Apa dengan blog ini?

Sunday, May 31, 2009

Testimoni pengguna set penjagaan wajah dengan produk Mary Kay


Gambar ini diambil oleh jurugambar profesional. Model produk Mary Kay di sebelah kiri kelihatan segar dan kehalusan kulit wajahnya terserlah walaupun dengan menggunakan mekap yang sederhana.

Inginkan kulit wajah yang sentiasa nampak fresh, dewy dan moist? SMS ke Kak Lani 017 -3016169. Mari kita adakan sesi skin care yang diberikan secara percuma.

Sunday, May 24, 2009

Masalah Jeragat

Bagi kawan-kawan yang menghadapi masalah warna kulit tidak sekata, dicemari dengan bintik-bintik hitam dan coklat, cubalah produk Mary Kay yang memang berkesan ini?

Mahal? Memanglah mahal. Produk yang berkualiti tentulah mahal! Tapi, di Mary Kay, ada caranya!

MelaCEP Essence

Serum yang lekas diserap kulit ini membantu mengembalikan kejernihan wajah. Pembungkusan produk yang inovatif ini menyimpan formula yang mengandungi ascorbyl glucoside dalam bekas kedap udara bagi mengekalkan keberkesanannya.

MelaCEP Dark Spot Serum

Nyahkan bintik hitam di wajah dengan serum yang unik ini. Botol berbola menjadikan serum yang jernih ini mudah disapu di kulit yang berjeragat, mengurangkan warnanya dalam satu tempoh waktu. Rumusan halus yang sangat berkesan ini mengandungi ascorbyl glucoside.
Nota : Bagi kulit yang nipis, mungkin kulit akan mengelupas sedikit sewaktu dalam tempoh pemakaian produk. Jadi, dinasihatkan supaya memperbaiki dahulu keadaan kulit.
Berminat mendapatkannya? Hubungi saya di 017 3016169.

Mary Kay System for Acne-Prone Skin


Kulit berjerawat akan kelihatan bertambah baik dalam masa hanya 3 hari saja! Inilah hasil ujian klinikal yang pernah dilakukan pada kulit muka yang teruk diserang jerawat.

2% asid salisilik yang dirumus dalam produk ini dapat menembusi pori bagi membersihkan minyak dan debu yang terperangkap, membantu mengatasi cacat-cela yang disebabkan akne dan mengawal minyak yang berlebihan. Sistem ini berasaskan tumbuhan seperti pokok Canadian Willowherb, sea heather dan burdock root.

Clarifying Cleanser
Pembersih ini membantu mengatasi masalah minyak berlebihan, memastikan kulit mati di permukaan kulit muka tidak terkumpul dalam pori.
Pore Purifying Serum
Serum ini membantu mengawal minyak yang mungkin menyebabkan jerawat. Ia diserap pantas ke dalam kulit, menjadikan pori kelihatan samar serta mengurangkan kilat muka.

Acne Spot Serum
Formula ini memperbaiki parut dan membantu mengurangkan timbulnya jerawat dengan cara mengelupaskan secara lembut. Krim yang amat berkesan ini pantas menyerap dan tidak meninggalkan sisa.

Ingin cuba? SMS ke 0173016169
Nota: Saya syorkan supaya pengguna memakai pelembap yang sesuai sewaktu menggunakan set akne ini. Set ini mungkin akan mengeringkan minyak bawah lapisan kulit jadi kulit akan menjadi tandus.

Set untuk Kulit Berjerawat

Jika anda berjerawat, sudah pastilah anda mahukan hasil.
Dan anda mahu melihat hasil yang segera.
Mary Kay Sistem for Acne-Prone Skin dapat membantu.


Ia dirumus dengan asid salisilik, iaitu bahan yang dapat menerobos pori-pori bagi membuka lubang yang memerangkap minyak dan kotoran, membantu mengurangkan kesan parut dan mengawal lebihan minyak. Ia juga mengandungi bahan dari tumbuh-tumbuhan.

Berminat? Hubungi 0173016169

Mary Kay System for Acne-Prone Skin

Masalah akne mungkin boleh selesai dalam masa beberapa hari sahaja

Mungkin anda pernah menggunakan produk dan menunggu berbulan-bulan lamanya untuk melihat hasilnya. Ataupun, menangguhkan sesuatu majlis disebabkan jerawat. Anda tidak seorang. Wanita dari berbagai peringkat usia pun sentiasa menghadapi masalah akne yang degil. Walaupun anda sanggup menunggu sementara jerawat sembuh, namun dapat memulihkan masalah jerawat dalam tempoh beberapa hari saja sudah tentulah lebih baik lagi. Inilah yang dapat dilakukan oleh Mary Kay System untuk Kulit yang mudah Berjerawat.

