Apa dengan blog ini?

Saturday, October 31, 2009

Skin Care Class di Pejabat Mary Kay, Petaling Jaya

Tertanya-tanya bagaimana kelas penjagaan kulit diadakan? Nah, lihatlah sendiri. Kelas diadakan dalam suasana separuh formal. Ada guru yang mengajar, ada murid yang mendengar. Sebelum kelas bermula, semua produk yang akan digunakan akan disusun rapi di atas meja.


Kedua-dua orang peserta ini agak malu-malu dan mereka seolah-olah berasa agak rendah diri. Sekali imbas, peserta yang berusia bawah 25 tahun ini tidak mempunyai masalah kulit wajah yang ketara. Tetapi apabila diteliti, ternyata mereka tidak berpuas hati dengan kulit wajah yang kusam. Salah seorang daripadanya bermasalah kulit berjerawat di bahagian rahang wajah.

Wajah disapu dengan masker separuh muka untuk melihat perubahannya nanti.
Masker yang digunakan adalah yang sesuai dengan kulit wajah.
Bibir pula disapu dengan lip mask.



Selepas 20 minit, wajah dibersihkan dan inilah hasilnya.
Masker disapu pada wajah sebelah kiri.
Wajah sebelah kiri bersih dan tiada lagi bintik-bintik hitam.
Bintik hitam kelihatan jelas di pipi dan hidung di sebelah kanan.


  1. Pori-pori lebih kecil di sebelah kiri berbanding di sebelah kanan.
  2. Pipi di sebelah kiri pun kelihatan anjal dan 'ternaik' sedikit berbanding pipi sebelah kanan.
  3. Bahagian kiri kurang kilat berbanding bahagian kanan.

Selepas dua jam, beginilah hasilnya. Model hanya memakai mekap nipis iaitu foundation yang bertindak sebagai kosmetik dan pelindung wajah dari pencemaran alam sekitar.
Foundation ini melapisi kulit luar kita supaya ia terperangkap di foundation, tidak masuk ke dalam kulit.

No comments:

Post a Comment