Apa dengan blog ini?

Saturday, August 8, 2009

Botanical set vs Timewise Miracle Set


Apabila kita mendengar betapa hebatnya Miracle Set, kita kadang-kadang terpengaruh dengan kata-kata itu lalu ingin mendapatkannya kerana mengharapkan keajaiban.

Sebagai perunding kecantikan merangkap penjual, sudah tentulah seseorang bc (beauty consultant/perunding kecantikan) itu mahu saja menawarkan Miracle Set ini kerana ia lebih mahal (berharga RM520). Namun kebanyakan BC Mary Kay, saya percaya tidak begitu. Seorang BC akan merekomen produk yang terbaik untuknya.


Contohnya begini. Apabila seorang pembeli yang berusia bawah 25 tahun yang menderita parut dan jerawat serta kulit yang amat berminyak mungkin meminta miracle set. Saya akan merekomenkan kepadanya botanical set (berharga RM285.)

Selalunya bakal pembeli akan bertanya, adakah produk ini berkesan? Sudah tentu. Walaupun produk ini lembut, ia tidak bermakna ia tidak berkesan. Dalam tempoh tertentu, InsyaAllah raut wajah dan tekstur kulit akan menjadi bertambah baik. Namun, wajah perlu dijaga rapi dan dicuci serta dirawat dengan tekun.

Mungkin ada juga yang bertanya apa itu miracle set?

Miracle set adalah set anti-penuaan. Bagi yang risau akan garis-garis halus di wajah serta kedutan yang mula ketara, sememangnyalah miraclet set untuk mereka.

Namun bagi masalah minyak berlebihan, sila gunakan mask yang terdapat dalam botanical set kerana ia memang amat berkesan.

No comments:

Post a Comment