatkan bibir sihat


Lip Spa ini sangat best. Ini antara produk paling menyeronokkan para peserta dalam kelas penjagaan wajah yang saya jalankan.

Hanya sapu lip mask ke bibir selama 2 minit dan kemudian bilas, hasilnya wah, memang hebat. Kesan bibir kering dan kasar serta-merta lenyap. Bibir pula rasa lebih lembut dan halus serta nampak lebih bersih dan lebih merah.

Bagi mengatasi pelbagai isu bibir seperti bibir kering, merekah, mudah berdarah, berwarna gelap dan kusam, anda boleh cuba Lip Mask ini. Sangat mudah digunakan di rumah, in your own privacy, dan selamat digunakan dua hingga tiga kali seminggu.

Selepas bibir di scrub dengan Lip Mask, jangan lupa sapukan lip balm bagi membekalkan kelembapan serta mengekalkan kelembapan bibir. Mudah-mudahan masalah bibir kering tinggal sejarah dalam hidup anda!

Sapuan lipstick dan lipgloss lebih berkilau dan bibir lebih mulus...kissable gitu.

Ingin mencubanya? Boleh! Hubungi 0173016169.


Monday, October 1, 2012

Tips mendapatkan kulit licin dan gebu

Tips melicinkan wajah dengan menggunakan produk Mary Kay.



Antara produk yang anda perlukan termasuklah:-

PRIMER FOUNDATION

Primer Foundation yang dapat merapikan kulit sebelum disapu dengan foundation. Sekiranya kulit tidak licin, terdapat banyak cela pada wajah, pastikan Primer Foundation dibiarkan mesra dengan kulit selama lebih kurang 30 minit. Sekiranya kulit anda memang sihat, tidak perlu menunggu-nunggu, terus sapu Foundation selepas Primer diratakan.

LIQUID FOUNDATION or CC CREAM

Anda boleh menggunakan sama ada Liquid Foundation ataupun CC Cream bagi menampakkan kesan kulit yang flawless. Beza Liquid Foundation, ia lebih tebal. CC Cream lebih nipis litupannya.

Bagaimana mahu pilih?

Lihat pada keadaan kulit anda. Kulit yang banyak cela, gunakan Liquid Foundation. Kulit yang kelihatan normal dan cantik, gunakan CC Cream.

CC Cream nampak lebih natural pada kulit yang kering. Jadi, bagi kulit matang, saya rekomen anda menggunakan CC Cream.

MINERAL POWDER FOUNDATION or TRANSLUCENT POWDER

Bergantung kepada kesan hasil yang anda inginkan, gunakan bedak Mineral bagi menjadikan kulit nampak lebih halus dan licin. Bagi kesan gebu dan cerah, gunakan bedak Translucent Powder.

FINISHING SPRAY

Spray wajah yang dapat menahan mekap kekal cantik sehingga 16 jam ini membantu membekalkan hidrasi ke permukaan kulit. Spray ini menjadikan wajah anda photo-ready, mudah berselfie pada bila-bila masa sepanjang hari!


Kulit serta merta berkilau, tampak jelas dalam foto.


Dapatkan kelas skin care percuma bagi mencuba semua produk ini, hubungi 0173016169.

Lokasi bengkel bersama Mary Kay

Lokasi terpilih bagi mengadakan kelas penjagaan wajah / bengkel kecantikan / atau apa-apa saja berkenaan yang cantik boleh dianjurkan di lokasi berikut:-

Puchong
Bangi
Hospital UKM
UKM Bangi
Petaling Jaya
Kelana Jaya
Damansara
Damansara Utama
Damansara Perdana
Cheras
Gombak
UIA Gombak
Penang
Johor Baharu
Kota Bharu
Shah Alam
Prima Saujana
Kajang
Saujana Impian
Seremban
Ipoh
Chemor
Gopeng
Jalan Petaling
Bukit Petaling
Rawang
Saujana Utama
Bahau
Kota Kinabalu
Menggatal
Batu Caves

Hubungi 0173016169 untuk maklumat lanjut.

