Apa dengan blog ini?

Wednesday, December 9, 2009

Loofah Body Scrub - Lotus & Bamboo Collection

Kulit badan tidak cantik, lebam, daki yang sudah menjadi kerak di badan, gunalah scrub badan berasaskan tumbuhan-tumbuhan.

Sangat berkesan.
Harga RM75


Paduan serat-serat halus loofah dapat menyingkirkan kekotoran di permukaan badan serta mengembalikan kilauan kulit yang semula jadi. Amat lembut dan boleh digunakan setiap hari. Ia mengandungi serbuk buluh yang kaya dengan mineral - sudah diketahui khasiatnya sebagai rawatan dan penjagaan kulit di sebelah sini - serta ditambah pula dengan biji kiwi bagi membekalkan tenaga dan menyegarkan kulit. Ekstrak passion flower dan blue lotus sememangnya kaya dengan antioksidan bagi mengelakkan radikal bebas merosakkan kulit yang sihat.

Warna pembayang mata - Apa itu midtone?




Inilah warna-warna neutral yang perlu saudari miliki bagi mendapatkan warna mata yang neutral untuk mekap ke pejabat atau simple mekap di siang hari.

Sapu salah satu warna -warna ini di kelopak mata.

Harga setiap warna kelopak mata ini ialah RM26.

Gunakan berus ini untuk menyapunya.

Eye Definer Brush
rajah ini dapat menjelaskannya lagi.
No 2 adalah kod untuk midtone

Tuesday, December 8, 2009

Kaedah Pemutihan Kulit

Petikan daripada Berita Harian

Kebanyakan produk krim pemutihan digabungkan bersama bahan penabir suria bertujuan untuk mengelakkan berlaku kerosakan kulit akibat pancaran terus cahaya matahari.

 
Kata Dr Chua, pemakaian losyen atau krim penabir suria ialah kaedah paling mudah dan sering digunakan ramai bagi melindungi kulit daripada mengalami pigmentasi akibat UVB dan UVA.

“Penggunaan hidrokuinon pula ialah kaedah lama yang kekal digunakan sehingga kini kerana kemampuannya mencerahkan kulit, bagaimanapun ia tidak stabil kerana mudah teroksida dan bertukar warna.

“Malah, Kementerian Kesihatan juga sudah mewajibkan setiap produk pemutihan yang mahu dipasarkan perlu mengandungi kurang 2% bahan itu kerana kandungan hidrokuinon yang tinggi boleh menyebabkan radang kulit dan kesan terbakar selepas digunakan,” katanya.

Ada bahan lain yang tidak mengandungi hidrokuinon serta mampu memberikan kesan sama terhadap kulit iaitu arbutin, aid kojic, retinoid dan asid laktik.

Asid kojid dan retinoid sendiri boleh bertindak sebagai agen anti-penuaan, meningkatkan pengeluaran sel baru, mengurangkan penghasilan melanin, selain meningkatkan kolagen di dalam kulit.

“Tumbuhan yang mengandungi phyto nutrien seperti kacang soya juga boleh membantu mencerahkan kulit jika diambil secara berkala sama seperti ekstrak Garden Cress atau Lepidium sativum boleh menghalang tindak balas hormon pigmen dan reseptor sel pigmen,” katanya.

Prosedur rawatan kosmetik khusus untuk pemutihan kulit

Iontophoresis
Menggunakan pemindahan molekul transdermal ke lapisan epidermis melalui kaedah pembukaan salur sel menggunakan arus elektrik yang rendah.

Untuk tujuan pemutihan, kebiasaan vitamin C dalam bentuk cecair atau larutan disapukan pada bahagian rawatan bagi mencapai keberkesanan rawatan. Kebiasaannya cara ini mampu memberikan hasil yang diinginkan seawal tempoh seminggu selepas rawatan.

Laser QS Nd YAG
Kaedah ini menggunakan pancaran laser berkuasa 1,064 nanometer bertujuan untuk meremajakan kulit. Cahaya yang dipancarkan itu juga mampu mencerahkan kulit kerana ia ditujukan terus kepada pigmen melanin.