Thursday, May 21, 2009

Skin Care Class minggu ini

Pada hari Jumaat yang lepas, sewaktu kami menghadiri unit meeting, kami diberi tugas menelefon sekurang-kurangnya 10 orang prospek. Kecut perut kami mendengarnya. Unit leader mahukan kami mendapat sekurang-kurangnya tiga appointment untuk minggu depan.

Entah bagaimana, nombor telefon dalam handphone semuanya hilang! Atau mungkin mata kami tiba-tiba menjadi kabur kerana peluh dingin mulai menitis di sebalik kolar baju dalam bilik yang berhawa dingin itu.

Walau bagaimanapun, demi kebaikan diri sendiri, kami paksakan diri, memberanikan diri mencatat nombor-nombor telefon di kertas lalu memanggil seorang demi seorang. Lega rasanya apabila nombor yang dipanggil dipindahkan ke peti suara. Sudah tentulah itu tidak dikira dan nombor yang perlu ditelefon kekal 10!

Selepas diberi tunjuk ajar dan diberi skrip bagaimana mahu melakukannya, saya berjaya mendapatkan satu appointment. Beberapa panggilan yang tidak dijawab, saya ketik sms memperkenalkan diri. Ada di antara mereka membalas panggilan saya. Akhirnya saya mendapat dua appointment. Hati berasa lega.

Namun, selepas hari appointment ditetapkan, diri masih berasa ragu-ragu, entahkan menjadi entahkan tidak. Bagi menetapkan appointment tersebut on, saya hanya menghantar sms bertanya berapa ramaikah orang yang akan hadir. Saya tetap pergi ke tempat appointment walaupun tidak menerima sebarang confirmation. Tup tup, saya sudah sampai. 

Daripada satu orang dan sebuah appointment, saya mendapat booking daripada beberapa orang yang berminat. Apabila saya melihat beberapa onlookers memandang-mandang, saya dengan pantas mempamerkan semua produk yang saya bawa berserta dengan brosurnya sekali. Selepas mereka melihat produk yang ditayangkan itu cantik, menarik dan berkesan, mereka pun tidak sabar-sabar mahu mencubanya. Saya pun lantas menyambar dan mengajak mereka berjumpa semula dalam masa dua hari.

Hasil daripada cold calls yang dilakukan pada Jumaat minggu lepas, saya berjaya mendapat tiga booking dalam minggu ini. 

Daripada tiga appointment itu, saya hanya mengenali seorang sahaja. Appointment yang kedua datangnya daripada kenalan maya yang merekomenkan sahabatnya menemui saya. Daripadanya, kami bercadang melakukan house party minggu depan dengan jiran sebelah rumah. Saya mengajak mereka menjemput rakan kepada jiran mereka untuk turut hadir. Untuk facial class, lebih baik kawan kita itu datang berkawan, jadi mereka boleh menguji sendiri produk Mary Kay dan menyaksikan sendiri akan keberkesanannya. Itu lebih baik daripada BC yang mengatakan yang mereka nampak lebih baik. Testimoni daripada kawan sendiri tentulah lebih diyakini.

Salah seorang daripada mereka mula berangan-angan mahu mengajak rakan ofisnya menghadiri kelas skin care ini. Saya mencadangkan Jumaat waktu makan tengahari. Waktu rehat yang panjang itu usah disia-siakan!

Appointment esok adalah dengan mereka yang tidak saya kenali. Namun, mereka merupakan rakan pejabat kawan yang saya kenali. Oleh itu, kawan saya itu menjadi hostess kepada acara yang akan diadakan esok. Empat peserta akan hadir dan itu adalah jumlah yang saya sendiri sudah tetapkan. Kumpulan yang terlalu besar pasti sukar mendapat perhatian yang teliti daripada sang BC.

Tuesday, May 19, 2009

Testimoni pengguna produk Mary Kay


Model yang sudah berusia lewat tiga puluhan ini menggunakan produk Mary Kay seperti berikut bagi mendapatkan hasil warna kulit yang sekata, sentiasa lembab tapi tidak berminyak.

1) Membersihkan wajah dengan menggunakan Mary Kay Timewise 3 in 1 Cleanser setiap pagi dan petang.

2) Wajah disapu dengan Day Solution di sebelah pagi bagi memelihara wajah daripada dipanah sinaran UV yang boleh menyebabkan garisan-garisan halus terbentuk serta berlaku proses penyahwarnaan pada kulit wajah. Day Solution ini mengandungi sunscreen SPF25. Di sebelah petang, Night Solution disapu pada wajah. Night Solution mengandungi vitamin dan antioksidan serta digabungkan dengan peptida yang menggalakkan penghasilan kolagen. Campuran bahan-bahan ini dapat melenyapkan garis halus serta kedutan. Percayalah yang kulit anda sedang cergas bekerja semasa anda sedang tidur.