Saturday, May 1, 2010

Tips dan teknik mekap malam


SD Abique Kassim datang menyerikan unit meeting kali ini. Beliau tidak hanya datang bawa tangan kosong tapi meninggalkan ilmu yang sangat berharga. Beliau berkongsi tips mekap yang jarang-jarang dikongsi oleh orang lain.

Foto diambil selepas semua peserta bermekap mengikut stail yang Abique ajarkan.

Apa yang beliau gunakan ketika mengajar kami:-

Wajah dicuci bersih dan disapu dengan moisturizer. Sapu lip balm ke bibir.

Sapu Foundation Primer ke seluruh wajah termasuk kelopak mata. Primer bertindak sebagai base kepada bedak asas.

Sapu foundation (warna senada lebih gelap untuk mekap malam) ke seluruh wajah.

Guna Creme to Powder Foundation ke seluruh wajah termasuk kelopak mata. Elok gunakan span yang sudah dilembapkan. Foundation ini serupa dengan two way cake, boleh dipakai kering ataupun basah. (Guna warna senada lebih gelap untuk mekap malam).

Sapu mineral powder foundation ke seluruh wajah dengan gerakan membulat. (Guna bedak senada lebih gelap untuk mekap malam).
Untuk mekap mata, sapu seluruh kelopak mata dengan warna pembayang mata (semasa kelas, Abique menggunakan warna purple berkilat (Sweet Plum). Guna warna cerah berkilat di bahagian tulang kening (Moonstone). Ruang mata di antara warna sweet plum dan moonstone, guna warna pink (Precious Pink). Guna warna hitam (coal) dan bentukkan segi tiga di hujung mata, dan blend. Sapu sedikit highlighter (Tender Taupe) di tengah kelopak mata (di tengah bola mata hitam). Ini akan menyerlahkan lagi mata kita. Akir sekali sapu sedikit highlighter warna moonstone di hujung mata sebelah dalam. Warna cerah ini akan menyebabkan mekap mata kita nampak segar.

Warnakan warna purple (Iris) di bahagian bawah mata. Gelapkannya lagi dengan warna hitam (Coal).

Gariskan di kaki bulu mata dengan eyeliner. Tebalkan garisan itu di hujung mata. Garisan itu perlu bertembung dengan garisan warna bawah bawah mata.

Untuk kening, tetapkan dulu bahagian mana bulu kening harus bermula dan berakhir serta di mana puncak bulu kening dengan menggunakan pensel. Tandakan tempat itu dengan titik.
Sketch garis putus-putus bagi mengisi bulu kening yang jarang dan mulakannya dari tengah.
Kemudian gunakan gel kening bagi mengemas bulu kening yang tidak teratur dan 'bersepah' di kening!

Untuk hidung, warnakan tengah batang hidung dengan warna putih (white lily eye shadow) dan warna coklat (hazelnut) di seluruh bahagian hidung.

Untuk membentuk pipi, warnakan tulang pipi dengan warna merah coklat (sunny spice) dari telinga hingga ke tulang pipi (bentuk sideburn). Warnakan buah pipi dengan warna shy blush dan strawberry cream.

Akhir sekali, lipliner dan lipstick.

Begitulah berakhirnya kelas malam tadi.

Ingin cuba mekap mineral Mary Kay? Hubungi 0173016169.




Saturday, April 17, 2010

Berita Harian Online | Transformasi kehidupan

Berita Harian Online | Transformasi kehidupan

"..Norizan berkata, tugasnya kini sebagai perunding bebas dan Pengarah Kanan Jualan Mary Kay (M) Sdn Bhd memberinya ruang waktu yang banyak dengan anak-anak. Bukan itu saja, tidak sukar untuknya mencari masa untuk memasak terutama membuat kek iaitu antara aktiviti yang digemarinya sejak dulu..."