Kebiasaannya, teknik ini digunakan untuk merawat masalah lingkaran gelap pada mata, meremajakan kulit dan mengurangkan pori di kulit wajah.

Laser Mosaic Erbium Glas Factional
Ia adalah kaedah laser paling popular ketika ini. Kelebihannya ialah mampu mengembalikan keremajaan kulit, selain dapat mengurangkan pigmentasi dan parut.

Keberkesanan teknik boleh dilihat jika ia dilakukan menggunakan kaedah rawatan betul. Sesuai untuk digunakan pada tangan, kaki dan badan.

Teknik pengelupasan kulit (peeling)
Kebiasaan kulit akan mengelupas sepenuhnya dalam tempoh seminggu selepas rawatan.

Suntikan vitamin C
Rawatan kecantikan paling popular pada kebanyakan klinik dan salun kecantikan. Bagaimanapun, teknik ini tidak disarankan pakar kulit kerana ia boleh mengundang risiko terhadap kesihatan.

Fakta : Kulit

Ia organ terbesar dan terberat dalam badan manusia.

Kulit berfungsi sebagai
- pelindung bakteria, cahaya UV, bahan kimia dan kecederaan
- mengawal suhu badan
- organ deria
- menghasilkan vitamin D

Purata berat kulit 4.8 kilogram untuk lelaki dan 3.2 kilogram untuk wanita.

Sel baru kulit dihasilkan semula setiap 28 hari.

Purata ketebalan kulit ialah empat milimeter.

Permukaan kulit mempunyai pH 4.5 - 5.5 dan dikatakan pada pH berasid lemah.

Di Mary Kay, kami mempunyai rangkaian produk MelaCEP membantu mencerahkan wajah dengan menahan melanin dari muncul ke permukaan kulit. Ingin tahu lebih lanjut, hubungi 0173016169.

Monday, December 7, 2009

The MelaCEP™ Whitening System - Hasil Yang Dapat Anda Saksikan!

Mary Kay® MelaCEP™ Whitening System dirumus khas untuk kulit orang Asia bagi membantu meneutralkan unsur-unsur yang boleh menyebabkan nada kulit kelihatan tidak sekata dan tidak bermaya.

Ujian telah diadakan ke atas 400 wanita Asia dan mereka diminta berkongsi kebaikan yang diperolehi selepas menggunakan produk ini. Berikut adalah perkara yang telah mereka dapati:-

91% menampakkan kulit yang lebih berkilau dan diperelok secara keseluruhan

88% menampakkan kulit yang lebih cerah dengan nada yang lebih sekata

78% menampakkan kejernihan kulit dipulihkan

Selain 4 ramuan utama iaitu Kakadu Plum, ekstrak Ferula Foetida, Ekstrak Biji Bunga Matahari dan Lactobacillus Ferment, ia mengandungi 13 ekstrak tumbuh-tumbuhan lain seperti:-

1) Undaria Pinnatifidia

2) Palmaria Palmata

3) Alteromonas Ferment

4) Biji Castanea Sativa

5) Buah Euterpe Oleracea

6) Daun Myrtus Communis

7) Daun Myrciaria Dubia

8) Jojoba Esters

9) Quillaja Saponaria

10) Betaine (diekstrak daripada gula bit)

11) Daun Camellia Sinensis

12) Dipotasium Glycyrhizate (diekstrak daripada licorice)

13) Gliserin (diekstrak daripada sayuran)

Harganya : RM1140

Anjurkan saja satu sesi facial di tempat anda


Ini set hadiah untuk tuan rumah sekiranya anda ajak saja kawan-kawan ke rumah dan buat facial dengan saya.

Sekeping cermin comel ini menjadi milik anda, sebagai penghargaan atas jasa anda mengaturkan sesi facial bagi pihak saya. Ia boleh dibawa dengan mudah, simpan saja dalam tas tangan anda.

Bukan itu saja!

Sebuah pouch kosmetik pun akan menjadi milik anda juga.

Caranya cukup mudah...anjurkan saja satu sesi facial di tempat anda, sama ada di pejabat ataupun di rumah anda. Masa yang diperlukan hanyalah 2 jam saja.

