Apa dengan blog ini?

Sunday, December 6, 2009

Mekap ringkas dan neutral menggunakan produk dan kosmetik Mary Kay


Bagi mendapatkan hasil mekap yang bagus, wajah mestilah lembap. Jika kering, mekap tidak nampak serinya walaupun menggunakan berbagai-bagai produk yang ada di pasaran.

Asas yang paling asas, wajah mesti bersih baru dimekapkan. Gunakan cleanser (pencuci wajah).

Langkah seterusnya, sapu freshener ke wajah. Selepas itu sapu moisturizer. Bagi pengguna produk Mary Kay, bagus dapatkan freshener dari set Botanical (yang sesuai dengan jenis kulit) walaupun anda menggunakan set Timewise.

Bagi mendapatkan hasil atau kesan natural, gunalah Foundation yang sesuai dengan keadaan kulit. Foundation ini mempunyai dua fungsi. Yang pertama untuk kecantikan, yang kedua dan lebih penting lagi, ia melindungi wajah daripada habuk dan kotoran daripada masuk ke dalam kulit wajah.

Sekiranya suka, anda boleh sapukan bedah debu pada wajah. Tetapi, foundation tadi sebenarnya sudah cukup bagi menutup sebarang cela pada wajah. Sekiranya anda mahu menyembunyikan sebarang tompok hitam, gunalah concealer. Elakkan menyapu foundation dengan tebal.

Saya akan kongsi lebih banyak tips bagi mendapatkan kesan mekap natural dalam setiap kelas skin care yang saya anjurkan.

Hubungi 0173016169 untuk set appointment dengan saya.

No comments:

Post a Comment