Tuesday, April 13, 2010

Perkongsian SSD Ruby - Kedua

SSD Ruby memang sudah lama berkecimpung dengan dunia Mary Kay sejak 10 tahun yang lalu. Perjalanannya dalam bisnes ini penuh dengan pengorbanan dan air mata.

Pengorbanan adalah point kedua yang ingin saya sentuh dalam coretan kali ini.

Bisnes Mary Kay dapat dijalankan oleh sesiapa saja asalkan kita sanggup berkorban.

Pengorbanan yang dilakukan bukan main-main.

SSD Ruby bertanya kepada kami, "Siapakah di antara kamu yang sanggup ikat perut hanya kerana mahu menyediakan modal untuk membeli produk Mary Kay untuk dijual?

Ini kisah Ruby.

Beliau pernah bangkit pagi masak nasi lemak untuk dijual hanya untuk menyediakan modal membeli produk Mary Kay. Pernah makan sepinggan dengan suami kerana perlu ikat perut. (Ketika itu suami hilang mata pencarian, dirinya sendiri dibuang kerja). Ketika beranak kecil, angkut buai dan baby naik bas dan turun bas semata-mata mahu mengadakan kelas facial di pejabat Mary Kay yang lama. Buai digantung di surau. Baby dibiarkan tidur di sana, si ibu buat kelas di luar, selesai kelas, baby pun terjaga minta susu. Selepas disusukan (tiada duit untuk beli susu tin), baby ditidurkan semula, si ibu sambung buat closing of sales pula. Dua orang anak yang lebih besar dimasukkan ke taska yang bagus supaya dirinya tenang semasa meninggalkan anak dalam jagaan orang lain.

Ini kisah Ruby. Ini kisahnya semasa beliau masih baru memulakan bisnes ini.

Kisah kita bagaimana? Mungkin kehidupan kita tidak sebesar itu cabarannya. Ini bermakna kita berada dalam keadaan yang lebih baik daripadanya. Saya sendiri tidak pernah menyangka begitu susahnya sesetengah orang mahu berniaga.

Sunday, April 11, 2010

Perkongsian SSD Ruby - Pertama

SSD Ruby berkata sebab mengapa beliau memilih Mary Kay sebagai bisnes ialah kerana bisnes ini tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakannya. Jika kita berminat membuka bisnes, tentulah kita memerlukan modal. Walau apa pun bisnes yang mahu diceburi, semua memerlukan modal, baik bisnes goreng pisang di tepi jalan, mahupun bisnes direct selling. Bezanya hanyalah dari sudut besar atau kecil modal yang diperlukan.



Aunty Aida pula berkata, jika kita benar-benar mahu membuka bisnes sendiri, dapatkanlah modal. Jangan harapkan wang gaji kerana wang gaji itu sudah ada allocationnya. Modal mungkin dalam bentuk simpanan. Jika tidak ada simpanan, pinjamlah duit orang lain. Pinjamlah daripada orang yang sayangkan kita, bukan pinjam dari sebarang orang!

Sebab kedua mengapa beliau memilih Mary Kay adalah kerana bisnes ini tidak memerlukan kita membuka kedai. Kita hanya perlukan lokasi untuk mengadakan kelas skin care. Lokasi itu pula boleh jadi rumah kita, rumah peserta skin care ataupun pergi saja ke ofis Mary Kay di Petaling Jaya.


Kita tidak perlu membuka spa kecantikan untuk menjual produk kecantikan. Kita tidak memerlukan mesin atau kepakaran untuk membuang blackheads atau untuk apa-apa pun kerana produk Mary Kay ternyata amat berkesan dengan hanya sapuan ke kulit saja!

Dalam Mary Kay, yuran menyertai adalah RM180. Sebagai balasan, kita akan mendapat pencuci wajah, pelembap dan bedak asas berkrim. Tiga jenis produk ini boleh digunakan sebagai tester bagi melancarkan bisnes kita.

Modal yang perlu disediakan bagi memulakan bisnes Mary Kay adalah lebih kurang RM1500. Dengan jumlah wang sebanyak ini, kita sudah dapat menyediakan produk asas bagi memulakan kelas skin care dan barang-barang keperluan yang lain.