Selain hadiah ini, anda juga berpeluang mendapat hadiah-hadiah lain apabila para tetamu itu membeli-belah selepas sesi facial.

Tetapkan saja hari dan waktunya.

Hadiah ini sah bagi sesi facial yang berlangsung pada bulan Disember 2009 saja.





Tool atau alat mekap bagi mendapatkan hasil yang profesional ...info lanjutan

Selain pembayang mata dan pipi, maskara, celak, gincu, bedak asas dan sebagainya, kita juga perlukan alat yang sesuai untuk menyapu mekap tersebut ke wajah. Bulu berus tidak boleh terlalu lembut sehingga tidak dapat menyapu warna dengan lancar. Namun, ia tidak boleh terlalu keras sehingga tidak dapat memerangkap serbuk mekap dan mentransferkannya ke wajah.

Use an Eyebrow Brush to brush brows in the opposite direction from which they grow to remove any excess foundation. Gently brush back, following their natural shape and direction, as a finishing touch to your makeup application.
An Eyeliner Brush is used to line eyes and enhance sparse brows with eye color. This flat, angled, short-bristle brush makes it easy to apply a thin line of color along top and bottom lashes. It's also a great tool to use for blending your eyebrow pencil.
An Eye Definer Brush has bristles that are tapered and rounded at the end to shape and define eyes and blend color evenly. Sweep color softly across the eyelid and then lightly above the crease for a natural, yet polished look.An Eye Crease Brush has long, thin, pointed bristles and is used with midtone and darker shades of eye color to add depth to eyes. Begin by placing the brush at the outer corner of the eye and then sweep inward following the natural crease. This brush can also be used to create a smoky eye look. Using the brush tip, sweep softly along lower lashes from the outer corner inward.
A Powder Brush is a full, fluffy brush designed to evenly distribute powder to the face. Sweep brush across pressed powder or dip into loose powder; tap gently to remove excess and apply to the face from forehead to chin using long, light strokes.
A Cheek Brush is used to accentuate bone structure or add a healthy blush to cheeks. Use the tip of this soft, angled brush to apply color to the apples of the cheeks and stroke upward along cheekbones, stopping just below the temples, then blend. This brush is also a great tool to use for applying bronzer. Apply across the bridge of your nose, temples, cheekbones and shoulders for a gorgeous, healthy looking glow.

Penjagaan Berus.
Cuci berus seminggu sekali bagi memastikan berus mekap bebas kuman. Cuci berus sebagaimana kita cuci rambut. Guna syampoo ataupun sabun untuk berus. Buat gerakan membulat di tapak tangan sehingga semua kesan bedak / mekap hilang. Bilas dan keringkan di atas tuala, jauh dari panas matahari.

Jangan tegakkan berus tatkala bulu masih basah. Air akan merosakkan batang berus. Baringkan saja atas tuala.

Tool atau alat mekap bagi mendapatkan hasil yang profesional






Berus mata Berus mata Berus mata Sikat maskara Berus pipi Berus muka

Harga RM185

Sunday, December 6, 2009

Mekap ringkas dan neutral menggunakan produk dan kosmetik Mary Kay


Bagi mendapatkan hasil mekap yang bagus, wajah mestilah lembap. Jika kering, mekap tidak nampak serinya walaupun menggunakan berbagai-bagai produk yang ada di pasaran.

Asas yang paling asas, wajah mesti bersih baru dimekapkan. Gunakan cleanser (pencuci wajah).

Langkah seterusnya, sapu freshener ke wajah. Selepas itu sapu moisturizer. Bagi pengguna produk Mary Kay, bagus dapatkan freshener dari set Botanical (yang sesuai dengan jenis kulit) walaupun anda menggunakan set Timewise.

Bagi mendapatkan hasil atau kesan natural, gunalah Foundation yang sesuai dengan keadaan kulit. Foundation ini mempunyai dua fungsi. Yang pertama untuk kecantikan, yang kedua dan lebih penting lagi, ia melindungi wajah daripada habuk dan kotoran daripada masuk ke dalam kulit wajah.