3) Selepas itu moisturizer pula digunakan. Pelembab ini dirumus dengan antioksidan generasi terkehadapan bagi melindungi wajah daripada diserang radikal bebas yang menyebabkan penuaan.

4) Oil-Free Hydrating Gel dapat mengembalikan semula keseimbangan kelembapan wajah anda dan melembabkannya selama 10 jam. Gel yang menyejukkan ini menyebabkan kulit anda terasa sehalus sutera, mengandungi ektrak rumpai laut yang dapat membantu melembutkan kulit, diperkaya dengan ektrak teh hijau serta Vitamin E. Gel yang tidak berminyak ini menyebabkan kulit terasa nyaman dan segar.

Hasilnya tergambar pada foto di atas.

Mahukan hasil sebegitu? Hubungi 0173016169 untuk skincare class appointment.
Free, no obligation!

Monday, May 11, 2009

Tips for Luminous Skin

While dark spots can begin to appear in a woman’s 20s, the damage that actually causes them starts much earlier. Here are some tips to use throughout your life to help keep your skin tone even, flawless and radiant.

Walaupun bintik hitam mula timbul sewaktu wanita itu masih dalam usia dua puluhan, kerosakan pada wajah menyebabkan bintik hitam timbul lebih awal. Berikut adalah tip elok diamalkan sepanjang hayat anda bagi mengekalkan warna kulit yang sekata, tiada cacat cela serta berseri.

Avoid the sun (Hindari matahari)
Sun rays trigger the production of melanin, which results in skin discolorations.
Sinar matahari menyebabkan terhasilnya melanin, yang menyebabkan kulit kusam.


Dress accordingly (Berpakain sewajarnya)
Protect yourself from the sun by wearing a wide-brimmed hat and sunglasses to block UV rays.
Lindungi diri anda daripada panahan matahari yang mengandungi sinar UV dengan memakai topi lebar dan kacamata.
Wear sunscreen (Gunakan Sunscreen).
Protect your skin by using skin care products and sunscreen with SPF 15 or above.
Lindungi kulit anda dengan menggunakan produk penjagaan kulit dan sunscreen (penghadang matahari) yang mengandungi SPF 15 atau lebih.


Lighten up (Mencerahkan kulit)
Using exfoliating products that encourage faster cell turnover will help lighten the skin’s tone.
Gunakan produk yang menggalakkan proses pengelupasan yang cepat bagi membantu mencerahkan warna kulit.

Keep it up (Biar konsisten)
Make guarding your skin from sun damage a daily practice. Otherwise dark spots will develop and return.
Pelihara kulit daripada rosak dan jadikannya amalan harian anda. Jika tidak, bintik hitam akan kembali terbentuk.



For more info, please click here :-

Skincare Class di Section 26, Shah Alam

Pada hari Sabtu yang lalu, saya pergi ke Kampung Baru Hicom di Section 26 Shah Alam bagi mengadakan kelas penjagaan kulit bagi sekumpulan para wanita yang berusia di antara 27 hingga 52 tahun termasuk seorang gadis sunti berusia 13 tahun.

Pada mulanya mereka menyangka terpaksa baring-baring bagi saya melakukan facial. Tetapi bukan itu yang berlaku. Kelas ini mengajar setiap peserta bagaimana melakukan sendiri facial di rumah setiap kali mencuci wajah.

Set ini berharga : RM155

Sebagai ice breaker, saya memulakan sesi melakukan scrub Satinhands pada bahagian tangan salah seorang wanita tersebut. Kemudian saya mengajak mereka semua ikut melakukan apa yang saya lakukan. Selepas sesi memanjakan diri selesai, mereka diajak melihat perbezaan pada kulit mereka. Ternyata bahagian tangan yang di scrub itu lebih cerah, lembut dan berbau harum. Suasana pun menjadi lebih mesra. Kemudian saya menunjukkan kepada mereka scrub badan lalu mereka pun mencubanya. Saya dengan senang hati membiarkan mereka merasai keseronokan membelai diri mereka.


Apa yang menarik, mereka begitu tertarik dengan scrub badan tersebut kerana dapat merasai kehalusan kulit yang segera dapat dicapai!

Sebagai wanita, sudah tentulah kita mahu cantik di luar dan di dalam baju, serta di bahagian dalam yang paling dalam (pinjam kata-kata daripada Ayat-ayat Cinta!). Jadi masalah-masalah kulit kasar, kulit menggerutu, stretch mark, warna tidak sekata itu kadang-kala hanya diketahui kita dan suami. Scrub badan ini ternyata dapat memulihkan keadaan itu. Dalam suatu tempoh masa dan scrub yang dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali dapat melembutkan serta melembabkan kulit.