Dengan produk asas ini, disertai dengan rajin mengadakan kelas skin care, Insya Allah kita akan dapat menjual dengan lebih berkesan, dapat berjumpa dengan ramai orang, sama ada yang kita kenal ataupun tidak.

Dengan jualan ini, dapatlah kita mengumpulkan modal dan roll semula wang itu untuk membeli stok baru.


Product Review - General comment on Mary Kay's product

Saya terbaca komen ini:-

Skin Care Review: Timewise Mary Kay



by Anonymous
Rating
Good
Benefits
Appears to help with fine lines
Drawbacks
The product is costly
Details
I have been using Mary Kay Timewise for 1 year and have seen an improvement in fine lines. I use the Mary Kay Timewise Miracle set and the microabrasion set. I do like the product and I have seen good results but don't like the fact that there isn't very good instructions on how to use the product. Also you have to use the product in combination with all of there other time wise product lines in order to see the benifit. You also have to contact a Mary Kay representive in order to get the product.

Pengguna Mary Kay ini kurang gemar dengan produk ini kerana tiada arahan terperinci dalam menggunakan produk. Masalah ini dapat diatasi dengan menghubungi MK's independent beauty consultant seperti saya dan minta diadakan kelas mengajar (skin care class). Pengguna yang tidak tahu menggunakan mana-mana produk MK akan diajar langkah demi langkah serta teknik urutan wajah yang betul semasa dalam kelas ini.

Masalah kedua adalah terpaksa menggunakan kombinasi produk bagi mengatasi sesuatu masalah atau mendapatkan hasil yang spesifik. Ini memang benar. Mary Kay mempunyai set asas yang boleh digunakan oleh sesiapa saja sama ada kulitnya sensitif atau tidak,
Tetapi masalah yang kita hadapi berbeza. Oleh itu, produk berbeza disediakan.
 
Inginkan analisis kulit anda? Hubungi 0173016169.

Product Review - Timewise Day & Night Solution


Saya terbaca komen mengenai Timewise Day dan Night Solution seperti berikut:-


Skin Care Review: Mary Kay Time Wise Day/Night Serums



by Michelle, Gaborone BOTSWANA
Rating
No effect
Benefits
I was unable to determine any benefits from either the TimeWise night or day serums.
Drawbacks
The day serum felt sticky on the skin
Details
I bought these products because I saw that the night serum had made an age spot disappear from my mother's skin. She had told me it didn't happen overnight, but it took about 6 months of use. I have uneven skin tone from years of overexposure to the sun, as well as pigmentation left over from when I was pregnant. Also my skin is extremely dehydrated, I live in a hot, dry climate in southern Africa. I bought the TimeWise day and night repair serums in hopes that they would together help with the pigmentation issue and the dryness. Well, after 4 months of use, I've not seen remarkable results. It's hard to tell if my skin looks any different from before at all.
------------------------------------------------
Pengguna yang memberi product review ini menggunakan Day & Night Solution dan mengharapkan pigmentasi (noda warna hitam pada kulit yang terjadi akibat banyak terdedah pada sinaran matahari). Masalah lain termasuklah nyahhidrat (dehydrate atau kering). Pengguna ini mengharapkan Day & Night Solution dapat mengatasi masalah pigmentasi dan kering. Beliau tidak nampak sebarang kesan positif.