Sekiranya suka, anda boleh sapukan bedah debu pada wajah. Tetapi, foundation tadi sebenarnya sudah cukup bagi menutup sebarang cela pada wajah. Sekiranya anda mahu menyembunyikan sebarang tompok hitam, gunalah concealer. Elakkan menyapu foundation dengan tebal.

Saya akan kongsi lebih banyak tips bagi mendapatkan kesan mekap natural dalam setiap kelas skin care yang saya anjurkan.

Hubungi 0173016169 untuk set appointment dengan saya.

Saturday, December 5, 2009

Jerawat batu

Semasa menjalankan pemerhatian ini, jerawat batu ini dirawat dengan Acne Spot Solution (berharga RM75) selama seminggu. Jerawat ini masak tanpa mengeluarkan nanah jadi ia tidak dapat dipicit. Kemudian ia menjadi hitam dan kelihatan hodoh. Selepas dua tiga minggu, ia dipicit dan mengeluarkan nanah dan darah. Parut menjadi hitam.

Bagi mempercepatkan proses pembaikan, saya menggunakan produk MelaCEP (pencuci, krim siang, krim malam dan masker). Selepas sebulan, anda dapat saksikan sendiri kesannya.



Tuesday, November 17, 2009

Kulit kusam, mata lebam dan mekap cepat luntur

Saya menghadapi masalah kulit kusam dan lebam bawah mata selepas pulang ke rumah pada waktu petang. Mekap sebelah pagi nampak segar tetapi nampak tidak bermaya sebelah petang. Bagaimana Mary Kay boleh membantu?

Gunalah produk penjagaan wajah yang mengandungi bahan anti-kusam. Mary Kay mempunyai set penjagaan wajah yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Salah satu bahan utamanya adalah pati buah delima yang diketahui mengandungi vitamin C, salah satu pencerah asli untuk kulit. Di samping itu, rajin-rajinlah memakai masker kerana masker dapat membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati, salah satu penyebab wajah menjadi kusam.

Lebam bawah mata boleh dikurangkan dengan menggunakan Timewise Targeted Action Eye Revitalizer. Bahagian mata yang lebam itu akan semakin baik dalam tempoh dua minggu selepas memakai krim ini siang dan malam.

Mekap tidak tahan lama disebabkan oleh salah satu daripada dua kemungkinan ini:-
1) Kosmetik yang digunakan memang tidak tahan lama
2) Tidak menggunakan pelembap yang sesuai dengan jenis wajah. Mary Kay mempunyai pelembap yang dapat memberikan kelembapan pada wajah sehingga 10 jam, iaitu Oil Free Hydrating Gel (untuk kulit berminyak) dan Intense Moisturizing Cream (bagi kulit kering). Kosmetik Mary Kay berasaskan mineral sangat tahan lama dan ia mudah disapukan.

Masalah Mata Sembap dan Berkedut di bahagian mata

Saya menghadapi masalah mata sembap dan berkedut di keliling mata. Garisan di tepi mata lebih jelas ketika saya ketawa. Bagaimana Mary Kay boleh membantu?

Kawasan mata sememangnya sangat nipis dan mudah hilang keanjalannya. Oleh itu, gunalah Mary Kay Timewise Age-Fighting Eye Cream, pelembap untuk bahagian mata.

Untuk garis-garis di tepi mata (hampir dengan pelipis), saudari boleh guna Timewise Targeted Action Eye Revitalizer ataupun Targeted Action Line Reducer.

Untuk masalah sembap mata, gunalah Timewise Action Eye Revitalizer juga. Produk ini membantu mengurangkan lebam dan sembap di bahagian mata.

Ketika mencuci mata, gunakan pencuci mekap mata (jika memakai mekap mata) yang sesuai. Jauhi penggunaan minyak kerana minyak di bahagian mata akan menyebabkan timbulnya bintik-bintik warna di keliling mata. Pencuci mekap mata Mary Kay iaitu Oil Free Eye Makeup remover berasaskan silikon dan air, dapat menyingkirkan mekap mata termasuk yang kalis air dengan mudah dan lembut.

