Apa dengan blog ini?

Thursday, May 21, 2009

Skin Care Class minggu ini

Pada hari Jumaat yang lepas, sewaktu kami menghadiri unit meeting, kami diberi tugas menelefon sekurang-kurangnya 10 orang prospek. Kecut perut kami mendengarnya. Unit leader mahukan kami mendapat sekurang-kurangnya tiga appointment untuk minggu depan.

Entah bagaimana, nombor telefon dalam handphone semuanya hilang! Atau mungkin mata kami tiba-tiba menjadi kabur kerana peluh dingin mulai menitis di sebalik kolar baju dalam bilik yang berhawa dingin itu.

Walau bagaimanapun, demi kebaikan diri sendiri, kami paksakan diri, memberanikan diri mencatat nombor-nombor telefon di kertas lalu memanggil seorang demi seorang. Lega rasanya apabila nombor yang dipanggil dipindahkan ke peti suara. Sudah tentulah itu tidak dikira dan nombor yang perlu ditelefon kekal 10!

Selepas diberi tunjuk ajar dan diberi skrip bagaimana mahu melakukannya, saya berjaya mendapatkan satu appointment. Beberapa panggilan yang tidak dijawab, saya ketik sms memperkenalkan diri. Ada di antara mereka membalas panggilan saya. Akhirnya saya mendapat dua appointment. Hati berasa lega.

Namun, selepas hari appointment ditetapkan, diri masih berasa ragu-ragu, entahkan menjadi entahkan tidak. Bagi menetapkan appointment tersebut on, saya hanya menghantar sms bertanya berapa ramaikah orang yang akan hadir. Saya tetap pergi ke tempat appointment walaupun tidak menerima sebarang confirmation. Tup tup, saya sudah sampai. 

Daripada satu orang dan sebuah appointment, saya mendapat booking daripada beberapa orang yang berminat. Apabila saya melihat beberapa onlookers memandang-mandang, saya dengan pantas mempamerkan semua produk yang saya bawa berserta dengan brosurnya sekali. Selepas mereka melihat produk yang ditayangkan itu cantik, menarik dan berkesan, mereka pun tidak sabar-sabar mahu mencubanya. Saya pun lantas menyambar dan mengajak mereka berjumpa semula dalam masa dua hari.

Hasil daripada cold calls yang dilakukan pada Jumaat minggu lepas, saya berjaya mendapat tiga booking dalam minggu ini. 

Daripada tiga appointment itu, saya hanya mengenali seorang sahaja. Appointment yang kedua datangnya daripada kenalan maya yang merekomenkan sahabatnya menemui saya. Daripadanya, kami bercadang melakukan house party minggu depan dengan jiran sebelah rumah. Saya mengajak mereka menjemput rakan kepada jiran mereka untuk turut hadir. Untuk facial class, lebih baik kawan kita itu datang berkawan, jadi mereka boleh menguji sendiri produk Mary Kay dan menyaksikan sendiri akan keberkesanannya. Itu lebih baik daripada BC yang mengatakan yang mereka nampak lebih baik. Testimoni daripada kawan sendiri tentulah lebih diyakini.

Salah seorang daripada mereka mula berangan-angan mahu mengajak rakan ofisnya menghadiri kelas skin care ini. Saya mencadangkan Jumaat waktu makan tengahari. Waktu rehat yang panjang itu usah disia-siakan!

Appointment esok adalah dengan mereka yang tidak saya kenali. Namun, mereka merupakan rakan pejabat kawan yang saya kenali. Oleh itu, kawan saya itu menjadi hostess kepada acara yang akan diadakan esok. Empat peserta akan hadir dan itu adalah jumlah yang saya sendiri sudah tetapkan. Kumpulan yang terlalu besar pasti sukar mendapat perhatian yang teliti daripada sang BC.

No comments:

Post a Comment