Apa dengan blog ini?

Wednesday, April 15, 2009

Informasi Set Lengkap yang disediakan oleh Beauty-Mary Kay

Bagaimana kami bekerja?

Apabila ada customer bertanya soalan cepumas, berapakah harga basic set untuk produk yang ditawarkan? Kami akan memberi anda harga set lengkap yang sepatutnya anda miliki bagi mendapatkan hasil yang optimum. Jadi harganya mungkin berbeza dengan harga yang direkomen oleh perunding kecantikan yang lain. Ini adalah kerana kami tidak hanya menawarkan set yang mengandungi cleanser, freshener dan moisturizer sahaja.

Bagi kami, set lengkap itu mengandungi cleanser, freshener, moisturizer, mask serta foundation. Mungkin ada yang berasa foundation tidak perlu. Biar kami jelaskan. Face foundation Mary Kay perlu kerana ia bukan hanya mekap tetapi juga bertindak sebagai pelindung. Ia tidak 'cakey' tetapi akan menjadi sebati dengan peluh yang terbit dari muka. Ia juga ringan dan tidak berasa 'berat' seperti wajah dicat. Foundation ini menjadikan wajah seolah-olah disapu dengan bedak.

Lagipun memang prinsip kami mahu menawarkan anda set yang terbaik.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda hanya mahukan set cleanser dan moisturizer, anda dibenarkan berbuat begitu. Tiada paksaan dalam apa-apa hal.

Sekiranya produk yang anda beli tidak sesuai dengan kulit anda, anda mendapat jaminan kepuasan bagi tempoh tertentu (rujuk pada BC masing-masing)money-back-guarantee dengan syarat isi produk masih lagi sebanyak dua pertiga botol.


No comments:

Post a Comment