Apa dengan blog ini?

Thursday, December 10, 2009

Kulit kusam dan penyelesaiannya

Salah satu sebabnya adalah kerana sel-sel kulit mati tidak disingkirkan daripada wajah. Pencucian biasa tidak terdaya menyingkirkannya. Jadi pakailah scrub atau mask (masker).

Perhatikan jenis scrub atau mask yang saudari miliki.

Gunakan sekerap mungkin tetapi ia tidak boleh digunakan setiap hari. Mask daripada Mary Kay boleh digunakan sehingga tiga kali seminggu.

Mask untuk kulit kering sepatutnya tidak menjadi keras di wajah. (Ia tidak mengandungi tanah liat). Mask untuk kulit normal akan menjadi sedikit keras. (Ia mengandungi sedikit tanah liat). Mask untuk kulit berminyak akan menjadi keras di wajah. (Tanah liat ialah bahan utamanya).

Masker untuk ketiga-tiga jenis kulit mengandungi ekstrak buah delima yang kaya dengan Vitamin C, sejenis bahan anti-kusam semula jadi yang amat berkesan.

Jika tidak menggunakan masker, gunalah Microdermabrasion. Ia bagus bagi orang yang berusia 25 tahun ke atas. Ia dapat mengurangkan garis-garis halus dan membaikpulih parut yang menghodohkan wajah. Proses pencucian wajah ini dulunya hanya boleh dilakukan oleh doktor atau pakar kecantikan yang bertauliah sahaja tetapi Mary Kay berjaya mencipta produk yang selamat tetapi berkesan, mudah digunakan di rumah.

Selepas menggunakan microderma ini, kulit terasa begitu bersih dan berasa seperti mendapat kulit baru.

No comments:

Post a Comment