Apa dengan blog ini?

Saturday, August 1, 2009

Masalah Akne atau Jerawat

Saya sering diberitahu jerawat akan hilang apabila seseorang itu berusia 30-an.

Saya sememangnya ternanti-nantikan saat itu.

Kemudian saya diberitahu, jerawat akan hilang dengan sendirinya apabila seseorang itu mencapai usia 40-an.

Saya masih menanti.

Kini, saya sudah pun berusia 42 tahun namun jerawat masih menjadi masalah utama bagi kulit saya.

Saya benar-benar faham akan perasaan penghidap jerawat ini, percayalah! Sungguh membencinya, bukan?

Saya sendiri pernah menjalani rawatan pakar kulit. Saya diberi Vitamin A sintetik, Pembersih berwarna hijau (bau seperti bau klinik) serta losyen berwarna jernih (ia menyengat jika wajah berjerawat dan luka).

Selama saya dalam tempoh rawatan itu, memang tiada sebutir jerawat pun singgah di wajah. Kulit saya amat kering serta kasar dan saya benar-benar kelihatan tidak bermaya. Bibir pun pecah-pecah akibat memakan vitamin tersebut. Sememangnya wajah saya tidak berminyak langsung! Saya gembira kerana tiada jerawat tetapi saya juga risau kerana kulit menjadi layu.

Kemudian saya diberitahu jerawat memang tiada ubatnya. Ia masalah dalaman. Penjagaan kulit hanya akan membersihkah kulit di bahagian luar. Losyen, serum dan segala jenis krim mungkin boleh menerobos hingga ke dalam kulit tetapi ia tidak menyekat pembentukan jerawat. Namun jerawat yang tumbuh pada kulit yang bersih dan diberi nutrien tentulah akan segera baik. Oleh itu, membersihkan wajah secara rutin amat penting. Walaupun wajah berjerawat, namun kini kita boleh berasa lega dan lebih yakin yang jerawat itu tidak akan lama berumah di sana.

Namun, memang diakui ada jerawat yang degil. Kedegilan jerawat ini boleh diubati dengan memberikan Spot Solution (yang mengandungi asid salisilik). Rumusan ini akan menyegerakannya menjadi ranum dan pergi.
Mungkin ada formula rawatan yang boleh menyekat keluarnya jerawat selagi kita memakai sesuatu produk tersebut. Namun, bayangkan apa akan berlaku selepas kita berhenti menggunakan produk itu? Jerawat naik semula? Timbul pula masalah lain? Saya tidak tahu. Apa yang jelas ialah, jerawat perlu keluar apabila tiba masanya. Ia seperti bahan buangan. Apakah yang akan berlaku apabila kita menyekat bahan buangan daripada dikeluarkan? Masalah lain akan timbul, contohnya menahan kencing. Apabila sering menahan kencing, kita boleh dijangkiti UTI (urinary track infection). Tidakkah ia berbahaya?

Sebagai pengguna, kita mungkin keliru dengan berbagai-bagai formula untuk jerawat. Namun, dengan Mary Kay, saudari boleh menggunakannya dengan yakin kerana ia telah menjalani ujian makmal dan secara bebas yang komprehensif.

Kini saya pengguna setia Spot Solution dari Mary Kay.


No comments:

Post a Comment