Monday, November 16, 2009

Khasiat Buah Delima, salah satu bahan yang banyak digunakan dalam produk Mary Kay

Buah delima mengandungi banyak khasiat. Bagi orang yang hamil, mereka dinasihatkan memakan buah delima kerana beberapa kebaikannya.

Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Namun, dari sudut kecantikan, sila baca lagi di sini!

Khasiat buah delima - ia kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.

Baca lagi di sini!

Warna kulit tidak sekata, jeragat, kusam?

Usia 24, mempunyai kulit jenis kombinasi, warna kulit tidak sekata serta berjeragat. Selain itu, masalah kulit tetap kusam walaupun selepas mencuci wajah, apakah penyelesaiannya menurut The Mary Kay way?

Kulit berjeragat selalunya disebabkan oleh kulit kering. Ada kemungkinan jenis kulit kombinasi yang anda miliki kurang minyak di bahagian pipi.

Penyelesaiannya :-

1) Bertukar kepada produk moisturizer (pelembap) yang mempunyai SPF sekurang-kurangnya SPF 15. Jika tidak, anda perlu gunakan sunscreen atau sunblock. Produk ini diperlukan bagi melindungi kulit daripada dirosakkan lagi dek panahan matahari yang mengandungi sinar UVA/UVB. Bergantung kepada usia, anda gunalah Day Solution (sejenis serum pelindung) bagi yang berusia 25 tahun ke atas, atau bagi yang berusia bawah 25, gunakan sunscreen atau sunblock, atau moisturizer yang mengandungi SPF.

2) Tompok hitam yang sedia ada boleh dipudarkan warnanya dengan menggunakan serum MelaCEP daripada Mary Kay.

3) Bagi kulit kusam, cubalah pembersih yang mengandungi bahan anti-kusam seperti produk daripada rangkaian Botanical Customized Care Formula 1 atau Formula 2. Kulit kusam dan warna tidak sekata boleh dibantu dengan menggunakan produk yang mengandungi bahan anti-kusam dan vitamin C.

4) Bertukar kepada rangkaian produk MelaCEP. Dalam tempoh seminggu selepas menggunakannya, Insya Allah warna wajah anda menjadi sekata dan anda kelihatan berseri (glowing!).

Sunday, November 15, 2009

Kesan penuaan biasa dan penyelesaiannya

Kesan penuaan pada wajah

Dan penyelesaiannya menurut Mary Kay:-


Bagi mengekalkan keremajaan mata, gunalah Timewise Age-Fighting Eye Cream.
Bagi memejalkan bahagian mata, gunalah Timewise Firming Eye Cream.

Berminat? SMS ke 016 990 4568



Thursday, November 12, 2009

Apakah yang terkandung dalam produk Botanical Customized Skin Care Formula 1 & 2?




Set lengkap ini berharga RM285.
Harga setiap item (boleh dibeli asing-asing):-

Cleanser (Pencuci) 113 ml - RM65
Mask (Masker) 113g - RM75
Freshener (Penyegar) 150ml - RM65
Moisturizer (Pelembap) 118ml - RM80

Berapa lama tahannya?
Jika produk digunakan pagi dan malam sahaja - 2 hingga 3 bulan.

Berminat? Sila sms ke 013 213 9063 lengkap ini berharga RM285.
Harga setiap item (boleh dibeli asing-asing):-

Wednesday, November 11, 2009

Masalah Kulit Kusam?

Gunakan rawatan scrub, mask, serum atau vitamin untuk kulit lebih sihat - tip daripada majalah Rapi.

Mary Kay setuju dengan saranan di atas.

Masker Mary Kay yang berasaskan tumbuh-tumbuhan amat sesuai untuk semua jenis kulit dan masalah kulit kusam. Buah delima adalah bahan anti-kusam yang terkandung dalam semua produk Customized Botanical Skin Care (berharga RM75 setiub).

Serum+C yang cukup kaya dengan Vitamin C diperlukan bagi mencerahkan dan menjernihkan wajah. (Berharga RM480 tetapi sekarang item ini out of stock. Untuk booking, sila sms ke 0169904568).

