Apa dengan blog ini?

Saturday, July 11, 2009

Nota Jumaat 10 Julai 2009


Hari ini kami meraikan kejayaan Sales Director, Nafisah Omar meraih Trophy on the Wheel yang berupa sebuah kereta Toyota Altis berwarna merah jambu, sering disebut-sebut sebagai The Pink Car. Jika di US, Pink Cadillac. Ini adalah pink car yang ke-28. Yang pasti, sudah ada lebih 20 pink car berada di Malaysia.

Suasana sisterhood amat akrab dirasakan. Setiap anggota dalam unit Sparkling Swan telah menyumbang kepada kejayaan beliau. Kejayaan ini bukan miliknya seorang tetapi merupakan kejayaan setiap anggota. Bayangkan, pada 15 Ogos nanti, ketika Shine On Seminar diadakan nanti, semua anggota Sparkling Swan akan dijemput ke pentas, hanya unit Sparkling Swan akan berada di pentas itu nanti, bukan unit lain.

SD Nafisah, anda memang hebat! Daku pun ingin menjadi sepertimu!

No comments:

Post a Comment