Apa dengan blog ini?

Monday, November 16, 2009

Warna kulit tidak sekata, jeragat, kusam?

Usia 24, mempunyai kulit jenis kombinasi, warna kulit tidak sekata serta berjeragat. Selain itu, masalah kulit tetap kusam walaupun selepas mencuci wajah, apakah penyelesaiannya menurut The Mary Kay way?

Kulit berjeragat selalunya disebabkan oleh kulit kering. Ada kemungkinan jenis kulit kombinasi yang anda miliki kurang minyak di bahagian pipi.

Penyelesaiannya :-

1) Bertukar kepada produk moisturizer (pelembap) yang mempunyai SPF sekurang-kurangnya SPF 15. Jika tidak, anda perlu gunakan sunscreen atau sunblock. Produk ini diperlukan bagi melindungi kulit daripada dirosakkan lagi dek panahan matahari yang mengandungi sinar UVA/UVB. Bergantung kepada usia, anda gunalah Day Solution (sejenis serum pelindung) bagi yang berusia 25 tahun ke atas, atau bagi yang berusia bawah 25, gunakan sunscreen atau sunblock, atau moisturizer yang mengandungi SPF.

2) Tompok hitam yang sedia ada boleh dipudarkan warnanya dengan menggunakan serum MelaCEP daripada Mary Kay.

3) Bagi kulit kusam, cubalah pembersih yang mengandungi bahan anti-kusam seperti produk daripada rangkaian Botanical Customized Care Formula 1 atau Formula 2. Kulit kusam dan warna tidak sekata boleh dibantu dengan menggunakan produk yang mengandungi bahan anti-kusam dan vitamin C.

4) Bertukar kepada rangkaian produk MelaCEP. Dalam tempoh seminggu selepas menggunakannya, Insya Allah warna wajah anda menjadi sekata dan anda kelihatan berseri (glowing!).

No comments:

Post a Comment