Apa dengan blog ini?

Monday, August 24, 2009

Mengapa Mary Kay?


Saya dapati produk Mary Kay sangat berkesan dan saya sangat berpuas hati dengan kesannya. Harganya bukan yang paling murah di pasaran tetapi ia juga bukan produk yang paling mahal. Yang bestnya, saudari boleh mencubanya dahulu!

Masalah kulit sensitif? Inilah bagusnya sesi uji produk menerusi kelas skin care ini. Cuba dulu baru tahu.

Saya mengalami masalah kulit yang sangat berminyak terutama sekali di bahagian T (dahi, hidung dan dagu). Di samping itu, jerawat sudah banyak merosakkan kulit saya.

Saya pernah mengambil langkah drastik dalam memulihkan jerawat serta memperbaiki atau menghapuskan minyak di wajah saya.

Saya pernah mengamalkan cucian wajah dengan sabun dan air. Wajah menjadi kering dan layu. Jerawat tidak juga pergi. Pernah juga mengamal diet dengan menjauhi kacang, masakan bergoreng dan sebagainya. Namun, kulit saya tetap bermasalah.

Salah satu cara memperbaiki masalah kulit saya termasuklah melakukan facial sekerap yang mungkin (setiap 10 atau 14 hari). Facial dilakukan selain membersih dan melembapkan wajah di rumah di samping menggunakan krim lain setiap hari. Wajah saya saya serahkan kepada para beautician memicit dan menekan keluar nanah dari jerawat, bintik putih dan hitam. Apabila keluar dari salun, wajah saya merah kerana bengkak selepas dipicit jerawatnya.

Selepas facial saya tidak boleh keluar berjalan-jalan kerana wajah yang membengkak. Saya perlu pulang ke rumah segera.

Facial Mary Kay tidak begitu. Wajah menjadi lebih cerah dan saudari sendiri akan berasa lebih cantik dan bersih. Tiada sesi tekan-tekan keluar bintik hitam atau putih, picit jerawat dan sebagainya. Tiada tangan-tangan asing yang akan menekan atau memicit wajah saudari kerana saudari sendiri akan melakukannya.

Saudari akan diajar bagaimana menggunakan tiga jari membelai wajah selembut yang mungkin.

Secara peribadi, wajah saya nampak lebih cerah dan bersih selepas 4 minggu memakai produk ini. Saya gembira kerana rakan-rakan saya sendiri berkata wajah saya nampak jauh lebih cerah dan warna yang sekata, tidak lagi kusam dan layu, tiada lagi tepi hidung yang menghitam!

Anda ingin mengujinya? Produk testing free.

Hubungi saya : 0173016169!
Di mana? Di pejabat Mary Kay, Bangunan Jaya 33, Petaling Jaya
Untuk appointment hari biasa, sila call dulu.
Setiap Sabtu, jam 11 pagi. Sila call dulu :)

No comments:

Post a Comment