Apa dengan blog ini?

Friday, September 4, 2009

Apakah rutin harian penjagaan wajah anda?

Dulu, saya hanya mampu membeli sebotol pencuci dan sebotol pelembap sahaja sebagai rutin harian membersihkan wajah. Apabila saya diserang jerawat, wajah yang kusam, bintik hitam dan putih, saya akan ke salun untuk facial.

Selama lebih kurang 3 jam, wajah saya dibersihkan dengan pencuci biasa, kemudian disapu dengan masker, selepas itu ditekan dan jerawat serta bintik hitam dan putih dikorek. Di samping itu, saya akan dihidangkan dengan wap dari air menggelegak, entah untuk apa, mungkin untuk melonggarkan kekotoran yang tertanam dalam kulit agar ia mudah dikeluarkan.

Selepas itu, wajah saya akan disapu dengan pelbagai jenis krim dan serum, bergantung kepada jumlah wang yang sanggup saya bayar. Selepas 3 jam, rawatan itu selesai namun wajah saya bengkak selepas ditoreh keluar semua kekotoran itu.

Saya sangka itu adalah normal.

Selepas saya menyertai Mary Kay, saya dapat memanjakan diri saya dengan berbagai-bagai krim kecantikan yang dapat saya beli pada harga diskaun. Kini, saya bukan hanya memiliki pembersih dan pelembap, malah saya mempunyai pembersih mekap mata dan bibir, krim siang dan krim malam, serum, masker, exfoliator, krim untuk mata, krim untuk bibir, masker untuk bibir.

Adakah segala krim dan serum yang ditepek pada wajah menunjukkan apa-apa perubahan?

Ya, memang ada. Salah satu perubahan paling ketara adalah tiada lagi bintik hitam dan putih pada kulit di bahagian pipi, terutama sekali di pipi. Proses membersihkan segala bintik hitam dan putih yang mengotorkan kulit tidak perlu dicungkil. Semuanya dilakukan dengan lemah lembut sahaja.

Masker, pembersih 3 dalam 1 serta microdermabrasion mengandungi bahan seperti pasir-pasir halus yang membersihkan kulit wajah. Semuanya dilakukan dengan sapuan dengan gerakan membulat, tidak perlu menonyohnya ke wajah.

Krim kecantikan semuanya lekas diserap ke dalam kulit. Ini menunjukkan betapa halusnya krim tersebut. Ia tidak meninggalkan kesan minyak ataupun terasa berat apabila disapu pada wajah.

Kini, membersihkan wajah serta menyapu krim adalah satu aktiviti yang amat menyeronokkan.

Ia menjadi lebih seronok apabila ada kesan positif terbit pada wajah yang sama. Dulu kusam dan berwajah masam, kini cerah dan terasa lebih ceria.

Inginkan pengalaman seperti ini?

Cubalah Mary Kay!

No comments:

Post a Comment