Apa dengan blog ini?

Saturday, October 24, 2009

Kelas Penjagaan Wajah 24/10/09


Beginilah keadaannya setiap kali kami mengadakan kelas penjagaan kulit.

Sebelum sesi bermula, penerangan akan diberi. Peserta diberitahu bagaimana kelas akan dijalankan. Maklumat mengenai produk juga akan diberi. Selepas taklimat ringkas itu, peserta akan berasa lebih selesa selepas mengetahui serba sedikit mengenai produk.

Peserta akan menggunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit masing-masing.


Selepas taklimat, peserta diberi peluang memakai produk wajah dengan dibimbing oleh 'cikgu.' Mula-mula mereka akan menggunakan eye makeup remover bagi membersihkan mekap mata dan gincu. Selepas itu mereka akan membersihkan wajah dengan pencuci. Masker akan dipakai separuh muka bagi membolehkan peserta melihat perubahan wajah selepas masker dicuci. Penyegar dan pelembap pula dipakai. Selepas itu mekap nipis dengan menggunakan foundation pula disapu.


Selepas 2 jam, inilah hasilnya. Tidak dapat dipastikan siapakah yang berusia dua puluhan dan tiga puluhan, kan?



No comments:

Post a Comment