Apa dengan blog ini?

Friday, September 25, 2009

Mudahnya melicinkan kulit seluruh tubuh badan - guna skrub saja!

Sangat mudah melicinkan kulit seluruh badan dengan hanya menyabun tubuh dengan loofah body cleanser dari Mary Kay.

Mari lihat rupa bentuk loofah yang asli.
 
Inilah rupa loofah yang original. Loofah ori ini boleh ditanam sendiri. Ia sebenarnya adalah salah satu jenis pokok petola tetapi ini adalah jenis yang bersabut, yang dikatakan loofah itu. Apabila buah petola ini sudah matang, kulitnya berubah menjadi coklat tua.

Kulit itu dikopek dan muncullah isinya yang berupa loofah itu.

Jika di rumah, loofah ini digunakan sebagai pencuci periuk atau alat scrub pinggan mangkuk. Boleh juga digunakan sebagai scrub badan. Scrub badan yang dijual dikedai-kedai itu sudah diproses dan diwarnakan jadi ia kelihatan lebih cantik.

Sewaktu dalam keadaan kering, loofah ini keras tetapi segera menjadi lembut selepas dilembapkan dengan air.

Walaupun ia lembut selepas terkena air, namun ia masih kasar apabila digosok pada badan. Bagi bahagian badan yang lebih mudah terasa, ia mungkin tidak selesa dipakai. Sudah tentulah loofah ini mesti dipakai dengan sabun agar menjadi lebih licin supaya mudah digosok.



Sekarang bayangkan satu produk yang lebih mudah, bersih dan harum, mengandungi butir-butir halus loofah ini sebagai salah satu bahan campurannya. Produk itu pula hanya perlu disapu pada badan seperti memakai sabun atau shower gel biasa. Hanya gosokkan dengan lembut pada seluruh badan selama empat hingga 5 minit, kemudian jirus badan dengan air. Tidak perlu menghabiskan masa yang lama menggosok badan. Amat sesuai untuk wanita yang sibuk.


Kulit serta-merta terasa lebih lembut dan licin selepas dikeringkan. Tiada gosokan kuat pada mana-mana bahagian badan. Mandi kini terasa seperti satu kemewahan. Bauan harum menenangkan perasaan. Hilang stress dibawa air mandian yang mengalir!

Selama dua, tiga hari berikutnya, kulit terasa lembut bak sutera.

Itulah dia Loofah Body Cleanser daripada Mary Kay.

Body Scrub yang berwarna hijau mengandungi lotus dan bamboo, yang berwarna coklat oren mengandungi red tea dan buah fig.

Ingin tahu lebih lanjut? Sila hubungi 0173016169

No comments:

Post a Comment