Apa dengan blog ini?

Thursday, December 24, 2009

About Us

Blog yang menjual semua produk Mary Kay khas untuk kulit orang Asia.

Menyediakan testimoni peribadi dan rakan-rakan.

Info yang diberikan di sini adalah petikan daripada website Mary Kay Malaysia, blog rakan dan majalah.

Sebarang saranan adalah berpandukan kepada katalog Mary Kay dan perkongsian maklumat dengan BC lain.

*****************

Bosan ke salun untuk melakukan facial yang mahal-mahal tapi tidak memberi kesan yang diharapkan? Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay, Hasnah menawarkan kepada saudari rawatan facial sama seperti di salun secara percuma, di rumah sendiri!

Hasnah adalah salah seorang Perunding Kecantikan Mary Kay, sebuah jenama kosmetik yang terunggul di Amerika. Selain menjual set penjagaan wajah, penjagaan diri dan kosmetik yang berkualiti tinggi, beliau turut menawarkan khidmat memanjakan diri, mengajar dan menunjukkan cara menggunakan produk kecantikan ini dengan betul dari rumah ke rumah.

Beliau berkata, 'Saya ingin memberi peluang kepada pelanggan saya mencuba dahulu produk ini sebelum membelinya! Tahukah anda berapa ramai pembeli yang sudah membeli krim-krim kecantikan itu, kemudian mendapatinya yang ia tidak sesuai dengan jenis kulit mereka, tidak menyukainya atau lebih parah lagi, mereka tidak tahu bagaimana menggunakannya!'

Semasa sesi cuba-mencuba produk ini, bakal pembeli akan diberi produk yang sesuai dengan keperluan dan jenis kulit mereka, kemudian mereka diajar cara menggunakan produk tersebut. Lokasi yang selesa itu membuatkan bakal pembeli berasa relaks untuk bertanya dan mencuba tanpa diperhatikan orang lain, berbeza keadaannya semasa berada di kaunter kosmetik.

Perunding Kecantikan Mary Kay ini seperti pembeli peribadi saudari! Dia membantu mengenal pasti produk yang sesuai untuk setiap pengguna dan mengajar mereka bagaimana memakainya. Ada juga yang takut menggunakan kosmetik semata-mata kerana mereka tidak pernah menggunakannya. Tapi, selepas mereka tahu bagaimana menggunakannya, bukan main hebatnya penampilan mereka setiap hari!

Sesi belai-belai diri ini bukan hanya terbatas kepada seorang-seorang sahaja, sekumpulan peserta pun boleh juga diatur!

Jika saudari berada sekitar Lembah Klang dan ingin sekali menikmati sesi belai-belai diri di rumah sendiri, FREE, tidak mesti membelinya, hubungi Hasnah (Kak Lani) 0132139063 atau emel ke hasnahmk@gmail.com.


Mary Kay - sekapur sireh

Sebut saja Mary Kay, apakah yang terlintas di fikiran anda?

Tentulah mekap dan sistem penjagaan kulit. Sebahagian besar wanita memang tidak dapat lari daripada dua perkara ini. Malah industri ini merupakan salah sebuah industri terbesar di dunia.

Mary Kay yang sudah tertubuh selama 46 tahun (2009) sudah menjalankan lebih daripada tiga ratus ribu ujian ke atas semua produknya, serta sudah membelanjakan sejumlah wang bagi menjalankan penyelidikan dan mereka produk baru.

Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan dalam produknya terdiri daripada tumbuh-tumbuhan serta tidak mengandungi bahan yang menyebabkan alahan (commonly known allergy-causing ingredients). Semua ujian yang dilakukan tidak pernah diuji ke atas haiwan.

Pengguna yang menggunakan produk Mary Kay dapat menggunakan produk ini dengan yakin. Ia selamat digunakan walaupun anda mempunyai kulit sensitif atau bermasalah.

Produk Mary Kay dijual lebih daripada 35 buah negara di seluruh dunia, mempunyai perunding kecantikan bebas melebihi 1.8 juta orang. Syarikat yang diasaskan oleh Mary Kay Ash 46 tahun lalu masih mengekalkan impian dan hasrat pengasasnya iaitu sebuah syarikat yang prihatin. Ingin tahu bagaimana Mary Kay boleh membantu mengindahkan lagi dunia wanita di seluruh dunia? Hubungi Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay, Hasnah.

Mary Kay adalah salah sebuah syarikat jualan langsung yang menjual produk penjagaan kulit dan mekap yang terbesar di dunia. Pada tahun 2008, Mary Kay Inc mencatatkan jualan sebanyak $2.6 bilion di seluruh dunia.

Mary Kay membangunkan, menguji, membuat dan membungkus lebih daripada 200 produk berkualiti tinggi di kilang termodernnya di Dallas dan di negara China.

Para saintis Mary Kay sering mengadakan perbincangan dengan pakar dermatologi bebas dan pakai perubatan di seluruh dunia.

Dalam sesuatu tahun itu, Mary Kay mengeluarkan sejumlah wang yang banyak bagi mengadakan lebih 300,000 ujian bagi memastikan semua produk Mary Kay mencapai standard kualiti, keselamatan dan prestasi yang tertinggi.

No comments:

Post a Comment