Apa dengan blog ini?

Tuesday, December 8, 2009

Kaedah Pemutihan Kulit

Petikan daripada Berita Harian

Kebanyakan produk krim pemutihan digabungkan bersama bahan penabir suria bertujuan untuk mengelakkan berlaku kerosakan kulit akibat pancaran terus cahaya matahari.

 
Kata Dr Chua, pemakaian losyen atau krim penabir suria ialah kaedah paling mudah dan sering digunakan ramai bagi melindungi kulit daripada mengalami pigmentasi akibat UVB dan UVA.

“Penggunaan hidrokuinon pula ialah kaedah lama yang kekal digunakan sehingga kini kerana kemampuannya mencerahkan kulit, bagaimanapun ia tidak stabil kerana mudah teroksida dan bertukar warna.

“Malah, Kementerian Kesihatan juga sudah mewajibkan setiap produk pemutihan yang mahu dipasarkan perlu mengandungi kurang 2% bahan itu kerana kandungan hidrokuinon yang tinggi boleh menyebabkan radang kulit dan kesan terbakar selepas digunakan,” katanya.

Ada bahan lain yang tidak mengandungi hidrokuinon serta mampu memberikan kesan sama terhadap kulit iaitu arbutin, aid kojic, retinoid dan asid laktik.

Asid kojid dan retinoid sendiri boleh bertindak sebagai agen anti-penuaan, meningkatkan pengeluaran sel baru, mengurangkan penghasilan melanin, selain meningkatkan kolagen di dalam kulit.

“Tumbuhan yang mengandungi phyto nutrien seperti kacang soya juga boleh membantu mencerahkan kulit jika diambil secara berkala sama seperti ekstrak Garden Cress atau Lepidium sativum boleh menghalang tindak balas hormon pigmen dan reseptor sel pigmen,” katanya.

Prosedur rawatan kosmetik khusus untuk pemutihan kulit

Iontophoresis
Menggunakan pemindahan molekul transdermal ke lapisan epidermis melalui kaedah pembukaan salur sel menggunakan arus elektrik yang rendah.

Untuk tujuan pemutihan, kebiasaan vitamin C dalam bentuk cecair atau larutan disapukan pada bahagian rawatan bagi mencapai keberkesanan rawatan. Kebiasaannya cara ini mampu memberikan hasil yang diinginkan seawal tempoh seminggu selepas rawatan.

Laser QS Nd YAG
Kaedah ini menggunakan pancaran laser berkuasa 1,064 nanometer bertujuan untuk meremajakan kulit. Cahaya yang dipancarkan itu juga mampu mencerahkan kulit kerana ia ditujukan terus kepada pigmen melanin.

Kebiasaannya, teknik ini digunakan untuk merawat masalah lingkaran gelap pada mata, meremajakan kulit dan mengurangkan pori di kulit wajah.

Laser Mosaic Erbium Glas Factional
Ia adalah kaedah laser paling popular ketika ini. Kelebihannya ialah mampu mengembalikan keremajaan kulit, selain dapat mengurangkan pigmentasi dan parut.

Keberkesanan teknik boleh dilihat jika ia dilakukan menggunakan kaedah rawatan betul. Sesuai untuk digunakan pada tangan, kaki dan badan.

Teknik pengelupasan kulit (peeling)
Kebiasaan kulit akan mengelupas sepenuhnya dalam tempoh seminggu selepas rawatan.

Suntikan vitamin C
Rawatan kecantikan paling popular pada kebanyakan klinik dan salun kecantikan. Bagaimanapun, teknik ini tidak disarankan pakar kulit kerana ia boleh mengundang risiko terhadap kesihatan.

Fakta : Kulit

Ia organ terbesar dan terberat dalam badan manusia.

Kulit berfungsi sebagai
- pelindung bakteria, cahaya UV, bahan kimia dan kecederaan
- mengawal suhu badan
- organ deria
- menghasilkan vitamin D

Purata berat kulit 4.8 kilogram untuk lelaki dan 3.2 kilogram untuk wanita.

Sel baru kulit dihasilkan semula setiap 28 hari.

Purata ketebalan kulit ialah empat milimeter.

Permukaan kulit mempunyai pH 4.5 - 5.5 dan dikatakan pada pH berasid lemah.

Di Mary Kay, kami mempunyai rangkaian produk MelaCEP membantu mencerahkan wajah dengan menahan melanin dari muncul ke permukaan kulit. Ingin tahu lebih lanjut, hubungi 0173016169.

No comments:

Post a Comment