Apa dengan blog ini?

Monday, May 11, 2009

Skincare Class di Section 26, Shah Alam

Pada hari Sabtu yang lalu, saya pergi ke Kampung Baru Hicom di Section 26 Shah Alam bagi mengadakan kelas penjagaan kulit bagi sekumpulan para wanita yang berusia di antara 27 hingga 52 tahun termasuk seorang gadis sunti berusia 13 tahun.

Pada mulanya mereka menyangka terpaksa baring-baring bagi saya melakukan facial. Tetapi bukan itu yang berlaku. Kelas ini mengajar setiap peserta bagaimana melakukan sendiri facial di rumah setiap kali mencuci wajah.

Set ini berharga : RM155

Sebagai ice breaker, saya memulakan sesi melakukan scrub Satinhands pada bahagian tangan salah seorang wanita tersebut. Kemudian saya mengajak mereka semua ikut melakukan apa yang saya lakukan. Selepas sesi memanjakan diri selesai, mereka diajak melihat perbezaan pada kulit mereka. Ternyata bahagian tangan yang di scrub itu lebih cerah, lembut dan berbau harum. Suasana pun menjadi lebih mesra. Kemudian saya menunjukkan kepada mereka scrub badan lalu mereka pun mencubanya. Saya dengan senang hati membiarkan mereka merasai keseronokan membelai diri mereka.


Apa yang menarik, mereka begitu tertarik dengan scrub badan tersebut kerana dapat merasai kehalusan kulit yang segera dapat dicapai!

Sebagai wanita, sudah tentulah kita mahu cantik di luar dan di dalam baju, serta di bahagian dalam yang paling dalam (pinjam kata-kata daripada Ayat-ayat Cinta!). Jadi masalah-masalah kulit kasar, kulit menggerutu, stretch mark, warna tidak sekata itu kadang-kala hanya diketahui kita dan suami. Scrub badan ini ternyata dapat memulihkan keadaan itu. Dalam suatu tempoh masa dan scrub yang dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali dapat melembutkan serta melembabkan kulit.


No comments:

Post a Comment