Jawapan saya:
Day & Night Solution adalah produk anti-penuaan (anti-aging), mengekalkan keanjalan kulit, menjadikan kulit halus, menggalakkan penghasilan kolagen bawah kulit. Ia bukan digunakan bagi mengatasi masalah pigmentasi dan kering.
Serum Day Solution yang mengandungi SPF, dipakai sedikit saja sebaik selepas wajah dicuci. Kebanyakan produk yang mengandungi SPF sememangnya sedikit berminyak. Kandungan SPF dalam serum ini dapat melindungi wajah dari panahan matahari dan mengelakkan pembentukan bintik hitam yang baru.
Sekiranya Day Solution disapu ke atas krim pelembap atau apa saja krim, molekul halus dalam Day Solution tidak dapat menembusi ke kulit kita jadi ia akan tertinggal di atas pelembap (molekul pelembap lebih kasar). Jadi, itu mungkin sebab mengapa pengguna berkata krim Day Solution melekit pada kulit.
Bagi kulit kering, kita perlu memakai pelembap (Timewise Anti-Aging Moisturizer with SPF) yang sesuai. Bagi kulit yang terlalu kering, pengguna boleh menggunakan skin supplement yang membekalkan air ke wajah. Jika di Mary Kay, saya akan syorkan Oil Free Hydrating Gel.
Bagi mengatasi bintik hitam, saya syorkan MelaCEP Dark Spot Serum.

Ingin tahu lebih lanjut? Hubungi 0173016169.

Nota selepas RJU & Career Conference 2010

Mary Kay bukanlah syarikat direct selling yang pertama saya join. Saya amat meminati kesihatan dan kecantikan. Jadi, syarikat yang menjual produk yang menyihatkan dan mencantikkan kulit terutamanya akan mendapat sokongan saya. Tapi Mary Kay berbeza.

Di Mary Kay saya berasa seronok. Saya tidak berasa tertekan untuk mendapatkan orang bawah. Dalam Mary Kay, ia menyeronokkan kerana saya berpeluang mendapatkan kulit yang cantik sebab produknya berkesan. Jadi orang nampak perubahan itu pada kulit saya.

Selain itu, kami sentiasa diberi training. Sesiapa saja yang join Mary Kay, boleh bertanya kepada mana-mana BC bagaimana menangani sesuatu masalah kulit. Tiada siapa yang akan berkata, "Saya team lain. Awak tanyalah orang atasan awak." Tidak kira apa bangsa sekalipun, apabila kita tanya, "Bagaimana awak melakukannya....," mereka dengan senang hati akan menjawabnya sekiranya mereka tahu jawapannya. Sisterhood dalam Mary Kay memang bagus.

Baru-baru ini saya sendiri baru selesai menghadiri kelas RJU, Red Jacket University. Recruitment, Education, Development. Ini adalah kelas di mana kami belajar bagaimana memantapkan team kami dengan mendidik dan mengasuh rekrut kami. Dengan pengetahuan yang baru ini, kami diberi bekalan bagaimana berkongsi pengetahuan kami dengan mereka. Kami diibaratkan acuan yang akan dapat membentuk sister-sister yang lain. Universiti ini sebenarnya mendidik kami supaya menjadi lebih kuat dan cekal dalam menghadapi pelbagai isu dalam memperkayakan kehidupan wanita lain. 

Selepas RJU, saya mengadiri konvensyen di mana tetamu istimewa EENSD Grace Kao berkongsi tips-tips yang membolehkannya mengutip komisyen sebanyak US$6 juta sepanjang kariernya dengan Mary Kay selama 19 tahun. Walaupun pendapatan bulanannya tanpa berbuat apa-apa dalam sebulan tetap membolehkannya mendapat income sebanyak RM120 ribu, beliau tetap melakukan apa yang kami lakukan, iaitu mengadakan kelas skin care.

Beliau yang sudah berada di peringkat tinggi pun masih turun padang dan melakukan perkara-perkara asas seperti mengadakan kelas facial hanya kerana beliau suka dapat menyentuh kehidupan orang lain. Inilah value atau nilai yang ditanam oleh Mary Kay ke dalam jiwa kami. Mary Kay berbeza kerana jualan bukan pertama pokok. Perkongsian maklumat adalah sebab sebenarnya. Luaskan pengalaman seseorang. Gembirakan hati seseorang.

Mary Kay's tagline - Enriching Women's Lives
My tagline dulu, 'Happy when customer is happy.'
Mary Kay mengajar saya - Happier when other people are happy.