Solekan Ringkas ke Pejabat

Solekan yang nampak natural tetapi cantik berseri.
Apa rahsianya?

Langkah-langkahnya:-

1) Sapu bedak asas pada seluruh wajah dengan rata. Jika wajah berparut, gunakan concealer
2) Lakukan shading pada tulang pipi, rahang dan hidung jika mempunyai wajah bulat. Jika bujur sirih, kemaskan bedak asas seperti biasa saja.
3) Gunakan pembayang mata berwarna coklat, peach, hitam (warna-warna earth). Mary Kay mineral eye colour berharga RM26 setiap satu.
4) Gunakan pemerah pipi (Mary Kay Mineral Cheek Colour berharga RM35 setiap satu).
5) Gincu dan pengilat bibir (Mary Kay lipstick & lip gloss berharga RM48 setiap satu).

Nota: Pelembab perlu digunakan bagi mengekalkan kesegaran wajah.

Mary Kay mempunyai tiga pilihan bedak asas, sesuai dengan kesukaan saudari:-
Mineral Powder Foundation - RM70 sebekas
Medium Coverage atau Full Coverage Foundation - RM60 setiub
2-way cake Creme to Powder Foundation - RM70

Jika perlu, gunakan concealer (RM37 setiub) bagi menutup parut jerawat, jeragat, lingkaran hitam bawah mata, sembap bawah mata dan sebagainya.

Tuesday, November 10, 2009

Timun - salah satu bahan utama dalam foundation

Suka timun? Memang sedap dibuat ulam atau dibuat jus timun. Hirisan timun boleh juga ditepekkan ke bahagian mata dan muka untuk kesegaran wajah yang lesu.

Timun kaya dengan flanovoid dan polifenol, bahan anti radang. Ia mengandungi asid malonat yang berfungsi menghalang gula supaya tidak berubah menjadi lemak untuk mengurangkan berat badan. Kandungan serat yang tinggi baik untuk proses pencernaan, menurunkan kolesterol dan meneutralkan racun.

Timun juga adalah bahan utama dalam medium coverage foundation selain limau. RM60 (tahan selama 3-4 bulan)

Foundation ini tidak menutup liang peluh di wajah. Oleh itu, wajah akan tetap berpeluh bila panas. Ia tidak retak di kulit wajah tetapi sebati dengan air peluh. Ekstrak timun dalam foundation ini membantu mengekalkan kesegaran foundation yang disapu ke wajah.

Berminat mahu mencuba foundation ini? SMS 016 990 4568

Tip menggunakan pelembap

Cukup dengan hanya menggunakan sedikit pelembap bagi menyapu wajah.

Jangan gunakan pelembap secara berlebihan kerana kapasiti kulit menyerap pelembap adalah terbatas.

Jika masih ada lebihan pelembap di tangan, sapu ke leher pula.

Pelembap Mary Kay sangat pekat, sedikit sahaja sudah memadai. Sebotol selalunya boleh tahan lebih dua bulan.

Monday, November 2, 2009

Steps towards healthy and radiant complexion

There are certain things you skin needs to reveal its healthy radiance. And these five steps are the key to a more beautiful you.

Cleanse
Start by cleansing to remove makeup and impurities. Skin feels refreshed in this first step toward better balance. It also prepares your skin to absorb the nutrients it receives in the following steps.

Mask
Used twice a week, (or thrice at the most, do not use everyday) a nutrient-filled mask can provide additional skin benefits. In addition, a mask removes remaining impurities and provides gentle exfoliation. Skin feels smoother, pores are more refined and a healthy-looking radiance is restored.

Freshen
As an essential step in your skin care regimen, a freshener completes the cleansing process and improves skin texture by clarifying and soothing your complexion so it's ready to be moisturized.

Moisturize
A moisturizer is the key that helps women of every skin type achieve and maintain well-balances skin. It leaves skin feeling soft and supple

Protect
The final step is to protect skin. An SPF product is essential for blocking out harmful UV rays that can damage the skin. And foundation gives your skin a flawless look and beautiful base for your colour cosmetics. Mary Kay offers foundations to meet your shade and skin type needs.